Pages
▼
Saturday, October 5, 2013
NASIHAT @KhairyKJ KEPADA PERWAKILAN PEMUDA UMNO MENJELANG TARIKH 12 OKTOBER !! @DrNovandri @APterkini
Semalam bertempat di IKBN Bukit Mertajam , Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin hadir ke negeri ini dalam satu majlis Bicara Anak Muda bersama Menteri Belia & Sukan .
Di ketika dalam suasana pemilihan UMNO , beliau turut ditanya mengenai kempen & harapanya kepada perwakilan bagi mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang masih berbaki tidak kurang 6 hari lagi .
Beliau berharap perwakilan Pemuda jangan membuang undi dengan salah pilih pemimpin dalam pemilihan kali ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan parti bagi menghadapi PRU14. Selain itu , Khairy juga mmepertaruhkan rekod pencapaiannya bersama Pemuda UMNO selama sepenggal untuk dinilai perwakilan
Antara pencapaian dan rekod baik beliau semasa memimpin Pemuda ialah berjaya membantu golongan muda lebih 150 ribu orang lepasan universiti mendapat pekerjaan melalui BN Youth Job Fair , desakan gaji minimum RM900 , masalah perumahan , program membaiki rumah uzur dengan kerjasama Giat Mara, masalah status muflis dan lain-lain lagi .
Bagi GPB , visi Khairy mahu jadikan Pemuda UMNO dilihat sebagai penyelesai masalah kepada golongan muda memang tepat pada masanya . Zaman sekarang bukan lagi zaman seperti 80 an & 90 an yang mana Pemuda gah menjadi pendesak , melaungkan slogan dan sebagainya. Peranan Pemuda jauh lebih luas dan perlu dikembangkan dengan lebih baik lagi untuk mendekati golongan muda.
Pandangan Khairy juga turun disokong oleh Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun yang juga calon No 4 Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia .
Beliau berkata, "Golongan muda merupakan aset yang amat berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan sesebuah negara. Kita juga sedar bahawa golongan muda ini juga adalah pewaris kepimpinan negara dan kesinambungan umat di masa hadapan."
"Pemuda UMNO perlu ditambahbaikkan menjadi wakil generasi muda yang berpegang teguh kepada dasar-dasar parti dan kerajaan BN tetapi dalam masa yang sama, menggunakan saluran-saluran rasmi yang wujud untuk mencadang atau menasihat kepimpinan kerajaan tentang sebarang keputusan dan dasar yang difikirkan boleh mensejahterakan anak muda di negara ini" katanya lagi.
Tambah beliau, "YB Khairy Jamaluddin telah berjaya menggunakan saluran-saluran tersebut dan Pemuda UMNO dapat membantu orang muda dengan lebih berkesan."
" Jangan pula kita dilihat menentang dasar kerajaan sendiri secara terbuka padahal kita perlu lebih matang menyalurkan pandangan kita melalui saluran-saluran yang saya maksudkan itu." "Dan perlu diingat bahawa kitalah pemangkin kepada kemajuan dan kesinambungan kejayaan negara masa kini." kata Khairul Azwan Harun, calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu.
No comments:
Post a Comment