Pages

Wednesday, May 23, 2012

Rafizi tersentak bila budak tadika Selangor tak dapat pendidikan percuma lagi @khairykj




Agenda Daily - Hangat memang hangat...dan cakap boleh cakap .Ini mengenai debat isu PTPTN antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian di Shah Alam Selasa malam. Ada yang kata susah nak buat satu penilaian kerana nampak macam kedua-dua tokoh muda ini sama hebat dan sama mantap semasa perdebatan sejam setengah yang disiar secara langsung menerusi Astro Awani dan Radio Bernama24.

 Namun sebilangan ramai yang tertarik bila Khairy sudah 'kunci' Rafizi dalam pengulongannya tentang kegagalan kerajaan negeri Selangor sendiri menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihanraya Mac 2008 dulu. Banyak memang banyak.Ini termasuk janji pendidikan percuma peringkat tadika.

 Kata Khairy kalau janji tentang pendidikan tadika sendiri tidak mampu tunai apa guna cakap bab-bab yang lebih besar yakni menghapuskan PTPTN dan dasar-dasar hebat lain. Apa yang dikata oleh Khairy itu bukan cerita dongeng.Ia kenyataan yang satu dunia tahu bagaimana kerajaan PKR Selangor mungkir janjinya sendiri.



 Mengambil kira dari fakta itu sahaja Rafizi tidak harus ambil hati jika ada komentar yang tidak segan kata : sembang bolehlah.


 Bagi yang suka dibuai laju-laju memang syok mendengar hujah-hujah Rafizi mengenai perancangan pakatan pembangkang yang bernada ' bulan dan bintang' macam Buku Jingga segalanya boleh beres dalam 100 hari berkuasa. Sebagai seorang akauntan bertauliah,Rafizi memang boleh main dengan segala macam angka konon untuk tunjuk PTPTN wajar dihapuskan. Bukan susah naik main sentimen orang.

Siapa tidak suka janji segalanya free. Kata orang bodoh sangat kerajaan Barisan Nasional tidak mahu bagi pendidikan percuma dengan mansuhkan PTPTN jika ia satu langkah yang lojik.Undi...siapa tidak mahu undi.

Semua orang tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pemangku Perdana Menteri waktu PTPTN diluluskan kerajaan pada tahun 1997 ' tak bising apa-apa' waktu itu. Otai DAP, Lim Kit Siang malah menyokongnya.

 Rafizi cuba bermain dengan sentimen yang menjadi bahan pasar malam pembangkang yakni trademark BN....rasuah...rasuah...koroni...kroni. Entahlah mungkin Rafizi masih sekolah lagi masa Anwar jadi Menteri Pendidikan,Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Elok sangat Rafizi cuba korek cerita ada tidak Anwar kain dengan kroni atau politik wang.

 Sebab itu cakap memang boleh cakap. Anwar ialah 'saksi hidup' orang yang pernah berkuasa...dan cukup berkuasa kerana pernah cukup dipercayai oleh Tun Dr Mahathir sebelum Ketua Umum PKR itu ' buat hal'. Siapa yang tidak tahu tentang istilah 'orang Pak Sheikh' waktu zaman kegemilangan Anwar. Rafizi boleh minta Kit Siang dan Datuk Seri Haji Hadi Awang tolong cerita kisah-kisah Anwar tentang zaman itu. Itu zaman ada kuasa.Sekarang zaman mengidam kuasa.

 Di Selangor sudah berkuasa.Kalau janji pendidikan tadika percuma tak ditunai....rasanya buang masa Rafizi bakar lilin siang malam buat kajian segala macam untuk berdebat dengan Khairy. Kayu ukurnya yang utama ialah cakap boleh pakai atau tidak. Rafizi kena gempur Tan Sri Khalid Ibrahim tanya kenapa kerajaan PKR Selangor malukan pakatan pembangkang cakap tak serupa bikin. Anwar jangan cuba nak menyorok.Rasanya macam kenal siapa pegang jawatan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.

 Bukankah Hamba Allah yang sama yang pernah pegang jawatan Menteri Kewangan nak bangkrapkan negara masa krisis ekonomi 1997 dulu kerana cuba berjinak-jinak dengan IMF. Jangan lupa pergi ke Kedah dan ke Pulau Pinang sama.

Di negeri itu juga banyak janji pilihanraya 2008 yang tidak ditunai. Kelantan...tak payahlah pergi ganggu untuk peningkan kepala Tok Guru Datuk Nik Aziz sangat...ini kerana bab air bersih negeri itu masih belum selesai-selesai setelah lebih 20 tahun perintah. Cakap memang boleh cakap.Janji siapa boleh janji.Debat siapa boleh debat. Harap-harap budak-budak tadika di Selangor tidak ketawakan Rafizi. Janji pada mereka pun tak tunai...ini nak janji pada budak universiti pula.-23/5/2012

No comments:

Post a Comment