Pages
▼
Tuesday, September 4, 2012
Pakatan buta sejarah, Sang Saka Malaya bukan bendera asal Tanah Melayu !!
Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah. Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.
Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.
Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.
“Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.
“Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.
“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.
Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu. Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.
“Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal,” katanya.
Bermula dari Kerajaan Sriwijaya di Indonesia yang beragama animism (menyembah hewan dan pokok). Kerajaan Sriwijaya melakukan perniagaan dengan kerajaan2 di China dan di Arab (ISLAM), sehingga bendera MERAH PUTIH dipergunakan oleh Kerajaan Sriwijaya pada waktu itu, Merah dari China dan Putih dari Islam (Arab)
ReplyDeleteAgama Islam mengubah Kerajaan Sriwijaya menjadi Kerajaan Melayu di Indonesia dengan bendera MERAH PUTIH. Raja Melayu mempunyai 4 orang bini (4 orang istri) dan banyak anak
Pangeran Parameswara pindah ke Singapura untuk menghindari perang saudara di antara anak anak Raja. Pangerang Paramewara membawa bendera MERAH PUTIH ke Singapura.
Indonesia dan Singapura masih menggunkan bendera MERAH PUTIH sampai sekarang untuk menghormati budaya Melayu
Beberapa Kerajaan Melayu tertentu di Malaysia juga menggunakan bendera MERAH PUTIH dengan gambar bulan bintang atau gambar kris hijau di dalam bendera MERAH PUTIH, supaya tidak terjadi perang saudara di antara sesama kaum Melayu pada waktu itu
Setelah dan selepas kemerdekaan Malaysia, bendera JALUR GEMILANG dijadikan bendera Malaysai, padahal bendera JALUR GEMILAN dijiplak (COPY) dari bendera USA
Berakhir dengan MALAYSIA IS TRUELY ASIA AND INDONESIA IS TRUELY MELAYU
Wasallam
Haji Muhammad Abdullah
Jakarta Indonesia

Haji Muhammad Abdullah:
ReplyDeleteBuktikan dulu di Indonesia kalau indonesia itu trully Melayu dengan menukarkan istilah bahasa Indonesia ke nama aslinya bahasa Melayu. Juga akui bahawa Melayu itu adalah RAS bukan hanya nama suatu suku yang tinggal di pesisir sumatra. Juga, mohon akui Malay archipelago itu bila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, menjadi Kepulauan Melayu.
Jika Indonesia bisa, silakan mengaku apapun yang anda mahu.