Pages

Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN dedahkan Rafizi memang kuat menipu !




Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyifatkan hujah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli di dalam debat bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam isu penghapusan hutan PTPTN ibarat seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri.
Ini memandangkan tadika PASTI yang dimiliki oleh salah satu parti Pakatan Pembangkang pun tidak mampu diberikan secara percuma, inikan pula mahu menghapuskan hutang PTPTN yang jumlahnya berbiliion ringgit termasuk mahu memberikan pendidikan percuma kepada pelajar di negara ini.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris Malaysia), Zulkipli Hamid hujah-hujah yang diberikan oleh Rafizi itu sememangnya meludah ke muka sendiri, apabila negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Pembangkang  sendiri tidak mampu untuk menghapuskan hutang-hutang pelajar dan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar di negeri-negeri yang mereka kuasai.
“Kalau kita nak suruh orang buat sesuatu, kita mesti laksanakan dulu. Sebagai contoh, kalau kita sebagai bapa nak suruh anak solat, kita sendiri kena laksanakan solat terlebih dulu. Barulah jadi contoh. Kalau Pakatan Pembangkang minta kerajaan hapuskan PTPTN, mereka kena buat dulu.
“ Hapuskan dulu hutang PTPTN dan berikan pendidikan percuma di setiap universiti yang ada di negeri yang mereka kuasai terlebih dulu baru boleh bercerita dengan orang lain. Yuran tadika PASTI pun yuran mereka naikkan, bagaimana mereka nak bercakap soal hapuskan hutang dan suruh rakyat berikan pendidikan percuma?,” soal beliau tegas.
Manakala menurut Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Ramli Jurit, perdebatan semalam memperlihatkan hujah Pengarah Strategik PKR yang tidak konsisten, selain mengeluarkan fakta-fakta yang tidak jelas sebagai hujah.
“Saya lihat hujah-hujah beliau semalam membuktikan tidak ada sebarang kajian yang dibuat sebelum mengeluarkan sebarang pandangan. Isu menghapuskan pinjaman PTPTN ini merupakan satu isu besar. Ia melibatkan berbilion duit rakyat.  Jadi, ia memerlukan pandangan dari semua pihak, dan bukan hanya berdasarkan fakta-fakta yang semberono yang tidak tepat. Bukan hanya bercakap ikut sedap sahaja.
“Contohnya kenyataan beliau tentang negara Turki kononnya memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Ini tidak benar. 


Turki tidak memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Ini buat saya jadi pelik, bagaimana seorang yang dilantik menjadi pengarah strategik PKR boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa membuat kajian terlebih dulu,” tegasnya.
Selain itu kata beliau lagi, Rafizi juga banyak bertanyakan soalan yang menyimpang dari isu sebenar tujuan debat itu diadakan.
“Debat ini perkara utamanya ialah isu PTPTN. Tetapi kenapa pula dia boleh bertanya tentang duit Petronas kepada Khairy. Sudah tentu Khairy tidak boleh menjawab soalan tersebut kerana itu bukan di bawah bidang kekuasaannya.
“Sudah tentu yang  hanya boleh menjawab soalan tersebut adalah Petronas. Di sinilah yang saya katakan tadi bahawa banyak soalan-soalan yang Rafizi tanya pada Khairy tidak kena pada tempatnya, disamping Rafizi sendiri  banyak memberikan fakta-fakta  yang tidak jelas dan ada yang tidak benar sama sekali,” tambahnya lagi.
Ini secara tidak langsung menurut Ramli, menyerlahkan lagi kelemahan pihak pembangkang yang amat suka melontarkan fakta dan hujah yang tidak benar, dengan ertikata yang mudah, sanggup berbohong semata-mata untuk mengelirukan rakyat.
“Isu PTPTN ini juga sebenarnya hanyalah isu yang dibangkitkan untuk menarik hati golongan muda. Ini adalah isu pilihanraya, tidak lebih dari itu. Biarpun segala alasan yang mereka bagi konon-kononnya ada cara untuk memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan hutang PTPTN, namun itu tidak mungkin dapat mereka laksanakan, kerana cara dan pendekatan itu hanya semata-mata alasan untuk kepentingan politik semata-mata,” akhiri beliau. -MediaUMNO

2 comments:

  1. Kalau tidak berbohong, menipu, memutar-belit fakta dan menabur fitnah bukan namanya pemimpin PKR sejati.

    PAS pun sudah terikut-ikut sama pandai berputar-belit lidah.
    Lihat sajalah isu muzakarah versi PAS, Nik Aziz cakap mahu, Hadi cakap tak mahu, Nik Aziz cakap mahu tapi bersyarat, Hadi cakap tak ada muzakarah, kemudian Nik Aziz cakap mahu jugak muzakarah dgn tajuk "Mengapa UMNO tolak Islam". Mengapa dia tak pilih tajuk "Mengapa PAS tolak perpaduan Islam". Macam budak2 merajuk tak dapat apa yg dihajat. Semua nyanyuk tapi tetap mahu berkuasa dan tunjuk kuasa!

    Nampaknya dah jadi satu kayu pengukur utk menjadi pembangkang di Malaysia. Semua jadi makin lama makin bengong!

    ReplyDelete
  2. cuba baca kupasan ini..
    http://livehealthyactive.blogspot.com/2012/05/debat-khairy-dan-rafizi-isu-ptptn.html

    ReplyDelete