Pages
▼
Thursday, October 31, 2013
APA PETANDA MAHFUZ BEAN RAMAL PAS MENANG MAJORITI 500 UNDI #PRKSgLimau
Daripada menang 2000 undi yang dimenangi TS Azizan pada PRU13 yang lalu , kini PAS hanya yakin menang mudah 500 undi di kubu kuat mereka .
Apakah Mahfuz semakin tak yakin dengan pengundi di kubu kuat PAS yang mengundi Azizan dulu akan terus mengundi Ustaz Azam ?
Adakah faktor gambar super impose tipu calon mereka jumpa TS Azizan menyebabkan Mahfuz yakin boleh menang 500 undi ?? Ini kerana akhbar Sinar Harian yang dedahkan penipuan PAS itu laris hingga habis dijual di seluruh Sg Limau
Cuma nasihat GPB kepada jentera BN .. jangan confident sangat kerana kita perlu teruskan lagi usaha menyakinkan pengundi Sg Limau supaya lebih ramai BERANI BERHIJRAH kepada BN kali ini .
insya-Allah kita yakin dapat majoriti lantai ialah tidak kurang daripada 500 undi. Majoriti lantai ini selari dengan yang diperolehi Allahyarham ustaz Azizan ketika pertama kali bertanding di DUN ini pada 1995.
"Angka ini munasabah kerana pada waktu itu arwah kali pertama bertanding. Ustaz Azam juga kali pertama bertanding, jadi situasinya sama," katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Jelas, apa yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu mengundang rasa kurang senang dikalangan penduduk Sungai Limau. Mahfuz macam tak yakin dengan sokongan mereka.
No comments:
Post a Comment