Sekarang ini berlangsung ceramah Umi Hafilda di Permatang Pauh yang membongkarkan wajah sebenar dajjal Anwar Ibrahim .
Ceramah selama 2 jam ,Umi melondehkan hubungan zina Anwar dengan Shamsidar , 18 Video simpanan Nalakaruppan , kekayaan Azmin dan RM3billion.
Video ceramah Umi akan diupload selanjutnya .
Pages
▼
Saturday, June 30, 2012
Piala AFC : Rozaimi meledak hatrik kalahkan Vietnam 3-0
Skuad bawah 22 tahun negara meneruskan rentak cemerlang di Yangon, Myanmar apabila menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi keempat Kumpulan G kelayakan Piala AFC 2013. Penjaring terbanyak skuad negara, Rozaimi Abdul Rahman terus membuktikan bisanya sekali lagi apabila meledak hatrik pada minit ke-52, 92 dan masa kecederaan untuk membolehkan pemain Sabah itu merekodkan sembilan gol pada kejohanan itu.
Kemenangan tersebut membawa Malaysia kini meraih sembilan mata daripada empat perlawanan dan wajib mencatatkan kemenangan ke atas pasukan tuan rumah, Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan G, Selasa ini jika mahu memastikan tempat ke pusingan akhir. - UTUSAN
Friday, June 29, 2012
Kerajaan diminta batal, roboh BB Plaza hilanglah peniaga Melayu @NajibRazak
Kementerian Pengangkutan digesa campurtangan untuk membatalkan keputusan merobohkan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) yang dilihat sebagai pusat perniagaan strategik orang Melayu di Kuala Lumpur. Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata selain menjadi kerisauan peniaga, isu itu turut mengundang persepsi negatif orang Melayu yang mula merasakan kepentingan mereka semakin mudah terhakis.
"Kementerian ada kaitan dengan perancangan untuk membina MyRapid Transit (MRT). Jadi, setuju atau tidak kita minta kementerian campurtangan dan pastikan kalau betul serius dalam setiap agenda mempertahankan kepentingan Melayu dalam bandar, hentikan cadangan merobohkan BB Plaza," katanya. Ibrahim berkata demikian ketika mencelah semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012.
Semalam, Timbalan Presiden Kanan UDA Holdings Berhad Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman dilaporkan berkata kompleks BB Plaza dijangka dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek MRT. Ibrahim berkata kementerian dan pihak berwajib harus bertolak ansur demi kepentingan 167 penyewa Bumiputera.
"Sekarang ini peniaga bersedih, berdukacita dan macam-macam, malah saya terima SMS rungutan dan rasa tidak senang hati mereka. Carilah pilihan lain supaya ia tidak sentuh bangunan untuk orang Melayu berniaga," kata Ibrahim.
Bagi Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), walaupun jelas dengan kehendak kementerian iaitu untuk memudahkan perjalanan warga Kuala Lumpur, beliau sependapat dengan Ibrahim supaya tindakan merobohkan BB Plaza dibatalkan demi kebaikan peniaga Melayu.
Beliau kesal bagaimana pihak berkenaan boleh mengeluarkan notis berpindah sedangkan pusat itu menjadi lokasi peniaga mencari rezeki, lebih-lebih lagi ketika Ramadan yang membolehkan peniaga meningkatkan jumlah pendapatan, semakin hampir.
Komen GPB
GPB menyokong desakan kedua-dua Ahli Parlimen ini ...ini kerana berkaitan masa depan peniaga/usahawan Melayu terutaman di pusat membeli belah di KL . Kalau robohnya BB Plaza ini , maka mereka terpaksa cari tempat baru yang mana sewanya lagi mahal berbanding dikenakan UDA.
Mohon DS Najib dan kerajaan membatalkan keputusan ini dan mencari altenatif lagi untuk projek MRT.
"Saya sehaluan dengan Pasir Mas supaya pihak berwajib batalkan hasrat untuk meroboh, mengambil alih BB Plaza sebab ada orang Melayu berniaga dan bergantung hidup di situ," katanya. BB Plaza yang dibuka pada 1979 terletak di kawasan Bukit Bintang yang menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong asing.- Bernama
Kenduri Rakyat 1Malaysia datang ke Permatang Pauh!
GPB bila melalui hadapan SMK Penanti, sepanjang jalan dipenuhi banner program Komuniti 1Malaysia .
Ia akan diadakan di padang sekolah berkenaan pada hari Ahad ini dengan pelbagai program dan aktiviti seperti gotong royong membaiki rumah warga emas,kenduri rakyat untuk 10ribu orang, cabutan bertuah dan lain2. Turut hadir ke majlis ini ialah Menteri KPKK Datuk Seri Utama Rais Yatim.
Kepada rakyat Permatang Pauh kecuali totok Pas-PKR, jom pakat hadir beramai-ramai. .
Published with Blogger-droid v1.6.9
PANAS ! Restoran di negeri DAP pun letak GRO Siam Doll tarik pelanggan !
Sejak DAP perintah 4 tahun PP ..bukan hanya rumah urut banyak , malah kini restoran pun ada menyajikan GRO untuk melayan pelanggan ...haha...
Seramai 26 wanita yang sedang asyik melayan pelanggan di sebuah restoran terbuka dekat Taman Impian Alma, di sini, bertempiaran lari kerana terkejut selepas premis berkenaan diserbu Jabatan Imigresen dalam satu operasi awal pagi semalam.
Semua mereka yang bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan (GRO) di restoran itu terdiri daripada 24 warga Thailand, sementara masing-masing satu Indonesia dan Myanmar berusia
antara 20 dan 35 tahun.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata, serbuan itu dibuat sepasukan 30 anggota bahagian penguatkuasaan pada jam 1.15 pagi hingga 1.45 pagi.
Menurutnya, ketika serbuan semua wanita berkenaan bersama pelanggan cuba melarikan diri, namun gagal apabila semua penjuru premis telah dikepung.
“Hasil pemeriksaan mendapati, empat daripada mereka, yang mana tiga warganegara Thailand dan satu Indonesia merupakan isteri kepada lelaki warga tempatan.
“Tiga yang lain pula didapati tidak mempunyai sebarang dokumen, manakala selebihnya menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya ketika ditemui di Pejabat Imigresen Negeri, di sini.
Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini, pada 2010 dan tahun lalu, premis berkenaan pernah diserbu dua kali, namun dilihat masih degil dengan melakukan kesalahan sama.
Sorang wanita warga Thailand juga didapati pernah ditahan sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini kerana melakukan aktiviti tidak bermoral dengan bekerja sebagai GRO.
FGV IPO kedua terbesar dunia , bukti ANAK menipu peneroka !
Datuk Seri Najib Razak bersyukur atas kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) semalam iaitu tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar dunia selepas Facebook. Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu adalah pengiktirafan terhadap keupayaan kerajaan menjana kekayaan menggunakan strategi tersendiri yang patut dibanggakan kerana adalah cetusan idea dalam negara.
“Saya diberitahu mengenai kejayaan penyenaraian FGV. Ini satu pencapaian besar bagi kita. “Ia IPO yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook, boleh tahan, bukan calang-calang. Ia lahir daripada kita sebab kita ada idea dan kita mampu jana kekayaan.
“Bila kita jana kekayaan baru kita agih pada peneroka FELDA. Semua dapat durian runtuh, bukan melalui kerajaan tetapi menerusi Felda, 112,000 keluarga peneroka FELDA dapat manfaat,” katanya pada majlis Sembang Petang Perdana Menteri bersama Profesor dan Profesor Madya Institut Pengajian Tinggi Awam, di sini semalam.
FGV mengakhiri dagangan pada paras lebih kukuh dengan harga RM5.30 sesaham selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39. Kata Najib, penyenaraian FGV juga menjana modal pasaran sekitar RM20 bilion yang boleh dianggap sebagai penjanaan kekayaan kepada negara. Perdana Menteri turut menegaskan perolehan kekayaan itu membolehkan negara menambah baik kedudukan dalam pelbagai bidang berkaitan.
AIRBUS A400M bakal pengganti kepada Hercules C-130 TUDM
TUDM kini hanya menantikan sahaja ketibaan pesawat pengangkut strategik masa hadapan iaitu A400M AIRBUS Military ke Malaysia untuk memberi khidmatnya . Pembelian 4 buah pesawat berkenaaan yang berjumlah RM 2.5 Billion antara kerajaan Malaysia dengan firma Airbus Military menjadikan negara kita antara yang terawal dari luar Eropah memiliki pesawat berkenaan .
Pesawat A400M ini bagi menggantikan pesawat pengangkut yang sedia ada iaitu Hercules Lockheed C-130H yang mencatat rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang kepada TUDM sejak 1976 .
Ia juga antara langkah bagi meningkatkan kemampuan TUDM sebanyak dua kali ganda.
GPB masih ingat pesawat Hercules ini lah yang membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir ketika berlaku rusuhan /demontrasi menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak serta banyak lagi misi seperti bencana alam dan sebagainya .
Lockeed C-130 Hercules
GPB cukup bangga TUDM mempunyai pesawat pengangkut strategik generasi hadapan terbaik ini. Kalau boleh jangan hanya setakat 4 buah , perlu ditambah lagi yang mana mungkin C-130 Hercules akan ditamatkan perkhidmatannya .
AFC B-22 : Gol Malaysia membelasah Taiwan 4 -2
Syabas skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee yang terus melakar kemenangan di Kelayakan Piala AFC B-22 di Yangon , Myanmar dengan membenam Taiwan dengan jaringan 4 -2 . Bintang baru dari Sabah , Rozaimi Abd Rahman sekali lagi mempamerkan penyudah berbisanya apabila menjaringkan 2 gol .
Kita mengharapkan skuad negara dapat melayakkan diri ke Piala AFC tahun depan jika menduduki tempat kedua kumpulan ini .
Thursday, June 28, 2012
Scorpene : SUARAM sanggup bohong rakyat demi burukkan Najib !
BAGAI nak rak dan 'tercabut dunia' dibuat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pakatan pembangkang yang terus memainkan isu rasuah dan penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene.
Kalau dikira, dalam akhbar pakatan pembangkang khususnya 'Suara Keadilan' PKR hampir setiap minggu keluarannya memainkan isu Scorpene. Seakan-akan semacam betul.
Dalam 'permainan licik' mereka ini, Suaram dan pakatan pembangkang telah pergi 'agak jauh' iaitu dengan menggunakan nama mahkamah di Perancis bagi menguatkan hujah mereka. Kononnya kes ini sedang disiasat dan 'terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan'.
Malah, lebih teruk lagi pembohongan Suaram ialah kononnya juga Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis. Mereka mengaitkan pula urus niaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia.
Realitinya, memang benar ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam Scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh Suaram kepada mahkamah Perancis. Tidak seperti di Malaysia, yang mana pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, lain pula di Perancis apabila pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan hakim.
Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa dua hingga tiga tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sekiranya siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan daripada mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan daripada pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.
Oleh itu, tidak timbul soal sapina ke atas Perdana Menteri atau sesiapa sahaja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis. Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah tersebut yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.
"Kerajaan Malaysia difahamkan tiada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, tidak timbul soal kerajaan akan memohon menjadi pemerhati," jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada ucapan penangguhan menjawab soalan daripada seorang wakil pembangkang di Parlimen malam kelmarin.
Pertanyaan daripada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) itu berbunyi: "Sama ada kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapatkan akses kepada kertas pembuktian yang dirujuk oleh Suaram dalam 'kes Scorpene' tersebut.
Mengimbas fakta mengenai pembelian Scorpene, kontrak perolehan dua buah kapal selam baru berkenaan telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn. Bhd. sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah 1.084 bilion Euro.
Skop kontrak terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Bahagian Pertama: Antara kerajaan Malaysia dengan DCNS dan NAVANTIA merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah 969.15 juta Euro.
b) Bahagian kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn. Bhd. merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih-pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah 114.96 juta Euro.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, Kementerian Pertahanan tidak pernah membuat sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene.
"Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah tidak benar.
"Kementerian Pertahanan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen yang dikatakan rahsia oleh Syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia (Thales International) yang didakwa bernilai 36 juta Euro. Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terasasi (Hong Kong)," kata Ahmad Zahid lagi.
Menjawab desakan pakatan pembangkang supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara, Ahmad Zahid menjelaskan:
"Kerajaan berpendapat tidak perlu menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam itu memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.
"Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu, rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.
"Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan," katanya.
Dalam hal ini, Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan Malaysia juga tidak perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting kerajaan bebas daripada rasuah dan pengkhianatan.
"Kerajaan berpendapat tidak perlu untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam
anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen," kata beliau.
anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen," kata beliau.
Kata Ahmad Zahid lagi: "Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan, manakala setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan teguran Jabatan Audit Negara.
"Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka."
Kebenaran dalam isu Scorpene sudah dinyatakan kerajaan. Namun, ia pasti tidak diterima oleh pembangkang di negara ini. Malah, akan diputarbelitkan lagi oleh Suaram dan pakatan pembangkang.
Apatah lagi Suaram bukanlah asing di mata rakyat - menjadi alat dan ejen pembangkang di negara ini. Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar, ia akan menjadi raksasa yang memakan diri.UM
Puak Pas mesti bengang dacing Ikhwanul Muslim sama dengan BN
Juak -juak Pas bukan main lagi bangga parti Ikhwanul Muslimin menang di Pilihanraya Mesir. Tapi mereka tak sedar logo dacing parti berkenan adalah sama dengan parti BN.
Ini membuktikan logo dacing Ikhwanul Muslimin dan BN menjadi pilihan .kesian lambang bulan dan mata jin tak dipandang pun.
Ini membuktikan logo dacing Ikhwanul Muslimin dan BN menjadi pilihan .kesian lambang bulan dan mata jin tak dipandang pun.
Juak Pakatan mesti bengang gambar ini ..Najib seperti Rockstar !
Sebenarnya tidak ada isu langsung.Namun biasalah cara portal pembangkang gembar gemburnya macamlah ada hal besar.Ini gara-gara laporan portal berkenaan kononnya para pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) dilarang memakai t-shirt warna kuning yakni warna Bersih semasa Perdana Menteri datang menghadiri satu majlis di kampus itu di Setapak,Kuala Lumpur petang Rabu.
Sekalipun adanya laporan yang berbau hasutan untuk mencetuskan kemarahan para pelajar kolej milik MCA itu Datuk Seri Najib Tun Razak nyata popular di kalangan mereka. Ketibaan beliau untuk merasmikan Ekspo Inovasi di kampus itu disambut oleh ' gelombang merah' ribuan pelajar TARC yang memakai t-shirt warna merah.
Mereka berbaris panjang diatas jalan kira-kira setengah kilomiter dari pintu pagar masuk utama hingga ke dewan majlis bersorak bagai suasana pesta menyambut Najib.
Ada diantaranya mengibarkan sepanduk 'Ah JIb Gor...We Love You'.Mereka berebut untuk bersalaman dengan beliau di sepanjang jalan. Najib yang nyata terharu dengan sambutan majoriti pelajar Cina kampus itu,dalam ucapannya di majlis berkenaan secara berjenaka berkata," saya rasa macam rock star'.
Portal pembangkang cuba main isu kononnya pihak pentabir TARC galak pelajar pakai t-shirt warna merah dan melarang yang warna kuning. Pentabir TARC telah menafikan ada mengeluarkan sebarang peraturan berkenaan.
Sementara itu sebilangan pelajar TARC yang ditemui Agendadaily semasa majlis itu kata mereka tidak tahu menahu adanya larangan pakai baju warna kuning seperti dilapor oleh media pembangkang itu. Salah seorang darinya memberitahu mereka semua keluar beramai-ramai kerana teruja hendak melihat Perdana Menteri dari dekat. Ini adalah kali pertama Najib datang ke kampus TARC.
Dalam ribuan para pelajar itu ada kelihatan sekitar 10 orang yang berpakaian warna kuning. Mereka tidak cetuskan sebarang insiden dan kelihatan bersorak gembira dicelah ribuan pelajar lain. Namun portal pembangkang cuba highlight mereka yang segelintir itu sebagai tanda ada pelajar yang engkar.
Sementara itu dalam ucapannya pada majlis itu Perdana Menteri antara lain mengumumkan berita gembira bagi para pelajar TARC yakni kerajaan akan mengitiraf 70 kursus diploma dan diploma lanjutan. Katanya hal berkenaan sudah lama membelenggu TARC.-27/6/2012
Wednesday, June 27, 2012
Siasatan Rafizi jumpa Murad yang sapu RM3 billion !!
Cukup kelakar sekali hujah Rafizi yang cuba menyelamatkan bosnya Anwar Ibrahim dengan menuduh bahawa Datuk Murad Khalid adalah orang sebenar yang memiliki RM 3 Bilion !
Tanpa memberikan bukti yang kukuh , Rafizi tampil bercakap seperti memperbodohkan dirinya untuk pertahankan Anwar di depan media dan rakyat . Korang lihat la sendir
Kontroversi pemilikan aset sejumlah RM3 bilion yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin rumit apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mendakwa nilai aset itu sebenarnya milik bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa Abdul Malik membuat akuan bersumpah (SD) palsu kira-kira 13 tahun lalu bagi mengaitkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam isu berkenaan.
Dakwa Mohd Rafizi lagi, berdasarkan semakan peribadinya mendapati Abdul Khalid menggunakan kedudukan beliau sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia untuk mengumpul kekayaan.
"Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.
"Ini menimbulkan tanda tanya sama ada Abdul Murad terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta. Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Abdul Khalid mengenai kewujudan akaun induk yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," katanya menerusi kenyataan media di sini, Rabu.
Sebelum ini Abdul Murad mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang didakwanya membabitkan Anwar pada 1999.
Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Bagaimanapun Mohd Rafizi menimbulkan keraguan berhubung akuan bersumpah itu kerana tidak dilampirkan bukti kukuh untuk mengaitkan Ketua Pembangkang itu.
"Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Datuk Seri Anwar. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Anwar.
"Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Datuk Seri Anwar," katanya.
Tuesday, June 26, 2012
gerakan jatuhkan Karpal & Rayer di Bkt Gelugor ?
Mengapa gambar banner kerajaan Dap ini hanya dikoyakkan muka Karpal Singh dan Rayer ? Itu yang menjadi tanda tanya dan wajah Guan Eng dan Mansor tidak pulak kena.
Adakah banner yang digantung di Parlimen Bkt Gelugor terkoyak ini kerja musuh dalaman dalam Dap yang mahu jatuhkan Karpal dan Rayer? Nampaknya krisis dalaman DAP pun bermasalah di PP sama seperti PKr di Selangor.
Adakah banner yang digantung di Parlimen Bkt Gelugor terkoyak ini kerja musuh dalaman dalam Dap yang mahu jatuhkan Karpal dan Rayer? Nampaknya krisis dalaman DAP pun bermasalah di PP sama seperti PKr di Selangor.
Zed Zaidi vs Hairie Pas di forum Artis Berpolitik
GPB mendapat info dari dunia twitter iaitu artis yang baru sertai Umno iaitu Presiden Seniman Zed Zaidi akan menjadi panel satu forum bertajuk Artis Berpolitik: cari glamour atau prinsip? anjuran satu akademi milik PKR.
Selain Zed, panel yang lain sudah tentunya dari Pakatan iaitu Hasmi Hashim(PKR) dan artis tengah top selepas sertai Pas iaitu Hairie Othman.
GPB harap aksi bro Zed tidak menghampakan dalam forum berkenaan. Buktikan artis sertai Umno adalah kerana prinsip dan perjuangan orang Melayu.
Selain Zed, panel yang lain sudah tentunya dari Pakatan iaitu Hasmi Hashim(PKR) dan artis tengah top selepas sertai Pas iaitu Hairie Othman.
GPB harap aksi bro Zed tidak menghampakan dalam forum berkenaan. Buktikan artis sertai Umno adalah kerana prinsip dan perjuangan orang Melayu.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Menteri KPWKM : Najib malukan amukan Mak Lampir PKR di Parlimen
Inilah yang dikatakan nak tunjuk garang dan hebat tidak kena tempat. Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen. Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono. Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum.
Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja. Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat. Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu.
Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan. Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.
"Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya. "Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita...mulut dia boleh tahan."Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana,"kata Najib membidas Zuraida.
Tak cukup itu, Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan. Ini telah mengundang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegurnya.
Perbuatan itu secara jelas hendak cabar kuasa ekslusif Perdana Menteri. Dan sebagai perbandingan dalam soal lantikan itu Zuraida sepatutnya tumbuk meja Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga ada kuasa perogratif) mempersoalkan mengapa portfolio Exco Agama tidak diserahkan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari kalangan parti PAS. AGENDA DAILY
Tun Mahathir cakap Selangor dipimpin pemimpin kurang berkemampuan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pergolakan berlaku dalam kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana ia dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan. Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang UMNO tetapi memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu.
''Beliau masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa. "Beliau ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Bicara Bersama Pelajar Perubatan Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan kolej itu, di sini hari ini. Dr. Mahathir ditanya mengenai isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR di Selangor terutama selepas peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, dipercayai ekoran pertembungan politik dua kem membabitkan Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.
Menurut Dr. Mahathir, pergolakan yang berlaku sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun Barisan Nasional (BN) tidak harus berasa terlalu gembira dengan situasi tersebut.
"BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh dan jangan harap orang lemah saja untuk menang," katanya. Sementara itu, menurut Dr. Mahathir, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding Asia Barat.
Jelas beliau, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, ia jelas membuktikan kerajaan negara ini mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara. Katanya, 'Arab Spring' adalah pemberontakan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dan di Asia Barat mereka memang mengamalkan kebangkitan tersebut kerana negara itu bukan demokratik sebaliknya autokratik. Menurut beliau, 'Arab Spring' berlaku kerana pemimpin mereka menerajui negara semata-mata untuk kepentingan diri tanpa memikirkan keutamaan rakyat, lalu penduduk menderita dan kadar kemiskinan meningkat sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
''Kita di sini ingin 'Arab Spring' tetapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim?
Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?'' katanya menjawab soalan daripada salah seorang pelajar kolej berhubung isu 'Arab Spring' di majlis itu. Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.
Monday, June 25, 2012
Zailah nafi sebagai proksi tapi akui pernah taja anak Anwar
Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.
Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.
"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.
"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.
Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.
Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.
Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.
Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.
Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.
Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.
"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.
"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.
Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.
Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.
Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.
Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.
"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.
"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.
Rosnah tibai doa tumbangkan kerajaan BN yang zalim !
Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim terhadap rakyat sebagai fitnah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat supaya tidak menyokong kerajaan BN.
Beliau berkata sebaliknya rakyat kini menikmati pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan hasil proses transformasi dan juga penambahbaikan yang dilakukan demi kebaikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
"Bantuan seperti BR1M, K1M, KR1M, KARISMA, Menu 1Malaysia, PRIMA dan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita dalam usaha menangani masalah belanja sara hidup rakyat Malaysia.
"Adakah ini dikatakan kerajaan yang zalim setelah pihak kerajaan BN melaksanakan pelbagai bantuan demi membantu meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup pada zaman sekarang?," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program 3S Mukim Biau, dekat sini hari ini.
Selain itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman membuktikan kerajaan BN bertindak adil dan saksama.
"Kerajaan mendengar rintihan suara semua rakyat tidak kira dari pihak pembangkang sekalipun. Apa yang penting bagi kerajaan sebagai pemimpin kerajaan BN ialah setiap rintihan suara rakyat akan diperhalusi demi kepentingan rakyat dan kemakmuran negara kita," katanya. Beliau yakin rakyat bijak memilih pemimpin atau kerajaan yang akan menerajui kepimpinan negara pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus memastikan masa depan rakyat yang lebih cerah. - Bernama
Tawan P.Pinang PRU 13, tol motorsikal jambatan percuma @bnpenang
Barisan Nasional (BN) akan meminta Kerajaan Pusat agar menghapuskan tol laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang jika menawan kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Janji itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Beliau berkata, ia merupakan salah satu perkara akan dimasukkan dalam manifesto BN negeri demi meringankan penunggang motosikal. Menurutnya, penghapusan tol itu sekali gus memberi manfaat kepada pengguna motosikal berjumlah kira-kira 15,000 orang yang melalui jambatan setiap hari untuk berulang-alik dari tanah besar ke bahagian pulau.
“Jika kita lihat, hanya Pulau Pinang sahaja satu-satunya negeri yang mengenakan tol untuk motosikal. Meskipun ia hanya RM1.40, tetapi jika dicampur dengan duit minyak yang perlu diisi kira-kira RM3 sehari, agak membebankan pengguna yang majoritinya adalah pekerja.
“Justeru, kita akan minta kerajaan pusat mengkaji semula untuk menghapuskan tol di jambatan sekiranya kita kembali memerintah Pulau Pinang pada PRU akan datang,” katanya.
Saturday, June 23, 2012
Anwar salahguna kuasa arah pegawai BPR bersihkan namanya !
“Ini satu pendedahan yang amat mengejutkan,” kata Dato’ Mukhriz Mahathir ketika diminta mengulas pendedahan seorang bekas pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mendakwa beliau disuruh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2003 untuk membuat Akuan Bersumpah (SD) membersihkan nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
“Sekali lagi membuktikan kepada kita bahawa apa yang telah dikatakan oleh ayah saya sendiri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia telah menggunakan kuasanya untuk memaksa agensi kerajaan seperti polis dan kali ini BPR pula untuk menyembunyikan dan memesungkan fakta-fakta tertentu.
“Selalunya apa yang dia sendiri (Anwar) tuduh terhadap kerajaan itu..adalah perkara yang dia sendiri lakukan..saya harap sekiranya benar, (maka) satu siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak-pihak berwajib..mungkin SPRM atau polis untuk mengenal pasti kebenaran di sebalik kenyataan tersebut,”katanya di lobi parlimen, 21 Jun.
Sementara itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ketika diminta mengulas isu yang sama berkata, tindakan Anwar memaksa Abdul Razak membuat akuan bersumpah tersebut adalah kesalahan yang berat di sisi undang-undang.
“Orang yang buat SD itu (Abdul Razak) telah menyatakan dia dipaksa..jadi ini adalah satu kesalahan..lebih baik pihak polis siasat perkara ini kerana dalam (membuat) SD mesti dibuat dengan sukarela.
“Kalaulah ada satu paksaan..ini adalah satu kesalahan yang amat berat,”katanya yang juga merupakan seoarang pengamal undang-undang.
Choo Keong yang merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mencadangkan kepada Abdul Razak Idris untuk membuat laporan polis.
“Kalau dipaksa bermakna SD ini bukan SD beliau..jadi ini SD palsu..jadi saya rasa perlu buat laporan polis dengan segera supaya pihak polis boleh menyiasat perkara ini dan kalau perlu ambil tindakan yang sewajarnya,”katanya
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula berkata, beliau tidak hairan dengan pendedahan itu kerana hakikatnya banyak isu membabitkan Anwar mengugut dan memaksa pegawai kerajaan telah didedahkan.
“Bagi saya, perkara ini tidak menghairankan sebab bukan isu ini sahaja (malah) banyak lagi isu lain semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dimakna dia paksa, ugut dan kejut pegawai-pegawai kerajaan.
“Bila isu ini keluar..kes Razak Idris ini..pegawai penyiasat..saya pun kenal dia..Saya pun telah bersembang dengan beliau (Razak)..sebab itu kita yakin apa yang dikata oleh Razak (benar)..
“Anwar memang buat kerja itu (paksa orang lain)..”katanya.
Menurutnya memang sikap Anwar adalah suka memaksa orang lain untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi matlamat peribadinya, contohnya dalam isu kapal selam Scopene dan Altantunya yang sengaja ditimbulkan oleh SUARAM walaupun tanpa sebarang bukti kukuh.
“Saya rasa Anwar kena fikir semula..jangan sombong dan angkuh..sudah banyak bukti baru yang timbul berhubung salah lakunya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri,” jelasnya.
Friday, June 22, 2012
Singapura biadap ! Pertahan 3 pegawainya ke Bersih 3.0 !
Inilah negara Singapork ...cukup kebiadapan ! bila ditanya tentang kehadiran pegawai diplomat mereka ke BERSIH 3.0 . Bukannya nak memohon maaf , tapi mereka putar belit lagi seperti Guan Eng mengenai kehadiran pegawainya di himpunan anjuran pakatan ini .
GPB yakin AIDC mungkin ada bukti bergambar pegawai mereka memakai baju BERSIH ...kita nantikan !
Tiga pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura yang menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan menghadirinya untuk menyokong penunjuk perasaan, kata Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong.
Beliau menjelaskan mengenai ketiga-tiga pegawainya iaitu timbalan beliau, Ariel Tan dan setiausaha pertama (politik), Regina Low dan Philomena Aw hadir atas kapasiti peribadi dan bukan atas sebarang tugasan rasmi.
Beliau berkata, tarikh 28 April itu merupakan hari Sabtu, maka pegawai terbabit menggunakan hujung minggu mereka untuk ke perhimpunan.
Beliau menafikan kesemuanya memakai baju kemeja-T Bersih warna kuning.
“Ramai diplomat dari negara-negara lain turut hadir ke perhimpunan itu tetapi kenapa hanya membangkitkan tentang pegawai-pegawai kami sahaja? Saya berasa sangsi terhadap motif itu.
“Kami berbesar hati mengadakan hubungan rapat dengan Malaysia dan saya berasa kesal dengan dakwaan sedemikian,” katanya kepada The Star.
Ong mengulas mengenai laporan di beberapa blog mendakwa tiga wanita didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 “secara aktif”.
Beberapa blog dengan jelas menyatakan bahawa ia jelas menyalahi etika Konvensyen Vienna.
Sebuah blog menuduh Low memakai baju kemeja-T Bersih warna kuning pada hari berkenaan.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada majlis makan tengah hari dengan ketua-ketua misi Asean pada 11 Jun lalu memberitahu mereka bahawa beliau menerima laporan mengenai penglibatan dan penyertaan beberapa diplomat asing dalam demonstrasi jalanan itu, yang merujuk pada perhimpunan Bersih.
Beliau melahirkan kebimbangan bahawa diplomat-diplomat berkenaan mungkin terlibat atau cedera dalam insiden yang tidak diingini itu.
Ong, yang merupakan bekas setiausaha agung Asean berkata, beliau menerima komen dan nasihat baik Anifah.
“Sebagai Menteri Luar, beliau telah memberikan pandangan beliau. Ia tidak ditujukan kepada duta-dua Asean sahaja kerana beliau juga bertemu dengan kumpulan duta yang lain,” tambahnya.
Ong berkata, kerajaan negaranya menolak permintaan untuk mengadakan perhimpunan Bersih di Republik itu.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa terdapat sekumpulan rakyat Singapura yang campur tangan dalam arena politik Malaysia menerusi laman rangkaian sosial, sambil menambah bahawa mereka yang terlibat itu sebenarnya adalah rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di Singapura – mstar
Kajol Mak Nyah Kelantan berubah bukan kerana Nik Aziz & PAS
:Penyanyi mak nyah terkenal Kelantan, Kajol, yang menyepi sejak sekian lama selepas terbabit dalam beberapa kontroversi, hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam dengan penampilan mengejutkan apabila berpakaian lelaki lengkap dengan kopiah putih.
Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, hadir bagi mendengar keputusan rayuan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, pada 21 Jun tahun lalu, atas kesalahan berpakaian dan berlagak seperti perempuan.Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun.
Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan.
Mengapa Pondan ini sebut nama Anwar ,apa kaitannya ?
Thursday, June 21, 2012
CAT DAP takut nak dedahkan projek lereng bukit selepas Mac 2008 ?@bnpenang
Cukup melucukan sekali sistem CAT regim DAP yang GPB anggap "penakut macam tikus" . Betapa takutnya Guan Eng bila disoal berapa projek yang diluluskan melebihi ketinggian 76.2 m , dia mengarahkan Exco nya mendedahkan hanya dari tahun 1985 hingga Mac 2008 sahaja .
Mengapa beliau dedahkan hanya sampai Mac 2008 ? Sebabnya untuk menipu rakyat bahawa semua semua projek2 lereng bukit ini diluluskan hanya zaman BN . Selepas ini confirm akan masuk data putar belit ini di dada akhbar haprak Buletin Mutiara.
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Khamis menggesa kerajaan negeri mendedahkan semua fail dan maklumat berhubung pembangunan lereng bukit yang dilaksanakan dari 1985 hingga 2012.
Anggota Jawatankuasa BN Pulau Pinang, Tang Heap Seng berkata, pendedahan itu tidak sepatutnya terhad bagi tempoh 1985 hingga Mac 2008 semata-mata sekiranya kerajaan negeri benar-benar mengamalkan falsafah pentadbiran CAT (kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan).
"Kami mengalu-alukan semakan semulanya dari 1985 hingga hari ini. Kenapakah kerajaan negeri sekarang mengamalkan pendekatan berpilih-pilih?" katanya pada sidang akhbar di sini bagi menjawab satu kenyataan oleh anggota exco negeri Chow Kon Yeow.
Menurut laporan media, Chow, yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan dan pengurusan lalu lintas, akan mendedahkan laporan teknikal mengenai 37 projek yang dilaksanakan di kawasan pada ketinggian lebih 76.2 meter, yang diluluskan antara 1985 dan Mac 2008 oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Dalam konteks ini, Tang berkata maklumat terperinci yang didedahkan tentang pembangunan dari 1985 hingga 2008 begitu jelas dan lengkap dengan maklumat, termasuk projek yang dicadangkan serta tarikh kelulusannya, manakala maklumat tentang projek yang diluluskan selepas April 2008 hingga Mei 2012 pula, tidak lengkap.
Pembangunan lereng bukit menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila beberapa pihak mempersoal kerajaan negeri berhubung pembangunan yang memusnahkan bukit di negeri ini dan dilaksanakan tanpa mematuhi garis panduan yang jelas mengenai pembangunan lereng bukit.
Tang berkata, kerajaan negeri juga patut menyemak semula kes yang diluluskan Lembaga Rayuan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak 2008 serta dokumen dan maklumat lengkap mengenainya.
"Difahamkan, selepas April 2008 hingga Mei 2012, terdapat 19 projek di tanah yang terletak pada ketinggian lebih 76.2 meter, yang diluluskan di bawah kategori projek khas," katanya.- BERNAMA
Wednesday, June 20, 2012
RM3 bilion:@ahmad maslan desak siasatan disegerakan !
Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) hari ini berharap dan menggesa agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung akuan bersumpah Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Pengerusinya Datuk Ahmad Maslan berkata langkah berkenaan penting memandangkan banyak pihak telah meminta perkara berkenaan diambil tindakan oleh kerajaan.
“Lagipun semalam Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami mengharapkan dan gesa agar kerajaan ambil tindakan secepat mungkin berhubung tuduhan berkenaan…..Persoalan Anwar bersalah atau tidak itu adalah perkara berbeda dan rakyat secara keseluruhan telah mengadakan pelbagai laporan polis dan pelbagai NGO juga mengadakan demonstrasi. Ini adalah kenyataan pertama daripada BN kecuali oleh Tan Sri Muhyiddin sebelum ini,“ katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Biro Publisiti dan Penerangan di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Penerangan parti-parti komponen BN. Turut serta Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis.
Abdul Murad dalam satu kenyataan pada Isnin yang diperolehi Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.
Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata : “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.
“Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki.”
Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Ketika mengulas desas-desus yang berlegar hari ini bahawa Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Eskay esok, Ahmad Maslan menimbulkan persoalan kenapakah masa yang cukup panjang diambil oleh Ketua Umum PKR itu untuk berbuat demikian.
“Jika desas-desus itu benar, kenapakah masa yang diambil cukup panjang….Pendedahan itu pada Febuari 2011. Sekarang ini sudah Jun 2012. Mengapa Anwar mengambil masa yang cukup panjang,” katanya.
Pada masa yang sama beliau turut mengulangi lima pilihan yang diungkapkannya sebelum ini terhadap Anwar Ibrahim dalam usaha menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks didakwa melibatkan dirinya.
Lima pilihan itu tambah beliau antaranya termasuklah mengambil tindakan saman selain mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks itu tidak tulen.
“Jika benar Anwar mahu menyaman Eskay maknanya tinggal lagi empat…. Selain memanggil pakar luar negara, Anwar juga perlu bersumpah laknat sepertimana Eskay dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Selain itu Anwar dan Wan Azizah serta Eskay perlu melakukan ujian poligraf sepertimana cadangan Datuk Husam Musa sebelum ini dalam usaha mengetahui kebenarannya,” kata beliau.
Berhubung mesyuarat jawatankuasa berkenaan, Ahmad Maslan memberitahu pelbagai program yang akan diatur dan dilaksanakan yang menjurus ke arah pilihan raya umum ke-13.
“Dan hari ini kita menyerahlan risalah kepada parti-parti komponen untuk dialih bahasa bagi memudahkan ianya difahami oleh setiap lapisan bangsa. Maknanya risalah itu nanti akan ada dalam bahasa masing-masing,” katanya. -MediaUMNO
Tuesday, June 19, 2012
Dr Rosli PAS Hulu Langat malukan Fuziah & Tian Chua jahil ilmu nuklear !
.
Dewan Rakyat menyaksikan drama yang buat pembangkang pengsan habis semasa kehangatan perbahasan mengenai laporan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas yang dibentangkan pagi Selasa.
Ia berlaku semasa para Ahli Parlimen pembangkang sedang berbahas membantah Lynas dan berlagak macam mereka profesor serba tahu mengenai soal radiasi dan keselamatan kepada orangramai.
Tanpa diduga Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat,Selangor ,Dr Rosli Che Mat yang merupakan seorang pakar nuklear bangun mencelah di tengah perbahasan untuk menyampaikan pandangan profesionalnya.
Suasana dalam Dewan Rakyat terdiam sejenak bila Ahli Parlimen pembangkang itu ‘ tembak’ gelagat rakan-rakannya dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat tahap radiasi kilang berkenaan adalah selamat.
Dalam itu untuk menghangatkan suasana,sekitar 50 orang aktivis anti-Lynas mengadakan perhimpunan aman di luar bangunan Parlimen.Beberapa orang wakil mereka telah dibenar masuk ke dalam untuk dengan para Ahli Parlimen.
Dalam itu untuk menghangatkan suasana,sekitar 50 orang aktivis anti-Lynas mengadakan perhimpunan aman di luar bangunan Parlimen.Beberapa orang wakil mereka telah dibenar masuk ke dalam untuk dengan para Ahli Parlimen.
Sebelum itu sejurus selesai Pengerusi jawatakuasa khas it,Datuk Seri Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian Tinggi selesai membentangkan laporannya yang kata kilang itu selamat ,para Ahli Parlimen pembangkang berlumba bangun membahaskannya.
Laporan itu antara lain mengesyorkan lesen sementara di beri kepada Lynas agar ia dapat beroperasi dengan seliaan agensi penguatkuasa berkenaan sebelum lesen selanjutnya diberi.
Para Ahli Parlimen pembangkang boikot menyertai jawatankuasa berkenaan.Oleh itu ia hanya disertai oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Bebas sahaja.
Para Ahli Parlimen pembangkang boikot menyertai jawatankuasa berkenaan.Oleh itu ia hanya disertai oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Bebas sahaja.
Dr Rosli sebelum ini beberapa kali telah menyatakan pandangannya bahawa tahap radiasi kilang Lynas selamat.
Namun tiada siapa menduga beliau ‘ lepas geram’ bangun mencelah di tengah perbahasan di Dewan Rakyat Selasa untuk pertikai pandangan rakan-rakan Ahli Parlimen pembangkang lain.-
Bagaimanapun katanya, perkara-perkara lain termasuk jika berlaku kebocoran atau radiasi itu tersebar dalam air perlu diteliti kesannya pad hidupan laut.
"Itu saya tak berani nak sebut. Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.," ujarnya.
"Itu saya tak berani nak sebut. Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.," ujarnya.
Beliau turut berpuashati dengan laporan oleh jawatankuasa berkenaan kerana mengutp masalah-masalah masyarkat sekitar.
"Memang betul, saya setuju. Tapi banyak lagi data-data perlu diberikan tumpuan untuk pastikan Lynas benar-benar selamat," tegas Dr Rosli,
Beliau berpendapat syor memberikan TOL sementara untuk Lynas beroperasi wajar kerana pemantauan boleh diteruskan dalam masa tersebut.
Dalam perbahasan,Ahli Parlimen BN Kinabatangan,Datuk Bung Mokthar Radin secara terbuka membidas Ahli Parlimen pembangkang lain yang tidak mahu terima pandangan pakar Dr Rosli.
Katanya jelas ada sesuatu yang tidak betul tentang mereka jika pandangan Ahli Parlimen pembangkang sendiri yang ada kepakaran tentang hal itu tidak boleh diterima.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali dalam perbahasanya berkata dari pemerhatian beliau kebanyakan mereka yang aktif menentang projek Lynas terdiri dari bukan Melayu.
Beliau bimbang ada agenda tertentu tersirat disebalik tindak tanduk mereka kerana kebanyakan dari pakar dan saintis yang berkerja dengan Lynas terdiri dari orang Melayu.
Ibrahim kesal melihat sikap hipokrasi pembangkang kerana kalau dilihat di negeri yang mereka tabir terdapat banyak tidak betul dari segi pengajaan alam sekitar.Ini termasuk isu air Sungai Kelantan yang kotor.
Dalam kontek Lynas,beliau yakin kerajaan mana pun mahu yang terbaik untuk rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang menjejaskan kesihatan rakyat.
Katanya semua pihak harus mengambil sikap adil tak kira pembangkang jika ada sesuatu yang baik semua pihak harus sokong.
Ibrahim bersetuju dengan pandangan beberapa Ahli Parlimen BN,pembangkang sangat bimbang jika projek ini berjaya dan sebaliknya mengunakan isu Lynas untuk matlamat politik jangka pendek bagi menghadap pilihanraya umum ke 13.AGENDA DAILY-19/6/2012
Katanya jelas ada sesuatu yang tidak betul tentang mereka jika pandangan Ahli Parlimen pembangkang sendiri yang ada kepakaran tentang hal itu tidak boleh diterima.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali dalam perbahasanya berkata dari pemerhatian beliau kebanyakan mereka yang aktif menentang projek Lynas terdiri dari bukan Melayu.
Beliau bimbang ada agenda tertentu tersirat disebalik tindak tanduk mereka kerana kebanyakan dari pakar dan saintis yang berkerja dengan Lynas terdiri dari orang Melayu.
Ibrahim kesal melihat sikap hipokrasi pembangkang kerana kalau dilihat di negeri yang mereka tabir terdapat banyak tidak betul dari segi pengajaan alam sekitar.Ini termasuk isu air Sungai Kelantan yang kotor.
Dalam kontek Lynas,beliau yakin kerajaan mana pun mahu yang terbaik untuk rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang menjejaskan kesihatan rakyat.
Katanya semua pihak harus mengambil sikap adil tak kira pembangkang jika ada sesuatu yang baik semua pihak harus sokong.
Ibrahim bersetuju dengan pandangan beberapa Ahli Parlimen BN,pembangkang sangat bimbang jika projek ini berjaya dan sebaliknya mengunakan isu Lynas untuk matlamat politik jangka pendek bagi menghadap pilihanraya umum ke 13.AGENDA DAILY-19/6/2012
Din Pas tak boleh beza perarakan agama dengan demontrasi jalanan@saifuddinabd
Sekarang berlangsung live Debat mengenai demontrasi jalanan: meruntuh & mengukuhkan demokrasi antara MT UMNO Datuk Saifuddin Abdullah dengan Salahuddin Ayub.
Menarik hujah pertama yang Din Puduraya dimalukan ialah mereka dia tak dapat bezakan antara perarakan Maulidul Rasul, Thaipusam dengan demontrasi jalanan.
Syabas Datuk Saifuddin Abdullah!
Menarik hujah pertama yang Din Puduraya dimalukan ialah mereka dia tak dapat bezakan antara perarakan Maulidul Rasul, Thaipusam dengan demontrasi jalanan.
Syabas Datuk Saifuddin Abdullah!
Published with Blogger-droid v1.6.9
Juak DAP tentu tertanya apa senjata terbaru ATM ini ?
Apa hal pulak tentera Malaysia menutup dengan kanvas muatan di lori Load Loader menuju Port Dickson ini ?? Seperti top secret betul muatan berkenaan hingga ditutup .
Bagi GPB , tutup dengan kanvas ini pun tak pa ...mana tau ada juak-juak blogger fitnah pembangkang nampak ka atau perisik DAP tertangkap gambar ke di tengah highway , maka lepas itu tunggu lah nanti serangan mereka pertikai mengapa dibeli itu dan ini oleh Tony puakA ...
Lepas itu dituduh pulak lagi beli dengan harga yang mahal dari orang lain walhal specification berbeza.
Ini lah lumrah politik Malaysia ...mungkin inilah politik tahap matang yang dimaksudkan Dr Maszlee.
Bubar Parlimen bukan tahun depan 2013 ?
Sementara spekulasi mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berterusan, beberapa pihak tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri akan menggunakan tempoh mandat yang ada sepenuhnya untuk membubarkan Parlimen.
Mandat semasa Kerajaan Pusat hanya akan berakhir penghujung April 2013.
Penganalisis politik, Prof Dr Samsul Adabi Mamat berkata, PRU13 akan diadakan pada bulan Mac depan kerana ia adalah waktu bersesuaian iaitu selepas Pembentangan Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September,
Mesyuarat Agung Tahunan Umno pada bulan Oktober, pemberian bonus kepada kakitangan awam pada Disember, sesi persekolahan
2013 pada Januari 2013.
Menurut beliau, pada waktu itu ia juga melepasi ibadat puasa dan haji melibatkan umat Islam dan bencana alam seperti banjir yang sering berlaku di negeri-negeri Pantai Timur.
“Faktor-faktor ini penting untuk mengadakan pilihan raya umum. Pada Mac 2013 juga mempunyai cuti persekolahan yang membolehkan sistem buang undi dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PRU13 akan diadakan selepas Aidilfitri kerana sebelum ini mereka menjangkakan ia diadakan pada Jun tetapi ia tidak benar.
Samsul berkata, sekiranya PRU13 diadakan pada Mac 2013 ia akan membantu kerajaan dan pembangkang untuk lebih fokus kepada persediaan menghadapi pilihan raya.
Bagaimanapun, kebarangkalian PRU13 diadakan pada bulan Oktober juga tidak boleh diabaikan dan ia merupakan waktu yang bersesuaian kerana Bajet 2013 telah dibentangkan dan melepasi ibadat puasa.
Menurut beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyatakan selepas Aidilfitri adalah waktu yang sesuai untuk diadakan pilihan raya.
“Situasi politik sekarang juga menguatkan lagi PRU13 diadakan sekitar Oktober kerana Pas meminta ahlinya menangguhkan niat untuk menunaikan ibadat haji untuk memberikan fokus kepada PRU13.
“Saya lihat waktu tersebut sesuai kerana ia merupakan bulan Zulkaedah (kalendar Islam) sebelum 10 Zulhijah yang merupakan kemuncak ibadat haji. Beberapa orang bakal haji terawal sahaja tidak dapat mengundi,” katanya.
Beliau berkata, minggu kedua dan ketiga Oktober adalah waktu yang sesuai diadakan pilihan raya.
“Semuanya terletak di tangan kerajaan yang memerintah. Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja kerana PRU12 telah melepasi empat tahun,” katanya.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri akan menyahut cabaran sesetengah pihak agar PRU13 hanya diadakan di akhir mandat kerajaan semasa.
“Ada kemungkinan Perdana Menteri akan mengambil cabaran itu... ini kemungkinan,” kata beliau dengan mengambil kira kemungkinan jika PRU13 tidak dipanggil sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri sebelum sidang Parlimen September-Disember.
“Ini antara kemungkinan yang saya lihat... kemudian ada musim haji, sidang Parlimen, musim perayaan hujung tahun ini dan awal tahun depan (Tahun Baru Cina).
“Mungkin Perdana Menteri beranggapan bahawa, kita pergi hingga akhir tempoh mandat (April 2013) dan kemudian serah kepada SPR memanggil pilihan raya antara akhir Mei dan Jun 2013)... ini pun ada kemungkinan,” katanya yang sekali lagi menekankan pembubaran Parlimen adalah 'keputusan politik' yang hanya boleh diputuskan Perdana Menteri sebaik mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Sivamurugan Pandian berkata, tarikh PRU13 banyak bergantung kepada pengamatan Perdana Menteri ke atas persediaan termasuk mengurus persepsi kepada isu, calon dan jentera parti.
“(Oleh itu) tidak memeranjatkan jika Perdana Menteri akan menggunakan tempoh sepenuhnya untuk memenuhi kesemua ciri tersebut kerana PRU akan datang adalah ibu segala PRU dan kemenangan bergantung kepada kesepaduan dalam parti dan itu yang akan diteliti oleh Perdana Menteri,” katanya lagi.
Tambah beliau, jika ada pihak yang menekan Perdana Menteri untuk mengadakannya sekarang, maka pihak tersebut boleh meminta pembangkang membuatnya di negeri-negeri pentadbiran mereka.
Bagaimanapun, Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Anis Yusal Yusoff menolak tanggapan bahawa Najib akan melangkah sehingga ke penghujung tempoh mandat untuk memanggil PRU13.
"Saya tidak melihat begitu. Apa yang pasti Datuk Seri Najib masih timbang masa yang terbaik untuk melakukan 'serangan', membubarkan Parlimen ketika sokongan kepada BN semakin meningkat.
"Bila masa yang terbaik itu? Itu yang menjadi pertimbangan. Ia boleh menjadi bila-bila masa," kata beliau sambil menambah, pertimbangan tradisi bahawa pilihan raya perlu diadakan pada musim cuti sekolah atau tidak boleh diadakan hujung tahun sudah tidak terpakai lagi dalam situasi politik semasa.
Komen Blogger Pro BN/UMNO GPB ( 2008 - skrg )
GPB berpandangan selepas Hari Raya Aidilfitri adalah waktu terbaik untuk bubar Parlimen & mengadakan PRU 13 . Tidak kira lah ia diadakan sebelum Bajet 2013 atau selepas itu .
Seperti kata ahli akademik Anis Yusal Yussof , Najib memang sebenarnya sekarang ini membuat pertimbangan dari semua sudut . Antara yang diutamakan ialah mengenai graf sokongan rakyat meningkat atau tidak & juga kemampuan untuk BN menawan 2/3 kerusi Parlimen .
Malah hint Tun Dr Mahathir jelas terbukti tepat bila mana PRU 13 tak mungkin akan diadakan pada bulan June seperti dakwaan sebelum ini . Jadi jika ramalan Tun Dr Mahathir adalah selepas hari rakyat , mungkin boleh terjadi .
Mesyuarat Agung Tahunan Umno pada bulan Oktober, pemberian bonus kepada kakitangan awam pada Disember, sesi persekolahan
2013 pada Januari 2013.
Menurut beliau, pada waktu itu ia juga melepasi ibadat puasa dan haji melibatkan umat Islam dan bencana alam seperti banjir yang sering berlaku di negeri-negeri Pantai Timur.
“Faktor-faktor ini penting untuk mengadakan pilihan raya umum. Pada Mac 2013 juga mempunyai cuti persekolahan yang membolehkan sistem buang undi dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PRU13 akan diadakan selepas Aidilfitri kerana sebelum ini mereka menjangkakan ia diadakan pada Jun tetapi ia tidak benar.
Samsul berkata, sekiranya PRU13 diadakan pada Mac 2013 ia akan membantu kerajaan dan pembangkang untuk lebih fokus kepada persediaan menghadapi pilihan raya.
Bagaimanapun, kebarangkalian PRU13 diadakan pada bulan Oktober juga tidak boleh diabaikan dan ia merupakan waktu yang bersesuaian kerana Bajet 2013 telah dibentangkan dan melepasi ibadat puasa.
Menurut beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyatakan selepas Aidilfitri adalah waktu yang sesuai untuk diadakan pilihan raya.
“Situasi politik sekarang juga menguatkan lagi PRU13 diadakan sekitar Oktober kerana Pas meminta ahlinya menangguhkan niat untuk menunaikan ibadat haji untuk memberikan fokus kepada PRU13.
“Saya lihat waktu tersebut sesuai kerana ia merupakan bulan Zulkaedah (kalendar Islam) sebelum 10 Zulhijah yang merupakan kemuncak ibadat haji. Beberapa orang bakal haji terawal sahaja tidak dapat mengundi,” katanya.
Beliau berkata, minggu kedua dan ketiga Oktober adalah waktu yang sesuai diadakan pilihan raya.
“Semuanya terletak di tangan kerajaan yang memerintah. Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja kerana PRU12 telah melepasi empat tahun,” katanya.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri akan menyahut cabaran sesetengah pihak agar PRU13 hanya diadakan di akhir mandat kerajaan semasa.
“Ada kemungkinan Perdana Menteri akan mengambil cabaran itu... ini kemungkinan,” kata beliau dengan mengambil kira kemungkinan jika PRU13 tidak dipanggil sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri sebelum sidang Parlimen September-Disember.
“Ini antara kemungkinan yang saya lihat... kemudian ada musim haji, sidang Parlimen, musim perayaan hujung tahun ini dan awal tahun depan (Tahun Baru Cina).
“Mungkin Perdana Menteri beranggapan bahawa, kita pergi hingga akhir tempoh mandat (April 2013) dan kemudian serah kepada SPR memanggil pilihan raya antara akhir Mei dan Jun 2013)... ini pun ada kemungkinan,” katanya yang sekali lagi menekankan pembubaran Parlimen adalah 'keputusan politik' yang hanya boleh diputuskan Perdana Menteri sebaik mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Sivamurugan Pandian berkata, tarikh PRU13 banyak bergantung kepada pengamatan Perdana Menteri ke atas persediaan termasuk mengurus persepsi kepada isu, calon dan jentera parti.
“(Oleh itu) tidak memeranjatkan jika Perdana Menteri akan menggunakan tempoh sepenuhnya untuk memenuhi kesemua ciri tersebut kerana PRU akan datang adalah ibu segala PRU dan kemenangan bergantung kepada kesepaduan dalam parti dan itu yang akan diteliti oleh Perdana Menteri,” katanya lagi.
Tambah beliau, jika ada pihak yang menekan Perdana Menteri untuk mengadakannya sekarang, maka pihak tersebut boleh meminta pembangkang membuatnya di negeri-negeri pentadbiran mereka.
Bagaimanapun, Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Anis Yusal Yusoff menolak tanggapan bahawa Najib akan melangkah sehingga ke penghujung tempoh mandat untuk memanggil PRU13.
"Saya tidak melihat begitu. Apa yang pasti Datuk Seri Najib masih timbang masa yang terbaik untuk melakukan 'serangan', membubarkan Parlimen ketika sokongan kepada BN semakin meningkat.
"Bila masa yang terbaik itu? Itu yang menjadi pertimbangan. Ia boleh menjadi bila-bila masa," kata beliau sambil menambah, pertimbangan tradisi bahawa pilihan raya perlu diadakan pada musim cuti sekolah atau tidak boleh diadakan hujung tahun sudah tidak terpakai lagi dalam situasi politik semasa.
Komen Blogger Pro BN/UMNO GPB ( 2008 - skrg )
GPB berpandangan selepas Hari Raya Aidilfitri adalah waktu terbaik untuk bubar Parlimen & mengadakan PRU 13 . Tidak kira lah ia diadakan sebelum Bajet 2013 atau selepas itu .
Seperti kata ahli akademik Anis Yusal Yussof , Najib memang sebenarnya sekarang ini membuat pertimbangan dari semua sudut . Antara yang diutamakan ialah mengenai graf sokongan rakyat meningkat atau tidak & juga kemampuan untuk BN menawan 2/3 kerusi Parlimen .
Malah hint Tun Dr Mahathir jelas terbukti tepat bila mana PRU 13 tak mungkin akan diadakan pada bulan June seperti dakwaan sebelum ini . Jadi jika ramalan Tun Dr Mahathir adalah selepas hari rakyat , mungkin boleh terjadi .