Pages

Thursday, October 18, 2012

Blogger hentam sistem AES dituduh sokong pembangkang !




Perlaksanaan sistem AES terus mendapat perhatian rakyat , penyokong kerajaan mahupun pembangkang. Tidak terkecuali juga pemimpin di Dewan Rakyat .  Ada yang menyokong malah ada juga membantah dan minta ia ditangguhkan .

Mengapa ia menjadi topik hangat ?? Sebabnya yang nak kena hukuman ini adalah rakyat termasuk GPB sendiri  !  Apa tidaknya duit gaji  bakal habis tiap bulan dok bayar benda haramjadah ni...

Bagi  pemilik kereta jenama  Mercedez , BMW , Harrier itu ..depa tak heran la ..setakat saman ini semua boleh settle ..rugi la  beli kereta mahal-mahal  kalau drive hanya  110 KM/J atau 90 KM/J kan ...

GPB sendiri dari awal tak menyokong perlaksanaan  kamera AES ini dan seterusnya menjadi SM1M   a.k.a Saman Rakyat 1Malaysia . Sebabnya speed track Polis & JPJ ini pun dah berlambak kena , ini ditambah lagi kamera haramjadah AES ini .

Alasan malas orang JPJ  ..

- nak kurangkan kemalangan

-nak save nyawa rakyat

-negara lain spt Perancis dah berjaya kurangkan kemalangan ..

- AES tak kaut untung ...


Ini semua ayat retorik penuh hipokrasi kepala otak cerdik pandai  pegawai kerajaan di JPJ, MIROS , MOT dan sewaktu dengannya ..

Kamera haramjadah AES ini sebenarnya  bukan untuk kaut untung...kah kah kah ... Bullshit !!! ... Kalau depa ini pi sembang dekat kedai kopi , mampuih la kena maki berkandaq  ...

Dikhabarkan  Harga Sebuah Kamera AES(Redflex) yang Dipasang oleh Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd ialah 30,000 Euro bersamaan RM129,611.34sen. X 825 Buah Kamera == $$$$$

Tak kan tak kaut untung kot wahai JPJ bila pasang alat ini   ?? Yang nak bayar harga pasang ini sudah tentunya Rakyat 1 Malaysia la  sekali dengan komisyen ...

Nak save nyawa rakyat ke ?? Sebelum nak salah pemandu bawa laju sebagai faktor utama..pergi la check dulu keadaan jalanraya hang pa  tu macamana , ikut spesifikasi ke tak . Nak harap kontraktor JKR ini buat kerja betul .. hahaha... sendiri mau ingat la ..


GPB menentang AES ini bukan sebab sokong  supaya orang bawa laju . Tapi kita kena ambil kira juga beban ditanggung majoriti rakyat yang mana semakin hari berdepan kos sara hidup tinggi terutama yang berkeluarga  dan berpendapatan rendah/sederhana.

Cuma yang tak sedap dengar itu ada pihak mula melabelkan penyokong kerajaan seperti blogger  menentang sistem AES adalah menyokong pembangkang.

 Apa hal  ini ??  Kritik sikit dah tak boleh ke ??  Najib sendiri pernah berkata ''era kerajaan tahu segalanya dah berakhir "..

Hari ini rakyat dah  boleh bersuara & memberi pandangan tentang dasar-dasar diperkenalkan kerajaan .Tak kan semua benda dibuat kerajaan adalah perfect , mesti ada yang perlu ditegur.

Sudah la nak hampir PRU 13 ... takut nanti  kerana  nak pertahan sangat kamera AES syarikat kroni  , rakyat akan lepas  geram kepada kerajaan di kertas undi .

Buta je Anwar dapat  jadi PM dek kerana kebodohan benda-benda mengarut ini !!...

Lu pikir la sendiri .........

 .


11 comments:

  1. Gua sokong sama lu le...
    Bila kerajaan buat menyusahkan rakyat hentam saja le...

    Yang penting tegakkan kebenaran...

    AES ni sebenarnya kalau tak silap ada 2 company ambik untung sebagai komisyen... Apa kerajaan dah meskin ke? Boleh sub kan authority kat sub ? Pelik bin ajaib.

    Jangan le tengok kemalangan tu satu factor aje... melambak faktor lain. Study le betul-betul. Buat le root cause analysis betul-betul, scientific le sikit bukan main agak-agak. Statistic pon pakai setakat 2007... Teknology dah berubah dari 2007 sampai 2012 ... Takkan system database kita kuno sangat kot sampai ambik masa 5 tahun baru habis analysis.

    ReplyDelete
  2. Jangan takut GBP, kami tetap menyokong anda dibelakang. kisahnya menteri pengangkutan Ong Cho ha berebut untuk kuatkuasakan sistem AES ini sebelum PRU13, kalau diteruskan sistem ini, ianya sedikit sebanyak akan menghakis sokongan kpd BN dan kalau ia ditangguhkan pulak, akan menjadi bahan cemuhan PR terhadap kjaan dan peluru kpd geng PR, BN juga yang kena. Biasalah MCA adalah juga DAP, mereka hentam dari dlm, Dap hentam dari luar, akhirnya Cina yang untung. Kalau PM terus mata seperti Tun, tentu sudah boleh melihat permainan cina2 ni untuk menguasai negara secara halus.

    ReplyDelete
  3. Peraturan kena ikutla GBP.bila nak Ubah pemikiran.Negara nk maju,otak rakyat pun kena 1st class jugak

    ReplyDelete
  4. PRU 2008 rakyat sokong pembangkang kerana isu tol, PRU 13 BN nak cari pasal lagi isu AES pulak!

    ReplyDelete
  5. AES ni membebankan sampai jalan kampung pon nak pasang. gila apa AES ni

    ReplyDelete
  6. Alahai
    Kalau patuh pada undang2 jalan raya, apa yg kesahkan AES, org yg menentang AES ialah ciri2 pemandu yg selalu lakukan kesalahan jalan raya.
    Hello bro, ada aku kesah AES ke , aper ker, sebab aku patuh pada peraturan jalan raya.................
    kalau ko marah, maknanya ko byk langgar undang2 bro......

    ada aku kesah hudud, aku bukan kaki mabuk, aku bkn berzian, aku tk mencuri....ada aku kesah.......

    yg kesah dan selalu menentang ialag mereka yg bersalah bro, kalau dah tau kena saman habis duit gaji, jgnlah langgar undang2.......................

    nampak sgt tahap pemikiran penulis blog ini, mmg sama kepala dgn blog2 pembangkang.....
    bangkang sepanjang masa , tapi tak reti menerima kebaikan keseluruhan.............

    Rakyat Malaysia Yg Patuh Pada Syaraq dan Undang2 Negara.
    Ada aku kesah , .......

    ReplyDelete
  7. pokok pangkalnya ikut la peraturan yang telah ditetapkan..ikut kadar had laju..kalau dah langgar peraturan,mmg la kena saman..lagipun bukan sepanjang jalan ada kamera tu..

    ReplyDelete
  8. Walaupun gua tak pangkah BN tapi pandangan lu superb tang ni bro!

    ReplyDelete
  9. Jangan jadikan undang-undang sebagai Bisnes untuk kaut keuntungan .

    ReplyDelete
  10. SATU BENDA AKU NAK CADANGKAN KPD KERAJAAN. OLEH KERANA KJAAN KATA KELAJUAN DAN LANGGAR LAMPU ISYARAT MENYEBABKAN KEMALANGAN, MAKA APA KATA KJAAN AMBIL TINDAKAN TEGAS KPD KENDERAAN YG TERLIBAT DLM KEMALANGAN TANPA KOMPROMI... MANDATORI TERUS DGN KOMPOUN 1,000 RINGGIT JIKA YANG SESIAPA YANG TERLIBAT KEMALANGAN TERSEBUT ADA REKOD KESALAHAN AES. ITU BARU FAIR, BARU TEPAT. BANYAK YANG BAWAK LAJU, TAPI DGN BERWASPADA, MAKA TAK JADI NAHAS.
    KALAU KELAJUAN ADALAH PUNCA KEMALANGAN, KENAPA JERMAN ADA LEBUHRAYA YANG TIADA HAD LAJU, TAPI KEMALANGAN MASIH RENDAH?

    ReplyDelete
  11. Mmg pelik blogger pro-BN tetiba hentam AES dgn hujah2 bodoh sial mcm budak2 tadika jer.. kalau xnk undang2 pegi duduk kat negara lain lah.. skrg ni Bloggers BN pun kelaparan DUIT dn byk yg jd Trojan Horse puak PR yg kaya raya duit berbillon dr yahudi.. so tkkn diorng nk tengok saje...
    Bloggers BN bukan kuat agama pun..hulur duit dgn betina sama je dgn Mat Sabu..janji puas.

    So isu AES ni pelik sgt.. puak PR xde plak buat demo kt Dataran atau Jalan PUDU bantah, tapi bloggers BN ugut sakan Najib bahawa BN akan tumbang dgn AES.. seolah2 mereka pulak ANjing PR..

    Kalau PTPTN demo sakan pn bloggers BN xckp pulak UMNO BN tumbang.. tapi AES tiba2 mcm kena RASUK hantu..

    kerana apa?
    1-dibayar sbg Trojan Horse.. PR dana besar, yg penting PRU13 mesti menang, by hook by crook Anwar mesti jd Pii Emm PRU13 so method lama xjalan, rakya tahu dan muak dgn demo dan penentangan terang2.

    So skrg Anuwar arahkan strategi baru dgn bayar berjuta2 pada kumpulan blogger yg kunun Pro-BN.. nak makan beb.. mau pakai keta besar.. mana tahan Najib xsupport..

    2- mmg kaki rempit punya bloggers.. keta besor bayat road tax mahal xkn nk drive 110km/j mcm saga..jatuh lah maruah..no class..jiwa tercabar..so ape lagi.. kasi hentamlah AES dan Kerajaan yg berjasa ini wpun tahu ia sgt baik.. carilah apa2 alasan yg sama taraf dengan berok2 atas pokok tu.. janji kasi AES batal! Kaki panas xbleh tekan minyak so bebal nk mampos lah..

    So kerajaan trpulanglah.. musuh sgt banyak.. puncanya Kerajaan LEMBIK sejak Tun M turun.. so rakyat dh LEMAK BEBAL.. boleh main ugut2

    Esok lusa LIWAT dan SEKS pun kena jadi LEGAL.. sbb rakyat MAHU.. hahaha Dajjal dh sampai!

    ReplyDelete