Program Tok Guru masuk bendang kelmarin bukan sahaja untuk digambarkan untuk gimik politik tetapi juga memalukan Presiden PAS sendiri .
Ini kerana ia menjadi bahan lawak kerana mereka menabur benih padi ketika air sawah penuh dan sepatutnya air itu ia perlu dikurangkan .
Apakah ini satu lagi sabotaj oleh orang dalam PAS terhadap Presiden mereka ketika kempen PRK Sg Limau ?? Satu persatu episod lebai malang berlaku dalam kempen PAS kali ini .
Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program 'Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi' yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.
Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah.
Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik.
Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan 'ritual' tersebut bukan merupakan amalan sunah. Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya.
"Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya.
"Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan.
Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.
"Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.
"Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap" katanya.
Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang 'double standard' sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program 'ancak' yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.
"Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh" tegas beliau lagi. Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini.
Sedangkan ketika isu 'ancak' hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.
Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat.
Hampa nak kelintong orang badak,boleh la.Kmi keluarga petani usah nak kelintong no. Beneh yang hang tabuq tu mampus macam parti hang tau...
ReplyDeleteHampa nak kelintong orang badak,boleh la.Kmi keluarga petani usah nak kelintong no. Beneh yang hang tabuq tu mampus macam parti hang tau...
ReplyDeleteIni apa yang Azeez kata bila Astro Awani interview ;
ReplyDelete"Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi Astro AWANI.
Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan. Tambah Azeez lagi,
"Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."
Punya nak menegakkan benang yang basah Azeez bagi macam-macam alasan . Tak sakit hati ke ? Dia siap kata kalau susu tamat tempoh buang saja , soal nya pasal buang atau tidak , ni buat apa lu nak aniaya orang-orang kampung dengan tak periksa lebih dahulu tarikh luput ? Nak glamour pun berpada-pada lah ... nak tunjuk lu warak , bantu orang-orang miskin , dan macam-macam propa la, lu ingat orang tak tau ka dengna lakonan. Sudah-sudah lah Azeez , ramai yang sebenarnya makin meluat bila lu dapat jadi Pengerusi Tabung Haji tu ... lu jilat PM kuat, bukan orang tak tau..
http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/10/azeez-rahim-walaupun-telah-luput-tarikh.html
apa nak heran.....PAS memang BAHALOL sejak azali pun
ReplyDeleteSEMUA salah maklumat, salah faham.....sbrnya HH melemparkan benih IKAN dlm bendang, kan ke HH ni nak jd NELAYAN....mesti la PAKAR TERNAK IKANkan...kan...kan.....:)
ReplyDeletenak tarik hati pengundi pun berpada-padalah. Nanti nampak kebodohan diri sendiri
ReplyDelete