Pages

Sunday, June 8, 2014

Majlis Peguam dibidas ,Najib saman Malaysiakini ikut hak asasi - Rais




Tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap portal berita Malaysiakini dan dua pengarangnya adalah satu langkah yang dituntut dalam menjamin hak asasi manusia presiden Umno itu, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata sebagai seorang yang bermaruah dan merasakan dirinya telah dimalukan dengan sangkaan jahat, Najib, yang juga perdana menteri, tentu sekali mahu namanya dan nama partinya dibersihkan.

Venue (tempat) terbaik dan paling sesuai untuk berbuat demikian ialah mahkamah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Mengambil tindakan mahkamah lantaran teraniaya, difitnah, ditipu dan sebagainya adalah satu langkah yang dituntut di sisi hak asasi manusia," tegas Rais.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong hari ini yang menggesa Najib dan Umno membatalkan saman fitnah itu.

Rais berkata kenyataan itu secara jelas menunjukkan badan berkenaan sudah turun padang bermain politik, dan seolah-olah tidak lagi mengambil kira hak asasi manusia seseorang yang mahu mendapatkan keadilan di mahkamah.

"Apakah Majlis Peguam sudah lupa undang-undang yang mereka sendiri dakwa hendak ditegakkan? Kini terbukti peranannya sebagai pengamal politik murahan," katanya.

Pada 30 Mei, Najib selaku presiden Umno dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua pengarang dan ketua editor laman web portal Malaysiakini menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

Najib dan Ab Rauf (bagi pihak Umno) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Steven Gan dan Ketua Editor Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.

Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.


7 comments:

  1. Da bosan dengan kerenah majlis peguam yang perasan bagus.... yg sebenarnya aktif memburuk2kan kerajaan dan membisu dgn salah laku pembangkang. Majlis peguam patut prjuangkan hak2 mereka yg teraniaya bkn membela... mcm karpal singh... mmg hati perut busuk

    ReplyDelete
  2. Da bosan dengan kerenah majlis peguam yang perasan bagus.... yg sebenarnya aktif memburuk2kan kerajaan dan membisu dgn salah laku pembangkang. Majlis peguam patut prjuangkan hak2 mereka yg teraniaya bkn membela... mcm karpal singh... mmg hati perut busuk

    ReplyDelete
  3. Kacaulah Malaysia nanti bila pengamal undang undang terlibat secara langsung dengan politik. Dimanakah hak dan keadilan bila nafsu menguasai pentas politik. Apakah para peguam yang ada kat Malaysia ini begitu arif sehingga menidakkan kepada yang hak demi kelangsungan politik agar membenar dan menyuara bilamana difikirkan perlu demi mempertahankan pihak pihak tertentu?

    ReplyDelete
  4. Kalu nk saman, PM harus letak jawatan. PM harus terima kritikan dr rakyat, ini negara demokrasi. Jgn jd PM je & luluskn pinjaman je, kna tau gak perundangn negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa perlu letak jawatan?
      Itu bukan kritikan la, itu fitnah la bodoh.!

      Delete
  5. Pm pun manusia juga ... mkn minum tido berak ...sama macam manusia lain ....salah ke dia nak pertahankan maruah dia .... org lain boleh fitnah dia ..tapi dia tak boleh pertahankan maruah dia ... mana "keadilan"nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib sepatutnya kemukakan kenyataan mengapa artikel tersebut menjatuhkan imej beliau dahulu dan bukannya terus menyaman Mkini ! Baru kritik sikit terus nak menyaman? Anwar memang patut saman Papagomo tu kerana difitnah dengan sesuatu yang berunsur seks dan lebih mengaibkan lagi berbanding yang dihadapi Najib dan Umno!

      Delete