Pages
▼
Tuesday, December 25, 2012
Guan Eng mesti panas cabaran terbaru dari UMNO ini !!
DAP Pulau Pinang dicabar supaya membariskan calon berbangsa Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jika benar parti itu tidak bersifat perkauman.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, sekiranya DAP masih meneruskan amalan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu sahaja, maka keikhlasan mereka menerima orang Melayu khususnya, boleh dipertikai.
“Saya nak cabar (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng, kalau dia betul-betul mahukan calon Melayu bertanding dalam DAP, letak di kawasan Cina. Kita nak tengok dia ikhlas atau tidak ikhlas.
“(Kebiasaannya) Dia (DAP) akan ambil calon Melayu ini dan letakkan di kawasan Melayu. Kalau dia ikhlas nak orang Melayu duduk dalam DAP, letak di kawasan Cina. Suruh orang Melayu DAP ini, bertanding di kawasan Cina. Barulah dia ikhlas,” katanya ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.
Walaubagaimanapun Musa yakin parti yang didominasi oleh kaum Cina itu tidak pernah ikhlas meletakkan calon Melayu bagi mewakilinya dalam mana-mana pilihan raya.
Selama ini dakwa beliau, DAP dilihat sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ dengan hanya membariskan calon Melayu apabila terdapat desakan dan tekanan untuk berbuat demikian.
“Bagi saya dia tak ikhlas..Dia tak ikhlas nak gunakan calon-calon Melayu untuk bertanding dalam pilihanraya.
"Kalau ada yang desak, dia akan berilah sebagai melepaskan batuk di tangga. Itu sahajalah..,” ujar beliau.
Ketika merasmikan kongres DAP baru-baru ini, Guan Eng melahirkan hasrat untuk memnjadikan DAP sebagai pilihan orang Melayu.
Namun begitu agenda tersebut mendapat tamparan hebat apabila kesemua lapan calon Melayu tewas pada pemilihan parti itu untuk merebut 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi parti itu.
Antara yang tewas adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari yang hanya memperolehi 305 undi. Turut kalah adalah Senator Ariffin S.M. Omar yang mendapat 348 undi.
Keputusan tersebut jelas menunjukkan rata-rata perwakilan DAP menolak calon Melayu untuk menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti itu, apatah lagi untuk memberi peluang mereka dipilih untuk bertanding pada PRU13.
Bagaimanapun untuk meredakan kekhuatiran orang Melayu terhadap DAP, 20 ahli CEC yang terpilih memgumumkan Ariffin dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP bagi sesi 2012-2015. -ANTARAPOS-
No comments:
Post a Comment