Pemuda UMNO hari ini membantah kenaikan kadar teksi dan bas ekspres yang diumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Khamis.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun menegaskan alasan SPAD menaikkan tambang itu adalah kerana peningkatan kos penyelenggaraan dan sara hidup selain kenaikan terakhir pada 2009 adalah lemah.
"Apa guna ada teknokogi Natural Gas Vehicle (NGV) pada teksi dan bas? Sepatut NGV bantu tangani kos bahan bakar kenderaan awam. Kos apa yang meningkat sebenar?" soal beliau dalam satu catatan di Twitter peribadinya hari ini.
Beliau berkata Pemuda UMNO akan menyerahkan satu memo bantahan kepada SPAD hari ini melalui Biro Kualiti Hidup Pemuda UMNO pada jam 3 petang nanti.
Pada Khamis, SPAD mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata penetapan kadar baharuitu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.
Beliau berkata harga tambang kini tidak lagi relevan dengan kenaikan kos-kos tersebut.
Bagi teksi, kos penyelenggaraannya meningkat ke 33 peratus, manakala bagi bas ekspres sebanyak 36 peratus.
Komen GPB
Satu je admin nak cakap SPAD BODOH !! TUTUP SAJA SPAD NI ..PERABIH DUIT RAKYAT untuk bayar gaji mereka ..
Di ketika GST nak dilaksanakan ... kebodohan SPAD menaikkan harga tambang cukup tinggi sekali.
Bayangkan harga tambang KL - Penang dinaikkan ke RM47 ... lebih baik naik flight lagi murah !!
Syabas Pemuda UMNO bantah kenaikan GILA ini ..mohon panjangkan ke PM la ...
Ingatkan kepala tu botak kerana banyak memikir...rupanya kepala tu botak kerana panas dan penuh dengan 'otak udang'
ReplyDeleteKasi bubar jer .. tak ada manfaat malah banyak membawa mudarat !~!!