Pages

Saturday, March 16, 2013

TERKINI ! Pengganas Sulu semakin lemah bila ketua lari awal




Kabinet telah bersetuju untuk membolehkan agensi berita asing terutamanya dari Filipina mendapatkan gambaran sebenar berkenaan tindakan pasukan keselamatan terhadap militan Sulu di Sabah.
 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, media asing kini boleh  meletakkan petugas mereka di pusat media di Felda Sahabat.
 
"Anggota keselamatan ini juga boleh mengiringi wartawan asing ke Ground Zero bagi mereka untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik mengenai operasi yang berterusan," katanya kepada pada sidang akhbar di bangunan Umno Bagan Datoh di sini hari ini.
 
Ahmad Zahid berkata, pengganas yang masih berkurung di Sabah didapati berada dalam keadaan kelaparan.
 
Beliau menambah bahawa semangat mereka juga semakin rendah berikutan ketua mereka meninggalkan Sabah.

1 comment:

  1. Ketua mereka ialah Musa dan seorang lagi yang bernama kristian. Adik Kiram 3/4 tidak pernah mencecah kaki di Sabah baru baru ini.

    ReplyDelete