Pages
▼
Friday, June 29, 2012
Kerajaan diminta batal, roboh BB Plaza hilanglah peniaga Melayu @NajibRazak
Kementerian Pengangkutan digesa campurtangan untuk membatalkan keputusan merobohkan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) yang dilihat sebagai pusat perniagaan strategik orang Melayu di Kuala Lumpur. Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata selain menjadi kerisauan peniaga, isu itu turut mengundang persepsi negatif orang Melayu yang mula merasakan kepentingan mereka semakin mudah terhakis.
"Kementerian ada kaitan dengan perancangan untuk membina MyRapid Transit (MRT). Jadi, setuju atau tidak kita minta kementerian campurtangan dan pastikan kalau betul serius dalam setiap agenda mempertahankan kepentingan Melayu dalam bandar, hentikan cadangan merobohkan BB Plaza," katanya. Ibrahim berkata demikian ketika mencelah semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012.
Semalam, Timbalan Presiden Kanan UDA Holdings Berhad Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman dilaporkan berkata kompleks BB Plaza dijangka dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek MRT. Ibrahim berkata kementerian dan pihak berwajib harus bertolak ansur demi kepentingan 167 penyewa Bumiputera.
"Sekarang ini peniaga bersedih, berdukacita dan macam-macam, malah saya terima SMS rungutan dan rasa tidak senang hati mereka. Carilah pilihan lain supaya ia tidak sentuh bangunan untuk orang Melayu berniaga," kata Ibrahim.
Bagi Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), walaupun jelas dengan kehendak kementerian iaitu untuk memudahkan perjalanan warga Kuala Lumpur, beliau sependapat dengan Ibrahim supaya tindakan merobohkan BB Plaza dibatalkan demi kebaikan peniaga Melayu.
Beliau kesal bagaimana pihak berkenaan boleh mengeluarkan notis berpindah sedangkan pusat itu menjadi lokasi peniaga mencari rezeki, lebih-lebih lagi ketika Ramadan yang membolehkan peniaga meningkatkan jumlah pendapatan, semakin hampir.
Komen GPB
GPB menyokong desakan kedua-dua Ahli Parlimen ini ...ini kerana berkaitan masa depan peniaga/usahawan Melayu terutaman di pusat membeli belah di KL . Kalau robohnya BB Plaza ini , maka mereka terpaksa cari tempat baru yang mana sewanya lagi mahal berbanding dikenakan UDA.
Mohon DS Najib dan kerajaan membatalkan keputusan ini dan mencari altenatif lagi untuk projek MRT.
"Saya sehaluan dengan Pasir Mas supaya pihak berwajib batalkan hasrat untuk meroboh, mengambil alih BB Plaza sebab ada orang Melayu berniaga dan bergantung hidup di situ," katanya. BB Plaza yang dibuka pada 1979 terletak di kawasan Bukit Bintang yang menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong asing.- Bernama
SEMENJAK AKHIR AKHIR INI KEPENTINGAN MELAYU SENANG SAJA TERHAKIS DAN DIKORBANKAN ATAS DASAR PEMBANGUNAN,SEDANGKAN KEPENTINGAN BANGSA LAIN BEGITU TEGUH MALAH BEGITU SUKAR UNTUK DISENTUH SEKALI PUN, ZAMAN UNTUK MELAYU BERKORBAN SUDAH SAMPAI KE NOKTAHNYA,TERLALU BANYAK BANGSA INI BERKORBAN UNTUK ORANG LAIN, TERLALU BANYAK KEISTIMEWAAN DAN MARUAH MELAYU TERPAKSA DIKORBAN DAN DIKONGSI...HAKIKATNYA HANYA MELAYU SAHAJA YANG BEGITU BERMURAH HATI SEDANGKAN ORANG LAIN BEGITU KIKIR,PERTAHANKAN LAH KEPENTINGAN BANGSA YANG SEJEMPUT DAN SECUBIT INI DARI TERUS TERHAKIS DAN DIKIKIS OLEH MEREKA YANG RAKUS........FIKIR-FIKIRKAN LAH SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.
ReplyDeleteHeran gak sebab tempat ni majoriti cina yg berniaga. Kenapa orang cina tak bising? Mungkin persatuan perniagaan cina dah buat sesuatu. Yang sebenarnya cari tempat alternatif untuk mereka berniaga supaya mereka boleh mencari rezeki (kita usaha, Allah yg menurunkan rezeki). Apakah kita kena korbankan pembangunan dan kepentingan awam untuk menjaga 167 peniaga bumi? Nampak sangat orang melayu lemah dan tak bersemangat. Dimana persatuan peniaga bumi?
ReplyDelete