Polis hari ini mengesahkan kematian seorang lelaki yang merupakan tahanan reman berusia 26 tahun di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini pada Sabtu akibat serangan sawan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supt Baharom Abu berkata, tahanan S. Aginraj disahkan mati pada pukul 7.05 petang semalam selepas dirawat di hospital berkenaan sejak Rabu lepas.
``Ketika ditahan tahanan itu mengalami sesak nafas dan sawan, jadi pihak polis menghantarnya ke HBM untuk rawatan pada Rabu sebelum dilaporkan mati semalam.
``Hasil bedah siasat pada pagi tadi di Hospital Seberang Jaya di sini oleh Pakar Patalogi Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati dia meninggal dunia kerana kekurangan oksigen ke otak yang menyebabkan sukar bernafas atau sawan,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya tahanan berkenaan bersama seorang rakannya berusia 31 tahun ditahan di Perai dekat sini pada pukul 8.15 malam pada 2 Jun lalu selepas ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan sebuah kilang ketika mereka memunggah 12 ketul besi jenis `pig iron' menggunakan sebuah motosikal.
Baharom berkata selepas ditahan dua lelaki yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau itu direman selama empat hari sehingga Jumaat di lokap Ibu Pejabat Polis SPT.
``Tahanan itu telah dibawa ke HBM pada 4 Jun lalu kerana mengalami sawan dan dilaporkan dalam keadaan stabil menyebabkan pertuduhan terhadapnya terpaksa dilakukan di katil hospital.
``Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan diberi jaminan sebanyak RM8,000 manakala rakannya diberi jaminan sebanyak RM3,000 dalam perbicaraan berasingan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada hari sama,'' katanya.
Beliau berkata, waran terhadap Aginraj sepatutnya dilanjutkan sehingga hari ini kerana keluarganya tidak mampu
membayar wang jaminan tersebut.
Sementara itu, anggota keluarga Aginraj dalam sidang akhbar berasingan di Hospital Seberang Jaya hari ini mempersoalkan tindakan mahkamah meletakkan jumlah jaminan yang tinggi berbanding rakannya.
Adiknya Regina berkata, keluarganya hairan dengan keadaan abangnya yang lemah dan langsung tidak kenal anggota keluarga ketika sedang dirawat di hospital. - BERNAMA
** harap pihak pembangkang jangan cuba politikkan dengan menuduh kematian ini berpunca ketika dalam tahanan Polis. Ini kerana kematian mendiang telah disahkan Doktor pakar adalah akibat sawan.
Tak perlu nak jadi pakar perubatan tak bertauliah ye wahai2 pemimpin PR...
** harap pihak pembangkang jangan cuba politikkan dengan menuduh kematian ini berpunca ketika dalam tahanan Polis. Ini kerana kematian mendiang telah disahkan Doktor pakar adalah akibat sawan.
Tak perlu nak jadi pakar perubatan tak bertauliah ye wahai2 pemimpin PR...
Sepatutnya tidak melibatkan politik dan pembabitan org politik. Jika tak puas hati, bawa ke mahkamah. Jgn merepek wahai org politik utk meraih sokongan.
ReplyDelete