Pages
▼
Tuesday, June 26, 2012
Menteri KPWKM : Najib malukan amukan Mak Lampir PKR di Parlimen
Inilah yang dikatakan nak tunjuk garang dan hebat tidak kena tempat. Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen. Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono. Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum.
Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja. Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat. Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu.
Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan. Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.
"Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya. "Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita...mulut dia boleh tahan."Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana,"kata Najib membidas Zuraida.
Tak cukup itu, Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan. Ini telah mengundang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegurnya.
Perbuatan itu secara jelas hendak cabar kuasa ekslusif Perdana Menteri. Dan sebagai perbandingan dalam soal lantikan itu Zuraida sepatutnya tumbuk meja Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga ada kuasa perogratif) mempersoalkan mengapa portfolio Exco Agama tidak diserahkan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari kalangan parti PAS. AGENDA DAILY
No comments:
Post a Comment