Pages

Tuesday, May 21, 2013

KENYATAAN MAS YANG MEMBAWA PULANG BAYI MARYAM & IBUNYA !!



Berikut adalah terjemahan dari kenyataan di atas. Jika terdapat perbezaan, sila rujuk kepada kenyataan di atas: 






1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.


2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.


3. Malaysia Airlines mengetahui mengenai kejadian malang melibatkan Izan bersama bayi berusia 14 bulannya, Maryam dari pihak Tourism Malaysia. Berikutan ia adalah prosedur lazim bagi setiap penumpang yang mempunyai simptom penyakit berjangkit mendapatkan sijil 'sihat untuk terbang' daripada seorang doktor, Malaysia Airlines membuat keputusan membawa Maryam Sofea menemui doktor. Ini bagi memastikan tiada mana-mana penumpang yang bakal menaiki penerbangan MAS memberi risiko kesihatan terhadap penumpang lain.
 
 

4. Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu tidak menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering.

5. Sejurus kemudian, kakitangan Malaysia Airlines terus menyediakan dokumen perjalanan untuik Izan, Maryam dan dua orang saudaranya. Mereka telah ditempatkan untuk terbang melalui penerbangan MH759 berlepas dari Ho Chin Minh semalam agar mereka tidak perlu lagi bermalam di Saigon yang menanggung pelbagai kos lagi.

 
6. Kakitangan Malaysia Airlines sendiri yang memandu keluarga ini ke lapangan terbang daripada hotel penginapan mereka. Sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 1550 (3.50 petang), kakitangan Khidmat Lapangan Terbang sudahpun menyediakan kesemua dokumen bagi memastikan kemasukan segera. Seorang kakitangan lapangan turut dikhususkan bagi membantu keluarga ini melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

 
7. Ini adalah penting kerana terdapat pertanyaan terhadap chop imigresen pada pasport mereka berikutan insiden sehari sebelum. Izan, bayinya Maryam dan keluarga menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH759 dan meninggalkan Saigon pada jam 1640 (4.40 petang).

8. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari berkata, "Kami merasa bangga kerana pasukan di Saigon memaparkan 100 peratus Malaysian Hospitality dalam situasi ini. Kemampuan pasukan ini bertindak melebihi tugas lazim mereka sangat dipuji."

 
9. "Ia juga sangat dipuji kerana pasukan yang sama tidak melanggar sebarang peraturan mengikut prosedur standard yang dipatuhi namun mampu melaksanakan tanggungjawab berlandaskan belas kasihan dan empati. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat mengendalikan kes ini," tambah Ahmad Jauhari.

 
10. Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan semua langkah-langkah diambil bagi membantu penumpang yang terkandas sambil memastikan kesihatan penumpang lain tidak berisiko.


11. Malaysia Airlines terbang tiga kali sehari ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam

20 comments:

  1. Boikot Air Asia.

    ReplyDelete
  2. The evil and short-coming of Air Asia is finally exposed. Not only Air Asia cheating us on its hidden cost, it also fail to meet customer's need & service. Worst part is..... this so called "reputable" airways is led by a moron who dressed & appeared as cheap transvestite. And yet he has the cheek to brand Utusan M'sia as having no integrity. This is a very unbecoming conduct for a CEO of multi billion corpn and as such we demand an explanation from its Chair-person, Tan Sri Rafidah Aziz. Outrageous dan memalukan.....!!!!!

    Personally, I've no faith and will not risk my life flying with Air Asia, led by a cracko.

    Ex Son of Spura

    ReplyDelete
  3. MAS adalah syarikat penerbangan malaysia dan kebanggaan malaysia terbaik diantara terbaik.semangat patriotik tebal dikalangan kakitangan MAS.berbanding dengan airasia adalah bersifat keuntungan semata2 tampa mengira tanggungjawab pada negara.sejak penubuhan air asia lagi saya tidak suka syarikat ini.air asia cuba menopoli MAS tapi alhamdulilah air asia tidak berjaya.hidup mas!!!!

    ReplyDelete
  4. Salam, aku terharu dgn sikap kakitangan MAS. Sikap ini semestinya dtg dr sikap pengurusan tertinggi MAS, khususnya dr CEO nya sendiri. Amat malang sekali Malaysia memiliki company buruk seperti Air Asia.

    Mereka tidak melayan rakyat negara sendiri dengan perikemanusiaan. Apakah pengurusan Air Asia akan rugi berjuta ringgit jika membantu 2 insan dlm kesusahan ini?

    Ketentuan Tuhan Maha Hebat. Kebetulan Marzidul Wartawan TV3 berada di sana, pecah lah pembelang dan sifat tidak belas kasihan Air Asia yg hanya fikir untung, mereka pasti menyesal dan Air Asia takkan bertahan lama.. tuggulah..

    SYABAS buat MAS.. WE LOVE MAS!!
    SAY NO TO AIR ASIAL.!

    ReplyDelete
  5. jom kita ketok kepala azran botak tiga kali secara beramai ramai... kenapa kau senyap.... tengok muka kau angin satu badan aku

    ReplyDelete
  6. That's the basis of non-Muslims to Muslims ... not want to help other people but want to feel the benefit.

    ReplyDelete
  7. Mas melayu punya .Air asia bukan melayu punya .kenapa kita suka gunakan bukan melayu punya daripada melayu punya . biar mahal sikit tk apa. mualai sekarang kita boikot airasia.kita guna mas atau malindo.naik air asia , bila terjadi masalah mereka lepas tangan,akhirnya Mas juga yg bantu. BOIKOT AIRASIA!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. everything low cost including human touch low critical decission low empaty low class of human rescource.

    ReplyDelete
  9. Syabas MAS anyway i like point no 11 tuh heheheeh bisnes tetap bisnes

    ReplyDelete
  10. Sepatutnya AirAsia melayan penumpangnya seperti ini bukan hanya sekadar menghantar di tmpt menunggu teksi dn lps tgn terus..di hrp kn MAS memperbanyakkn lg penerbangan ke destinasi yg di tuju AirAsia serta tambang yg lebih kurang sama dgn airasia, dari situ baru dorang tau apa itu erti persaingan..

    ReplyDelete
  11. Dari dulu MAS memang first class, top class dan taat kepada negara, walau pun rugi sedikit. Tetapi tiba-tiba saja, datang syarikat penerbangan ala kantin keretapi zaman dulu, terus hendak menjatuhkan MAS. Dan jangan terkejut, semua yang rapat dengan kerajaan seperti MAS, proton, petronas dan lain-lain, akan cuba diancam oleh pengkhianat. Terbaru adalah Kilang Lynas di Kuantan, begitu kuat diasak oleh mereka yang diketuai DAP sedangkan berpuluh-puluh kilang nadir bumi seperti lynas ada di Negeri China. Selarilah dengan cita-cita dalam PRU-13 puak super kiasu dan ultra racist Cina DAP yang mahu merosakkan apa sahaja yang berkait rapat dengan BN/UMNO/Melayu/Islam/raja-raja.

    ReplyDelete
  12. jadi...lepas ni terbang lah dgn MAS.mahal sedikit takpe..tapi layanan memuaskan...tiada kelaparan dln perjalanan...aku memang tak teringin nak terbang dgn syarikat yg bongkak ni...murah pada nama je....

    ReplyDelete
  13. tak percaya sungguh AA ni suka makan duit org tadi 3x saya buat booking RM221 rtn balik kul-bkk-kul, elok je buat payment cakap seat tak de buat booking lain...end up RM510 kena keluar duit...MH tambang murah baru RM440 tp timing return tak kena pula.

    ReplyDelete
  14. Truely agreed with Othaman Ahmad. Ppl said what comes around goes around! Malaysian must boycott Air Asia for such a bad service as this is to punish them and teach them a lesson. Dunt be so corcky nxt time.

    ReplyDelete
  15. Bagi yang berinternet ok lah dapat mesej BBC ni.
    Untuk rakyat yang tak guna internet macam pakcik makcik perlu ada usaha untuk menyampaikan mesej BBC ni.

    Bagi sesedara yang bergiat dalam NGO harap ada usaha keluarkan fliers/banner/ dll agar mesej sampai kesemua lapisan.

    Just my thought dan semoga diberkati ALLAH usaha fardhu kifayah ini.
    AMIN

    ReplyDelete
  16. Lepas abg halim zaki naikpangkat lagi la ....

    ReplyDelete
  17. Say NO for asia

    ReplyDelete
  18. dah lama aku boikot air asia.. sepanjang air asia beroperasi, aku guna 4 kali saja.. tu pun sebab kes2 tertentu (emergency, MAS x de seat and etc).. and sepanjang 4 kali tu, memang hati sentiasa serabut.. aku sanggup bayar mahal untuk fly with MAS.. sekurang2nya, airport selesa, takde hidden charges, good service, ground staff very helpful and professional, more customer oriented, bertimbang rasa and many other things yang everybody can see and experience..

    BOIKOT AIR ASIA..

    ReplyDelete
  19. boikot air asia

    ReplyDelete