Rancangan ahli DAP, Hata Wahari untuk mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya dia bersendirian yang hadir petang tadi.
Walaupun telah digembar-gemburkan di laman-laman sosial sejak lebih seminggu lalu namun demonstrasi yang dirancang diadakan pukul 5 petang itu itu ternyata gagal mendapat sokongan.
Malahan kira-kira 100 kakitangan Utusan yang menanti kehadiran para pendemonstrasi itu ternyata "kecewa" apabila hanya kelibat Hata yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah dipecat itu sahaja yang hadir.
Disambut dengan jeritan "Hidup Utusan!", "Hidup Melayu!" dan "pengkhianat" akhirnya ahli DAP itu meninggalkan kawasan ibu pejabat bekas majikannya itu kira-kira 10 minit kemudian.
Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut merancang mengadakan perhimpunan bagi menyokong akhbar tersebut di tempat dan waktu yang sama hari ini bagaimanapun akur dengan arahan pihak berkuasa yang melarang mereka berbuat demikian.
Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Kakitangan
UTUSAN
Namun, bak kata bijak pandai…kalau diri sendiri dah buruk perangai, apa kejadah nak menegur orang lain. Kalau kita rasa diri kita bagus, tegurlah dengan cara berhemah dan penuh kesabaran. Datang mengacau rumah orang, kena provoke sikit, terus meroyan.
Dalam protest jiwa kacau petang tadi, jurugambar Mynewshub berjaya merakamkan aksi di mana Hata memperlihatkan isyarat lucah kepada kumpulan kakitangan Utusan yang menunggu kehadirannya sejak pagi lagi.
Kejadian itu dapat dilihat pada saat ke-14 dalam klip di bawah. Mungkin Hata tidak menyangka jurugambar Mynewshub akan berada di belakangnya ketika dia berbuat demikian.
Hakikatnya, kalau kakitangan Utusan memperlihatkan rasa kurang senang mereka memang patutlah kerana Hata datang ke pejabat mereka melakukan satu bentuk tindakan yang boleh ditafsir sebagai memperkecilkan syarikat berkenaan.
Namun, untuk Hata memperlihatkan isyarat lucah, itu mencerminkan pemikiran yang sempit dan sangat tidak profesional.
Apa yang menarik, walaupun di kalangan kakitangan Utusan ada yang melaungkan “boo”, “balik”, “komunis” dan “hidup Utusan”, namun tidak ada seorang pun yang dikesan memperlihatkan sebarang isyarat lucah kembali kepada Hata.
Jadi kepada Hata, renunglah sahsiah diri anda sendiri sebelum mahu menegur orang lain yea.-Mynewshub
Kenapa tak dilanyak saja si laknat ini. Orang yang semacam ini jangan diberi muka sangat. Hentam saja. Tambah pula dia pergi mencari kita bukan kita yang mencari dia. Denda pukul orang pun berapa sen la sangat.
ReplyDeleteaku nak gelak...haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...kacau sungguh jiwa nya....
ReplyDeleteanon:4.42 - geng2 Utusan mmg begitu deme ni sejak sblum era merdeka lagi memang macho n cool..deme setakat lauk ikan masin sekor ni mamat nama hata*wahara ni buat cecah sambal belacan aje..terserlah kehebatan Utusan dlm menangani mamat ikan masin nipenuh berhemah dan bijaksana..haha..ikan masin oh ikan masin a.k.a hata*wahab..kamu mmg pembelot dan derhaka kepada ibu-bapa kamu,keluarga kamu,masyarakat negara dan bangsa kamu..paling kronik kamu belot agama kamu!!insaflah dan bertaubatlah..semoga Allah SWT kurniakan kamu kesedaran dan keimanan yg berkekalan.amin.
ReplyDeleteterimalah hakikat kamu tu dah dibuang kerja kerana masalah displin yg parah,Utusan bkn milik keluarga bapa kamu ianya milik PERJUANGAN yg murni lagi suci dimana ikan masin spt kamu xdapat memahaminya.kamu ni xubah bersifat buruk spt anwar ibrahim yg penuh dgn kemunafiqan..hm..kesian kamu..Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sememangnya simbol keberanian,kebebasan dan kebenaran!
-PEJALAN MINDA
*bukan nama sebenar.
You with what army!!!....ha ha ha....Kalau masuk PAS tu boleh terimalah lagi...ini masuk DAP....aduih....Kalau akulah staff utusan, aku baling kasut kat kepala yang dah gondol tu.....
ReplyDelete