Muhyiddin hari ini menolak laporan media sosial mengaitkan Umno dengan kematian penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan membidas pembangkang kerana mempolitkkan semua hal yang berlaku dalam negara.
"Apa yang berlaku di Malaysia semua konspirasi Umno, lepas ini semua yang tidak elok berlaku di Malaysia konspirasi Umno," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.
Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan maklumat seperti itu kerana ia kenyataan politik sahaja untuk tujuan mengelirukan rakyat.
"Zaman ini banyak kekeliruan yang timbul dan rakyat keliru bukan sebab kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sebab ia diusahakan bersungguh-sungguh oleh kilang fitnah yang dibuat oleh pembangkang.
"Mereka bekerja 25 jam sehari, tiada kerja lain hanya kitar (fitnah) sahaja, berlaku sahaja sesuatu salah BN, apa sahaja berlaku salah Umno... sebenarnya ia tidak bertanggungjawab," katanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KPPK, Datuk Hamzah Zainudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat serta ADU NJorak, Datuk Dr Shahrudin Md Salleh.
Balasubramaniam, 53, atau lebih dikenal sebagai PI Bala, meninggal dunia semalam di Rawang, Selangor, semalam, akibat sAkit jantung setelah mengalami sesak nafas.
Bala menjadi perhatian media pada 2008 apabila membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006. BERNAMA
Wahai Pembangkang,Yang orang ramai lain yang mati kt Malaysia ni ngapa x siasat.Anak gampang le lu orang ni,Nampaknya orang Pembangkang kt Malaysia ni x boleh mati,x boleh sakit,akan hidup dan sehat selamanya,kalau mati ni bukan kerja ALLAH,tapi kerja UMNO,
ReplyDelete