Pages

Wednesday, March 26, 2014

TEORI KONSPIRASI DIEGO GARCIA & MENGAPA KOMANDO MALAYSIA KE KORIDOR UTARA ?? #MH370



Artikel  di bawah ini tersebar meluas di media sosial &  tak mustahil teori konspirasi ini boleh berlaku kepada MH370 .


Jika  8 saintis China & ratusan lagi rakyatnya  berada dalam pesawat MH370 , kerajaan negara itu tak akan duduk diam & akan terus menyiasat  . Walaupun keluarga penumpang dari negara itu marah kepada kerajaan kita , tapi pemerintah negara itu tetap berkerjasama  kerajaan Malaysia . 


Tetapi dalam keadaaan apa sekalipun ,  kita memerlukan bukti jika benar teori ini berlaku.  


Mungkin sebab itu Komando Malaysia dihantar ke negara di lokasi rahsia  koridor utara seperti India & Maldives (Klik di  sini ) untuk menjejaki petunjuk MH370 walaupun PM menyatakan melalui data satelit ,  MH370  berakhir di lautan Hindi dekat barat daya Australia . 


Malah PM sudah beri jaminan  polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti dengan secepat mungkin punca sebenar tragedi menimpa pesawat MH370. klik di sini 









Tuan-tuan boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.


Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

 Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu.

 Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control).




Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas.

 Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat.

Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

 Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

 Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia.

 Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

 Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US) 

-SUMBER - 



23 comments:

  1. Raja bomoh kata kapal sangkut kat atas awan.... Apa cite... Bomoh penipu...

    ReplyDelete
  2. soalan saya.
    bagaimana drone tersebut masuk malaysia? dan jika masuk sekali pun, bagaimana drone itu nak di bawa keluar malaysia?

    soalan saya satu lagi.
    kalau benar drone itu adalah kargo di dalam mh370, makna kata, mas dan kerajaan malaysia sanggup merisikokan negara.

    betul tak?

    jadi, dalam hal ini, aku tetap berpegang pada prinsip. selagi serpihan tidak di jumpai, selagi itu aku bersetuju dengan PM, pesawat mh370 berakhir di lautan hindi.

    pm tidak cakap terhempas.

    utk komando elit, aku rasa benar. biar mereka mencari. aku setuju 100%

    ReplyDelete
  3. Dron tu bkn dlm mh370..dia mcm pesawat tanpa jurutrbg..dr segi logik sains nya apa yang penulis kata ada benarnya..dan jika dilihat dr mmpi ustaz darul manzil seakan sama..mh370 xlagi di kwl oleh kapten tp oleh alat kwln jauh..kita tggu tgk sama ada black box akan jmpa atau pun x..

    ReplyDelete
  4. Si FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai puak SYAITAN Illuminati Mossad-Israel/ZIONIS) dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean, DAPBANGKAI serta PELIWATPEMBANGKANGSONGSANG, memangnya tak habis-habis nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi!

    Dan pi MAMPOSlah si DALANG-DUA-MUKA White House-ZIONIS itu - lihat di http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=40983, Repost: Obama’s Sodomite Past Comes Back To Haunt Him, By Wayne Madsen , January 8, 2012 (kalau berita ini tak benar, tentu Obama dan geng GAY Illuminati ZIONISnya yg. ramai dlm rejim Amerika, dah SAMAN!

    Dan apa maknanya Illuminati ini - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel, by Bill Woollam; di http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm , The Order of Skull and Bone; di http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012; dan di http://www.youtube.com/watch?v=4x-cHySUlw , IIlluminati Satanism, by EYEOFILLUMINATI2012.

    Lihat berita terbaru tentang MH370 di http://www.presstv.ir/detail/2014/03/25/355959/the-cia-hoax-flight-370-revealed/:

    Flight 370 The CIA Hoax

    Tue Mar 25, 2014

    By Gordon Duff : Gordon Duff is a Marine Vietnam veteran, a combat infantryman, and Senior Editor at Veterans Today. ….

    Today we are told that the fate of Flight 370 is known, not yet identified debris has been spotted in what is called “the Southern Indian Ocean,” perhaps more appropriately described as “north of Antarctica.”

    We also know that the 777/200 is a “fly by wire” aircraft with controls in place that allow the CIA to remotely pilot the plan “in case of emergency.” We were able to verify the design and implementation of this system through Boeing, Raytheon and commercial pilots.

    ....The descriptions today in the New York Times and other...at worst “criminal.”

    CIA CONTROLS COMMERCIAL AIRCRAFT

    When Malaysian Airlines Flight 370 was reported as having crashed in the South China Sea, a massive cover up began yet no one will speak of it, nothing is written of it and its broad consequences are a subject of no investigation.

    While people around the world were told the plane was “lost” or “crashed,” it was being monitored by NORAD (North American Aerospace Defense Command) and its regional defense partners through secret systems installed in the plane.

    In 2006, Boeing announced the following, from a John Croft article in Flight Global:
    Boeing last week received a US patent for a system that, once activated, removes all controls from pilots to automatically return a commercial airliner to a predetermined landing location.
    The "uninterruptible" autopilot would be activated - either by pilots, by onboard sensors or even remotely via radio or satellite links by government agencies like the Central Intelligence Agency, if terrorists attempt to gain control of a flight deck.

    Boeing says: "We are constantly studying ways we can enhance the safety, security and efficiency of the world's airline fleet."…..

    Sources claim the plane landed on Diego Garcia, was refueled, dead passengers “disembarked” and was moved elsewhere?....

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak ini terlalu naif mengaitkan cerits kontemporari dgn isu semasa. Terlalu mudah percaya teori illuminati yg dibuat sendiri Amerika. Sedangkan yg berlaku lebih besar dr teori kontemporari yg buat umat islam khayal dgn cerita kebenaran.

      Delete
  5. MasyaAllah! Boleh jadi. Moga Allah memberi petunjuk. Saya bersetuju menanti segala penemuan dan pendedahan yg akan merungkai misteri ini.

    ReplyDelete
  6. Teori akan tingal teori selagi tiada supporting evidence, memang sedap buat sinetron pada pukul 7pm.

    Aku rasa baik dia bom saja drone tu kat tanah dari kat kapal terbang, banyak sangat plotnya nanti.

    Dan biasanya alat yang canggih biasanya boleh self destruct, kalau dirampas(macam kat movie-teori lagi).

    ReplyDelete
  7. TIDAK MUSTAHIL WUJUD KONSPIRASI... AMERIKA PUNYA SATELIT YANG CANGGIH YANG SENTIASA MENGAWASI DUNIA SETIAP KETIKA, APATAH LAGI RUSSI DAN CHINA. DENGAN KERJASAMA ISRAEL, KAWALAN KEATAS KAPALTERBANG MH370 MEMANG BOLEH DIBUAT SEPERTIMANA KAPALTERBANG MASA 911, DI"PANDU" AWACS/SATELIT KELOKASI RAHSIA.

    ReplyDelete
  8. bila masa pulak kapal terbang dipandu AWACS/SATELITE dalam sejarah 9/11. Kalau betul la boleh, asal terrorist ikut nak sama dlam kapal terbang tu dan terus mati katak...kan senang je remote kat daratan je...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong berfikir guna akal jangan lembab sangat

      Delete
  9. perubahan kawasan pencarian yang dianjakkan ke utara daripada roaring forties seakan menyokong teori ini. bukan sebab pesawat menggunakan lebih banyak pada peringkat awal penerbangan maka lokasi pencarian diubah. ping terakhir pada jam 8:11 pagi tetap menunjukkan bahawa pesawat masih terbang dalam tempoh masa lebih tujuh jam. dengan kata lain tidak berlaku kehabisan bahan bakar yang lebih cepat sepertimana yang dikatakan. sebaliknya, jarak menjadi semakin pendek dalam tempoh yang sama kerana pesawat tidak terbang terus ke tempat berakhirnya. pesawat itu singgah di lokasi yang tidak diumumkan. diego garcia adalah lokasi yang paling logik dalam hal ini. jika pesawat singgah di maldives dan kemudian diego garcia, purata 30 minit diambil setiap persinggahan, maka satu jam perjalanan sebenarnya tidak berlaku. ping masih dihantar tetapi pesawat tidak bergerak sejauh yang sepatutnya. satu jam yang pesawat singgah melibatkan lebih kurang 1,000 km perjalanan yang tidak dilalui. logiklah lokasi pencarian digerakkan lebih kurang 1,000 km ke utara daripada lokasi asal yang dikira oleh inmarsat.

    sentiasa ingat bahawa jika bahan bakar pesawat digunakan pada peringkat awal, bukan sahaja jarak perjalanan pesawat menjadi lebih pendek, malahan masa penerbangan pesawat juga menjadi lebih singkat. dengan itu bolehlah disimpulkan bahawa mh370 memang membuat sekurang-kurangnya satu persinggahan hingga menyebabkan jarak perjalanannya lebih pendek walaupun masa penerbangannya tetap melebihi 7.5 jam.

    ReplyDelete
  10. susah kita nak ulas perkara yg besar ni kat dunia akhir zaman anda maklum kan amerika dan yahudi dlam segala hal mereka dah control umat islam lihat je negara telok pak arab sekarang bukan macam zaman arab dulu semua dah kena beli kita tunggu je janji ALLAH pada umat kat dunia ni kita semua tak tau apa yg berlaku pada pesawat malang tu kalau kita menuduh tak tentu pasal nanti dapat dosa senjata kita skarang BERDOA SAJA

    ReplyDelete
  11. Jika benar konspirasi ini,perkara selepas ini akan terjadi ialah China akan tidak berpuas hati dgn us,pelik juga dikatakan settelite nampak serpihan tapi 1 pun belum dinaikkan dari laut..dan kenapa mh370 menghala ke tempat paling dalam dan temp at yng susah nak jumpa...

    ReplyDelete
  12. drone ditembak di afghanistan. afghanistan tu bersempadan dengan china. lebih mudah bawa rangka drone ke China melalui jalan darat dari bawa guna kapalterbang dari afghanistan ke malaysia kemudian dari malaysia ke china.

    ReplyDelete
  13. Itulah terlampau lebih menggunakan kan akal dari iman. Realiti yang telah ditipu daya oleh dajal laknatullah dan kuncu kuncu dengan ilmu yang diajarkan pada umat Rasullullah. Kita banyak ditipu di gulakan oleh yang dikatakan ilmu yang diajar di menara gading sedunia. Kita lupa apa asas dan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

    ReplyDelete
  14. they can lied to us malaysian but they can't never hide the truth..apa mereka ingat kerajaan malaysia tak pandai menyiasat ke,sembunyi mcmna pun lambat laun akan diketahui jga,komando malaysia adalah antara yg terbaik...mereka mampu untuk mencari dan menyelamat kes sperti ini,.

    ReplyDelete
  15. terbaik wak lu...sampai sekarang dapat...flattering to much...

    ReplyDelete
  16. Salam. .. Kisah yg saudara blog buat ni sye dh tahu sblum ni. .tpi tu rahsia. . Ksimpulan bnyk konspirasi dn konflik dunia yg org awam x tau...and zionis...mreka dri dulu lgi pkar bab pusing/lakon ni...sbab tu sye x ikut prkmbng media/news sjak umur 19thn(skrg dh 29)tpi mklumat undergroud(crite sbnar tetap dpat) m'sian govermnt pn dh tau prkara sbrna tpi just shut up... kau org ingt osama laden tu wujud ke/9'11 tu agkara muslim ke. .think wisely...

    ReplyDelete
  17. Yes our gvrmnt dh tahu bnda ni.. tp xmmpunyai kuasa untk mnuduh 'kuasa dunia' kerana kita hanya sebuah ngara yg kecik

    ReplyDelete
  18. Yg sebenarnya, yahudi telah hantar jin ifrit untuk tahan mh370, jin tu sebelah kaki dia kat vietnam, sebelah kaki lagi kat filipina. Jin tu tahan mh370 di udara, semua penumpang masih hidup lg masa tu.. 1 org wali Allah ni (org tabligh) dapat tahu, terus dia lawan jin tu.. Jin tu kalah, Mh370 jatuh kat dasar laut, kapal terbang sikit pun x pecah, macam keadaan asal, cuma sayap kanan sahaja yg patah sedikit... Lokasi kapal terbang berhampiran pulau spratly, kat dasar laut.. Semua masih ingat lg kapten norudin? Dia bgtau kat tv 3, mh370 hilang, full stop.. Kapten norudin tu pun org tabligh.. Dia antara yg betul2 tahu kejadian sebenar.. Pd pagi 24 mac 2014, kapten norudin, bersama lg 4 org telah pergi ke putrajaya berjumpa dengan najib untuk bgtau kat mana mh370.. mereka jumpa 3 org, najib, rosmah, dan jamil khir. Ustaz hamzah (ustaz tabligh di sri petaling) dakwah mereka bertiga, dakwah pasal aurat pramugari, dakwah pasal arak dalam MAS.. Dakwah sampai rosmah menangis.. Lepas tu baru ustaz bgtau lokasi sebenar mh370.. Dan mereka bgtau najib supaya rahsiakan dulu perkara ni, sehingga mereka nak bawak sendiri najib untuk tengok sendiri bangkai mh370 tu.. Tiba2, malam 24 mac tu, secara tergesa2, najib buat kenyataan media kata mh370 berakhir di lautan hindi.. Jadi ustaz2 tu terkejut ar.. Mereka check balik, rupa2nya najib buat kenyataan media tu dalam keadaan kene sihir oleh yahudi.. Yahudi telah sihir najib untuk keluarkan kenyataan macam tu.. Yahudi xnak malaysia dapat balik mh370.. Yg betul2 tgh berusaha nak dapatkan balik mh370 adalah org tabligh.. Kapten norudin, mulvi osman, ustaz azwan dan beberapa nama lagi.. Setelah gagal untuk menggunakan najib, mereka telah pergi pula kepada panglima tentera malaysia.. Jadi, pada hari khamis, 1 mei 2014, geng tabligh ni telah bawa panglima tentera udara diraja malaysia, panglima tentera darat diraja malaysia, dan panglima tentera laut diraja malaysia.. Mulvi osman, kapten norudin yg bawa mereka.. Kalau x percaya, sesiapa yg kenal panglima2 ni, boleh tanya mereka sendiri.. Mereka pergi menggunakan kapal terbang jenis charlie.. Ketika terbang melintasi kawasan laut persisir pulau spratly tu, mereka dapat melihat dengan jelas bangkai mh370 di dasar laut.. Air laut kat persisir pulau spratly tu begitu jernih, sehingga dapat lihat dasar laut dengan jelas.. Semua panglima2 tentera malaysia nampak dengan jelas bangkai mh370 tu.. Sebiji kapal terbang, tanpa ada sedikit pun yg berkecai cuma patah sedikit sahaja pada sayap kanan.. Boleh tgk jugak video kapten norudin ditemuramah oleh rtm.. Tajuk video grandstand 9 mei kapten norudin.. Search kat youtube.. Dlm video tu kapten norudin dah bg hint yg cukup jelas.. Segala data yg diberi selama ni hanyalah helah untuk buat dunia menukar tempat mencari ke lokasi yg salah.. Kapten cakap kembali kpd hari pertama, cari di situ.. Banyak yg dia cuba sembunyikan dalam temuramah tu, tp secara tersirat, dia suruh cari di laut china selatan, mh370 ada kat situ.. Amerika pun dah tahu lokasi mh370.. Sebelum dorg ni pergi pada 1 mei, amerika telah terlebih dulu pergi.. Amerika niat nak amik kotak hitam.. Mereka pergi dengan sebuah kapal perang yg besar.. Tapi sebelum tiba kat lokasi mh370, Allah telah tenggelamkan mereka.. Sebiji kapal perang dengan tentera2, semua sekali tenggelam.. Benda ni langsung x keluar berita.. TLDM labuan tahu benda ni, sebab kat radar dorg, ada kapal asing yg menceroboh, jadi bila dorg sampai kat situ, kapal perang amerika tu tgh tenggelam.. Mulvi osman tu cakap, seluruh dunia punya sihir, sekarang tertumpu kat perairan tu.. Mereka sungguh2 xnak malaysia dapat mh370 balik.. Yg terbaru, mereka (org tabligh dan tentera serta beberapa org teknikal) akan pergi lg skali kat tempat tu, kali ni mereka nak pergi beramai2.. Mereka akan pergi pada 29 mei ni.. Jadi marilah sama2 doakan kejayaan mereka, dan semoga Allah pelihara mereka dari rancangan jahat yahudi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkata kekasih kami ... rahsia jngan kecoh2 .....

      Delete
    2. Solat taubat la ko.merepek ..heboh sgt cerita psl nie pahal...ade naikan iman ke cerita ko nie...ank.murid mulvi nie kan...suke na merepek

      Delete