Pages

Thursday, August 2, 2012

Tazkirah mengata & maki kerajaan dikecam anak kariah




Kira-kira 50 orang berhimpun di pekarangan bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini bagi mendesak pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang memberi tazkirah berbau politik di masjid dan surau sepanjang Ramadan. Mereka merupakan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Ikatan Kebajikan dan Dakwa Selangor, Jalur Tiga (Jati) dan Gerakan Masyarakat Prihatin Selangor (GMPS).

 Satu memorandum berhubung perkara tersebut yang ditandatangani oleh setiap wakil NGO turut diserahkan kepada Pemangku Timbalan Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad. Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, desakan itu dibuat selepas pihaknya menerima beberapa aduan mengenai wujudnya usaha untuk membawa pengaruh politik ke masjid dengan menjemput ahli politik yang tidak bertauliah bagi menyampaikan tazkirah.

Komen GPB

Di P.Pinang pun ada masjid tertentu menggunakan tazkirah sepanjang bulan Ramadhan untuk politik . Contohnya  di masjid Taman Guar Perahu yang mana terang -terang digunakan  sebagai pentas melepaskan geram terhadap kerajaan dan UMNO . Mulut dia punya mengata tu  memang dengar pun sakit hati .

Hingga ada jemaah situ memilih masjid lain berdekatan untuk bersolat tarawikh di bulan Ramadhan ini .

No comments:

Post a Comment