Pages

Monday, December 24, 2012

Kerana "Pelesit jalanan Mazidul " ,geng bikers serbu Sri Pentas



PETALING JAYA: Pengacara TV3, Mazidul Akmal Sidek terus didesak agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan penunggang motosikal sebagai 'pelesit jalanan'.
Mazidul dan Tv3 sebelum ini pernah membuat kenyataan maaf bersabit isu itu. Namun hari ini sekumpulan penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun dihadapan Sri Pentas bagi menuntut pengacara sensasi itu memohon maaf secara terbuka dalam masa tiga minggu.



Mereka mengugut jika Mazidul dan program Majalah 3 tidak berbuat demikian, satu himpunan besar-besaran akan diadakan.


Kumpulan yang turut dianggotai Motor Corner dan ARC Selangor itu turut menyerahkan memorandum kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya, sambil melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".
Wakil kumpulan motosikal itu, Mohd Shahid Tasiran menyatakan permohonan maaf Mazidul baru-baru ini tidak menyeluruh dan atas sebab itulah mereka menuntut ia dibuat secara terbuka.

"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.

"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya.


Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.
Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi.


Mazidul sebelum ini melaporkan sebuah laporan khas bersabit isu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menerusi Majalah 3, yang menonjolkan penunggang motorsikal berkuasa tinggi sebagai penunggang berbahaya di jalan raya.


Mazidul turut menggelarkan mereka pelesit jalanan. Hakikatnya adegan menunggang motorsikal itu adalah hanya lakonan semula dan bukan aksi sebenar. -ANTARA POS-















No comments:

Post a Comment