Tindakan berani Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii hari ini berjaya mengelakkan perhimpunan Agung UMNO 2014 dicemari insiden pencerobohan oleh NGO Pro-Pembangkang Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).
Langkah biadap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang berhasrat menceroboh Perhimpunan Agong UMNO 2014 bagi menyerahkan memorandum isu tanah warisan Melayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disekat Pemuda Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Kira-kira 50 lebih penyokong pembangkang berarak dari Masjid Pekeliling selepas selesai solat Jumaat menuju ke bangunan tempat perhimpunan Umno sedang berlangsung.
Setengah jalan perarakan, anggota polis yang berkawal melencongkan kumpulan tersebut ke Wisma MIC dan disambut sekumpulan Pemuda Umno diketuai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii dan dibantu oleh Pengerusi Briged Kesatria Muda Armand Azha Abu Hanifah dan
Berlaku sedikit pergelutan antara kedua-dua kumpulan apabila kata-kata provokasi dilemparkan oleh GAMIS, bagaimanapun berjaya dikawal oleh anggota polis bertugas.
Gamis diketuai pengerusinya, Abdul Malik Abdul Razak bersama Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Khairul Najib Hashim bersama penyokong membawa sepanduk bantahan.
Abdul Malik bersama mahasiswa sebelum itu enggan menyerahkan memorandum kepada Razlan sebaliknya mendesak Najib yang merupakan presiden Umno supaya turun sendiri menerima memorandum mereka.
"Kami mahu Najib sendiri turun terima memorandum kami," kata Abdul Malik.
Berang dengan permintaan tersebut, Armand mengatakan beliau dihantar presiden Umno untuk menerima memorandum daripada Gamis.
Beberapa Pemuda Umno lain dilihat hilang sabar dengan kenyataan penyokong pembangkang yang bertindak biadap dan cuba mencetuskan provokasi semasa menyerahkan memorandum tersebut.
"Saya bersumpah akan serah kepada perdana menteri memorandum ini," kata Armand.
Sumber : KL Cronicle
...
ReplyDeletePENTING:
Anak2 Muda Yang Saya Kasihi Sekalian.... Harap Kalian Tidak Percaya Dengan 'Janji2 Manis' Mereka ( PAU 2014 )...
Itu Hanya 'Perangkap' Untuk Menarik Sokongan Anak Muda Yang Sudah Tiada Terutama Di Bandar....
Anak2 Muda Di Dalam Parti Mereka Sendiri Pun Sudah Meragui Parti Mereka.... Cuma Yang Berucap Di Atas Pentas Itu Sahaja Yang 'Syok Sendiri'...
Jadi.. Berhentilah berjuang untuk UMNO...
Jika Kalian Tidak Percayakan Saya....
Kita Tunggu PAU 2015 pada NOV/DEC 2015....
Mereka Akan 'Menyalak' Perkara yang sama.... ( Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke USUS )
Harap Maklum.. TKasih :D
MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!
MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!
MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!
Ini lah kumpulan yg baghal bodoh dan tak sedar diri nak tunjuk lagak. Tell us u have...nothing only stupidity..dan diperalat olih haramjadah yg desperado.
ReplyDeleteselalu sangat nak ganggu majlis org...tak sopan langsung...kalau majlis dia ada kita kacau ke? sial nyer melayu...
ReplyDeleteazhar
sedih, bersatulah melayu
ReplyDelete