Pages

Thursday, October 18, 2012

Cara terbaru untuk elak masuk perangkap kamera AES !!



Hari ini bila GPB membaca kenyataan Timb Menteri dari MOT  di Parlimen  bahawa sistem AES akan diteruskan  kerajaan , timbul persoalan adakah ia telah mendapat persetujuan YAB PM & Kabinet ?

Itu hanya kenyataan dari kementerian berkenaan dan sudah tentunya akan  pertahankan sistem ini sebaik mungkin . Alasan mereka untuk mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

Cara saman boleh bela rakyat ...kah kah kah ..BANGANG ! .... itu tindas namanya !!

Walaubagaimanapun , samada ia diteruskan atau tidak ...pelan  untuk menyelamatkan diri  daripada membayar duit komisyen kepada syarikat KRONI  jutaan ringgit perlu digunakan .

Blogger No 1  MPP Online mendedahkan satu aplikasi Android untuk mengesan kamera AES telah diperkenalkan .  Ia boleh mengesan kamera haram jadah ini berada 500 meter daripada kenderaan kita .

Jadi tunggu apa lagi , download je kerana aplikasi ini FREE... mana tau boleh selamatkan anda daripada masuk perangkap gila ini




4 comments:

  1. laaa... apa yg susah sangat nak faham. Cubalah berfikir sikit.


    AES bukan bertujuan untuk menyaman. Ianya untuk pemandu memperlahankan kenderaan (sbg satu cara mendidik utk ikut peraturan).

    Ianya bukan utk menyaman kerana lokasi kamera diberitahu siap dengan koordinat sekali, kamera terpampang secara jelas, papantanda amaran diletakkan. Nak edit GPS dgn memasukkan amaran lokasi kamera pun boleh...

    Sebab semuanya diberitahu, sebab itulah ianya bukan utk saman. Kalau utk saman...caranya adalah dengan menyorok dalam semak. CONFIRM 100% nak kutip saman berpuluh juta boleh dibuat dengan mudah.

    Sistem ini bukannya satu sistem yg baru. Di negara-negara maju dah lama gunakan... sbb tu pemandu di sana lebih berhemah.

    cuba pergi ke UK.... ada lebih dari 6000 kamera AES disana. Lokasinya pula di lebuhraya dgn kelajuan 60 mph (dilebuh raya yg 70 mph, tak banyak sangat), di jalan bandaran yang berkelajuan 40mph dan juga dijalan kawasan perumaha yang berkelajuan hanya 30mph !

    Ada mereka bising ? takk.. kalau ada pun bilangannya sedikit. Sebab apa ? sebab mentaliti mereka lain. Mereka suka ikut peraturan, tapi org Malaysia suka langgar peraturan. Sekarang, boleh pulak marah bila nak didik supaya tak langgar peraturan.

    Kamera AES ini dipasang di kawasan hotspot. Janganlah nak menipu kata kamera ini dipasang banyak di lebuhraya.

    Dari 14 kamera yang dah dipasang...hanya 4 di lebuhraya. Selebihnya di kawasan jalan bandaran

    Dari 561 kamera hadlaju yg akan dipasang...hanya 63 iaitu 11% sahaja yang dipasang dilebuhraya. Lagi 89% di pasang di jalan bandaran/persekutuan.

    Jubalah berfikir sikit. Tak susah pun nak berfikir.

    http://www.chewal.blogspot.com/2012/10/sistem-aes-pun-nak-dipolitikkan.html

    ReplyDelete
  2. pabila si bodoh menyuarakan pendapat...
    x langgar undang2
    x la kena saman
    binatang pun ada undang2 mereka

    ReplyDelete
  3. Setiap negara-negara di dunia ada undang-undangnya sendiri, so..... positifkan.....lah fikiran / minda semua kita rakyat 1Malaysia demi keselamatan semasa di jalan raya.

    ReplyDelete
  4. orang nak buat salah je yang takut dengan undang2.. menyalak la lebih2 .. hahaha...

    ReplyDelete