Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin optimis Barisan Nasional akan terus menerajui mempinpin Malaysia pada Pilihan Raya ke-14 akan datang.
Beliau menolak ramalan tulisan Tun Dr Mahathir di dalam blognya chedet.com.cc bahawa Barisan Nasional akan kalah pada PRU 14 nanti.
Khairy menjelaskan, keadaan sukar yang dialami kerajaan ketika ini tidak akan memberi kesan negatif kepada PRU tersebut.
Beliau memberi contoh terhadap isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) baru-baru ini.
Menurutnya, kerajaan realtistik terhadap pelaksanaan GST dan sedar dengan ketidakpuasan hati serta kemarahan rakyat terhadap kenaikan GST ini.
Namun, kerajaan realistik terhadap GST dan mahu tidak mahu, kerajaan terpaksa berhadapan dengan keadaan sukar yang berlaku pada ketika ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, kepimpinan Datuk Seri Najib masih utuh walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan.
Sementara itu, menurutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia juga suara rakyat lebih-lebih lagi apabila Tun Mahathir mempunyai pengaruh besar terutama anak-anak muda
Khairy juga berpendirian, selain dirinya, jika sesiapa sahaja mempunyai jawapan kepada persoalan yang timbul, mereka perlu berani tampil ke hadapan bagi menjawab dan menghilangkan kekeliruan semua.
Beliau menegaskan, tindakan menyisihkan persoalan adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan.
Khairy ditemui pada Forum Himpunan Menangani Gejala Ekstremisme dan Solidariti Kemanusiaan Syria.
Khairy mesti buat kerja untuk menang. Jangan sedap berkhayal dan berkeyakinan tanpa menghiraukan keluhan rakyat dan penyokong.
ReplyDeleteApa-apa yang Tun perkatakan akan menjadi kenyataan jika keadaan sekarang tidak diperbaiki.
Anggap kesemua yang Tun sebut sebagai sindiran untuk UMNO bermuhasabah dan tersedar dari lamunan.
Jawab dengan jelas persoalan yang ditimbulkan Tun. Bukan menyangkal. Setiap sangkalan membawa persepsi negatif terhadap UMNO.
Kita mahu jawapan yang jelas, bukan tindakbalas seperti anak-anak kecil yang belum mumayyis.