Pages

Friday, May 11, 2012

Tahniah Ronnie liu ,pakej Snuker + Vietnam Doll di Selangor !



KLANG: Pakej snuker GRO. Itu tarikan istimewa sebuah premis berselindung di sebalik papan tanda kononnya beroperasi sebagai kafe di Bandar Botanic, di sini, yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) untuk hiburan pelanggan di samping bermain snuker.

 Tarikan itu menyebabkan premis berkenaan menjadi tumpuan pengunjung lelaki hidung belang untuk berhibur dengan wanita GRO yang kebanyakannya warga asing. Bagaimanapun, taktik itu terbongkar apabila premis itu diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula jam 11.45 malam, kelmarin.

 Ketua operasi, Inspektor Othman Mahat ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu berkata, 12 GRO warga asing ditahan. “Sembilan daripada GRO yang ditahan itu warga Vietnam manakala tiga lagi warga Thailand yang berumur 25 hingga 37 tahun. “Ops Noda ini dilaksanakan selepas risikan dibuat selain aduan awam. Kami dapati premis itu sudah beroperasi lebih kurang empat bulan.

 “Kami sudah membuat intipan ke atas premis ini selama empat hari untuk mengenal pasti pekerja dan pelanggan kelab itu sebelum menyerbu premis terbabit,” katanya. Menurutnya, pemeriksaan terhadap GRO itu mendapati semua mereka masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan dan tidak mempunyai pasport. Turut ditahan ialah seorang lelaki dipercayai penjaga premis itu, warga tempatan berumur 35 tahun. “Dalam operasi itu juga, lebih 30 pelanggan berumur 22 hingga 55 tahun yang melanggan GRO dalam premis itu ditahan sementara untuk diambil keterangan.

 “Semua GRO dan penjaga premis yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut,” katanya. Othman berkata, semua GRO itu disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

 “Penjaga premis itu pula disiasat mengikut Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 Pindaan 1998, 2001 kerana menjalankan aktiviti perniagaan hiburan tanpa lesen daripada pihak berkuasa,” katanya.

No comments:

Post a Comment