Pages

Thursday, May 10, 2012

Pemuda UMNO masih lagi perlukan Khairy ?





Khairy Jamaluddin menawarkan diri untuk memimpin Pergerakan Pemuda Umno satu lagi penggal - bertanding mempertahankan jawatannya pada pemilihan yang dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Khairy, 36, yang menerajui pergerakan itu sejak Mac 2009 menyatakan hasrat beliau menerusi mesej Twitter.
"Saya rasa, saya mahu menawarkan diri untuk satu lagi penggal sebagai Ketua Pemuda (Umno)," kata beliau dalam reaksinya kepada seorang pengikut akaun Twitternya.
Umno yang sepatutnya mengadakan pemilihan tahun ini, tetapi ditangguhkan sehingga selesai PRU13.
Pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno Mac 2009, Khairy menewaskan Datuk Mukhriz Mahathir dan Dr Mohamad Khir Toyo.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Rembau melahirkan pendirian ini susulan ideanya agar umur penyandang jawatan Ketua Pemuda Umno dihadkan 40 tahun.Katanya, beliau akan membuat cadangan itu apabila beliau melepaskan jawatannya kelak.

Komen GPB
Keputusan yang tepat , Pemuda UMNO masih lagi perlukan KJ untuk menerajui sayap utama parti keramat ini. Tiada lagi calon yang layak menggantikan beliau buat masa ini .... bravo !

1 comment: