Pages
▼
Thursday, August 2, 2012
Anwar mengamuk jambu Rafizi dikenakan Akta BAFIA
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan mahkamah ke atas Rafizi Ramli, yang dikenakan pertubuhan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) hari ini, sambil menyifatkannya sebagai "berunsurkan politk semata-mata" dan "politik dendam."
Ketua Pembangkang berkata, motif penangkapan dan pertuduhan yang dikenakan bertujuan untuk memastikan Rafizi, Pengarah Strategi PKR, untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional. Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan juga George Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit," kata beliau.
"Saya mengecam sekeras-kerasnya penangkapan Rafizi," kata beliau dalam satu kenyataan. Katanya, sejak pendedahan NFC akhir tahun lalu sehinggalah kini, dan beberapa lagi skandal penyelewengan, beliau telah mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan menggunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.
Komen GPB
Mahkamah belum bicara kes lagi , Anwar sudah tuduh ini konspirasi politik Najib yang berdendam dengan Rafizi ...hahaha
Akta BAFIA 1989 ini tak kan Anwat tahu kot yang mana adalah menjadi satu kesalahan kepada orang yan mendedahkan maklumat akaun pelanggan .
Tak habis-habis konspirasi politik ...bla,,bla...bla ... tapi kalau kena kepada pemimpin BN , terus dikatakan mahkamah adil la ...
Ala ..kalau Rafizi kena 3 tahun penjara pun tak la lama ...dan setakat dena RM3juta tu , Anwar boleh supportnya punya bayar ..haha
mohon pautkan blog hamba, tq
ReplyDeletehttp://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/
Ada peruntukan di bawah BAFIA. Jika ada lapuran, tahan untuk siasatan. Ada kes... dakwa di Mahkamah. Salah atau tidak..... hakim akan tentukan. Sama juga lah dgn kes liwat yang memegangrekod paling banyak kali ditangguhkan.
ReplyDeleteApa dah jadi kat Anwar ni? Nak kata gila tak jugak, nak katabodoh pun x jugak. Cuba lihat bagaimana di SPINkan ucapan dia dalam bahasa politik> Inilah ayat politik yang rendah moral dari pemimpin yang rosak akhlak dan moral..tut..tut jadi ustaz pulak dahhhh..dok pula depan sekali bagi ceramah agama..rasa macam nak tergelak sunguh. kalau ade cermin lain kali letak depan dia masa dok bagi ceramah...
ReplyDelete