Pages
▼
Wednesday, February 29, 2012
Tun Mahathir sindir PAS ,sepatutnya lantik Kit Siang jadi presiden parti
Dalam mengalu-alukan apa yang beliau anggap langkah yang baik dari PAS untuk melantik pemimpin bukan Islam bagi menerajui parti itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dilantik sebagai presiden PAS.
"Mengapa hanya timbalan, mereka sepatutnya lantik bukan Islam sebagai presiden. Lim Kit Siang boleh jadi presiden PAS," sindir Mahathir pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
"Mereka tuduh kita kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang mahu lantik bukan Islam sebagai pemimpin parti. Itu baik, baik," sindir beliau.
Menurut bekas pengerusi BN itu, ebelum ini PAS mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti mewakili bukan muslim seperti MCA dan MIC, tetapi cadangan mereka kali ini umpama meludah ke langit.
Mahathir berkata PAS sepatutnya tidak mempunyai masalah bagi menerima bukan Islam sebagai presiden parti itu, kerana selama ini pun mereka mempertahankan dan membenarkan pemimpin bukan Islam dari Pakatan Rakyat yang memetik ayat-ayatal-Quran pada ceramah politik.
“Lagipun, jika mereka bukan Islam, mereka faham tentang Islam dan sekarang boleh menggunakan petikan al-Quran dalam ucapan mereka.”
Tuesday, February 28, 2012
Anugay mesti suka sebab mengapa China Doll suka datang Malaysia ?
The language and food, which are not so different between China and Malaysia, are among the reasons for the influx of “freelance” prostitutes from China.
Federal Secret Societies, Gambling and Vice (D7) CID principal assistant director, Abdul Jalil Hassan, said they also liked the climate here which was not far different from China’s, especially southern China’s.
“They speak Mandarin, which makes it easy for them to mix with the local Chinese community and their food back home is almost similar to the Chinese food here.
“The availability of budget flights and Internet access are also catalysts for them to come to this country,” he told Bernama.
Abdul Jalil said the revelation was made after police interrogated 13 prostitutes detained for abusing their student visas and social visit passes at a massage parlour in Sri Petaling on Feb 16.
He said the preliminary investigation found that these women who worked through syndicates, would return to Malaysia on student visas and resume working as freelance prostitutes as the earnings were lucrative.
Abdul Jalil said most of the Chinese nationals interrogated used student visas to enable them to enter the country unimpeded.
According to the latest D7 statistics, Chinese nationals made up the most number of people arrested for prostitution at 653 from January to Feb 15.
This was followed by those from Vietnam (367), Thailand (300), Indonesia (177), the Philippines (55), Uzbekistan (19), Myanmar (14), Cambodia (10), Bangladesh (nine), Mongolia (six), Nigeria and Sri Langka (four each), and India (one).
The highest number of arrests involved Chinese nationals at 5,753 in 2009, 6,378 in 2010 and 5,922 in 2011.
- Bernama
Friday, February 24, 2012
Guan Eng gagal jawab 20 soalan skandal tanah Bayan Mutiara !
Ketua Menteri, Lim Guan Eng masih gagal menjawab 20 soalan mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara yang dikemukakan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Zainal Abidin berkata, daripada 25 soalan yang dikemukakan melalui laman sosial Twitter sejak beberapa minggu lalu, Guan Eng hanya menjawab lima soalan, itu pun tidak menepati kehendak sebenar soalan.
“Setakat ini, dia hanya menjawab lima soalan saya, itu pun tidak memuaskan hati kerana jawapannya seolah-olah ada muslihat yang ingin disorokkan. Guan Eng perlu ‘gentleman’ dalam hal ini kerana rakyat berhak untuk mengetahui hal ini dengan lebih terperinci,” katanya.
L
Menurutnya, soalan yang dikemukakannya sejak tiga minggu lalu itu, antaranya ialah mengapa tanah itu dijual kepada pihak swasta dan tidak dijual kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedangkan ia mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam projek pembangunan selama ini.
“Dia (Guan Eng) tidak menjawab soalan kerana lain yang ditanya,lain yang dia jawab. Dia juga menuduh saya tidak faham Bahasa Inggeris kerana tidak memahami kandungan surat yang dikeluarkan Ivory Properties serta menyindir supaya tanah itu dibeli Umno jika tidak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan.
“Saya mendesak agar dia menjawab 20 soalan lagi dengan fakta dan bukannya penuh muslihat, berdolak-dalik serta cakap politik semata-mata,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Zainal Abidin berkata, beliau mempunyai surat yang dikeluarkan Ivory Properties bertarikh 11 November 2011 yang menyebut bahawa tanah itu dimuktamadkan harganya melalui rundingan antara syarikat itu, Ketua Menteri yang diperbadankan serta PDC.
“Kenyataan ini bukan saya yang reka, tetapi ia tertera dalam dokumen berkenaan dan saya ada menyimpannya sebagai bukti.
"Oleh itu, saya minta Guan Eng menjawab semua 25 soalan berhubung isu tanah ini melalui twitter dengan baik dan bukannya cara berbelit-belit dan berdolak dalik," katanya.
Guan Eng juga, katanya, bertindak di luar tabii apabila mendesak pemimpin pembangkang di Pulau Pinang untuk meletak jawatan.
Sebaliknya, adalah menjadi amalan biasa pembangkang untuk mendesak pemimpin Kerajaan Negeri meletak jawatan jika melakukan kesilapan.
Posted using BlogPress from my iPad
Kecoh ! Penyokong Israel tak mahu terima memorandum bantahan Pemuda UMNO !
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Selangor dan NGO² Islam sekarang ini sedang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (PKR), di Tropicana, Damansara.
Tujuannya berhimpun adalah untuk mengutuk tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha menjaga keselamatan Israel.
Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO dan NGO turut menyerahkan memorandum kepada Anwar Ibrahim untuk menarik balik kenyataannya menyokong Israel.
Turut sama dalam perhimpunan ini, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar danKetua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Mohd Jamal dan juga beberapa wakil NGO Islam beserta ratusan penyokong.
Sebaik tiba di hadapan Ibu Pejabat PKR, kumpulan telah dihalang oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yg telah membuat sekatan bagi menghalang kemaraan kumpulan Pemuda UMNO & NGO. Tujuannya menjaga keselamatan bersama =D
Wakil Pemuda UMNO dan NGO cuba menghantar memorandum ke dalam pejabat PKR namun dihalang oleh samseng² upahan PKR yg diberikan baju utk disarung hehe.
Bagaimanapun, hasrat Pemuda UMNO dan NGO utk menyampaikan memorandum tersebut tidak kesampaian keranatiada sesiapa pun yg mahu mewakili PKR & Pakatan untuk menerimanya. Lagi menariknya pintu hadapan pejabat dikunci keh keh keh.
Budak gemok PKR ni sengaja menimbulkan provokasi dengan mengajak kumpulan Pemuda UMNO dan NGO bertumbuk. Tapi Pemuda UMNO dan NGO Islam memang profesional, tidak termakan dengan provokasi mereka.
Jom tengok muka dan perot dia lebih dekat.
Dekat lagi.
Malu² pulak muka dirakam camera kah kah kah. Bodoh punya gemok !!! Cari makan jadi gangster PKR? Haha.
Kesimpulannya, memorandum tak dapat hantar. Pemuda UMNO dan NGO membaca doa selamat. Tiada kejadian yg tidak diingini berlaku.
Pemuda UMNO dan NGO beredar meninggalkan kawasan tersebut.
Sebaik berjalan pulang, budak² AMK telah menghamburkan kata² kesat dan menjerit "Hidup Hidup" berulang kali sehingga kumpulan Pemuda UMNO dan NGO hilang dari pandangan mata mereka.
Untuk info, kekuatan kumpulan Pemuda UMNO dan NGO seramai 500 orang. Kekuatan gangster PKR seramai 30 orang. Adalah tidak adil untuk Pemuda UMNO dan NGO 'bergaduh' dengan lawan seramai itu hehehe.
Ketidakbukaan PKR sangat memalukan. Pintu dikunci, tiada siapa mahu terima.
Ini ker parti yg mahu menjadi kerajaan?
sumber : Rezqeen Hill
Thursday, February 23, 2012
Sokong Israel: Anwar terus hilang punca menjawab kritikan
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berego besar sehingga tidak sanggup untuk mengakui kesilapan dalam kontroversi berkaitan kenyataan menyokong kepentingan Israel.
"Apakah ego beliau terlalu besar untuk mengakui kesilapan atau memang itulah pendirian sebenarnya?
"Walau apapun sebab keengganan beliau untuk menarik balik kenyataannya, jelas tanpa tindakan itu Anwar akan terus dilihat terang-terangan pro-Israel," kata beliau dalam pendapatnya disiarkan Sinar Harian hari ini.
Khairy melahirkan pandangan ini sehari selepas pertemuan antara Anwar dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kuala Lumpur.
Anwar bertemu untuk menjelaskan kenyataannya yang disiarkan oleh Wall Street Journal bulan lalu.
Sementara Anwar berhadapan dengan kecaman pemimpin-pemimpin Umno dan BN, selain beberapa pertubuhan bukan kerajaan, pihak Pakatan Rakyat pula mendakwa kerajaan pusat memperlihatkan hipokrasi kerana membenarkan hubungan perdagangan dengan syarikat-syarikat Israel.
Berikut teks penuh tulisan Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau.
Bagai ayam lepas bertaji, Anwar Ibrahim dilihat kehilangan punca dan arah menjelaskan kenyataan kontroversi beliau yakni “(saya) menyokong segala tindakan bagi menjaga keselamatan negara Israel” di akhbar The Wall Street Journal (WSJ) apatah lagi selepas beliau disanggah teruk oleh orang Islam di luar dan di dalam negara, termasuklah daripada rakan kongsi politiknya, PAS.
Manakan tidak, ini kerana Anwar secara terang-terangannya menonjolkan belang sebenar beliau yang memberi sokongan penuh dan umum (blanket support) kepada Israel untuk melakukan apa sahaja demi menjaga keselamatan negara tersebut.
Secara spesifik, kenyataan Anwar telah menghalalkan kezaliman dan keganasan rejim Israel yang telah menggunakan alasan keselamatan untuk menyerang dan membunuh rakyat Palestin. Ribuan nyawa Palestin yang terkorban selama puluhan tahun penjajahan Israel, pembinaan tembok yang memenjarakan rakyat Palestin dan menghalang perjalanan mereka untuk mencari rezeki, sekatan ekonomi yang mengakibatkan penduduk Semenanjung Gaza miskin dan derita di samping pembunuhan sembilan sukarelawan antarabangsa dalam Misi Kemanusiaan Flotilla 2010, semuanya dilakukan oleh Israel atas alasan keselamatan negara.
Tidakkah Anwar sedar bahawa kenyataan beliau secara langsung mengiktiraf pembunuhan tersebut dan memberi lampu hijau untuk kezaliman ini diteruskan?
Setelah kenyataan beliau menimbulkan kemarahan orang ramai, Anwar telah cuba untuk melepaskan diri daripada kesalahannya dengan pelbagai alasan. Yang pertama, beliau menyalahkan media arus perdana dengan mengatakan kenyataan beliau tidak dipetik sepenuhnya. Beliau sebut bahawa sokongan itu bergantung (contingent) kepada aspirasi rakyat Palestin menjadi realiti.
Tetapi jika kita kaji apa yang diterbitkan dalam WSJ, kita sedar bahawa Anwar merujuk kepada pengiktirafan diplomatik untuk Israel sebagai langkah yang bergantung (contingent) kepada aspirasi rakyat Palestin dipenuhi. Itu berbeza dengan kenyataan pertama iaitu keselamatan Israel perlu dijamin dengan apa cara pun.
Kenyataan itu tidak datang dengan apa-apa syarat tetapi dibuat secara sokongan mutlak. Inilah yang menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin Islam termasuk dari Palestin rasa marah, kecewa dan mempertikaikan kredibiliti Anwar sebagai seorang yang sering mempromosi diri sebagai pejuang dunia Islam.
Bila dah tersepit dengan kenyataan yang jelas pro-Israel, tidak hairanlah apabila Anwar cuba mengalihkan perhatian dengan serangan terhadap kerajaan Malaysia yang dikatakan membenarkan perdagangan dengan Israel. Mengikut beliau, ini adalah bukti kerajaan Barisan Nasional bersekongkol dan menyokong Israel.
Walaupun tuduhannya itu agak dramatik, saya memahami mungkin inilah satu-satunya cara terdesak untuk beliau membersihkan ‘dosa’ memberi sokongan mutlak kepada Israel dengan cara menyalahkan orang lain.
Pertama, kita kena tanya soalan adakah benar Malaysia mempunyai hubungan dagangan dengan Israel sebab seperti yang diketahui umum, kita tiada sebarang hubungan diplomatik atau politik dengan negara tersebut? Di bawah Akta Kastam 1967 memang ada larangan transaksi perdagangan dengan Israel. Walau bagaimanapun kelonggaran telah diberi kepada penguatkuasaan akta ini pada tahun 1996 untuk membenarkan syarikat-syarikat swasta import dan eksport barangan ke Israel.
Mungkin Anwar mudah lupa, tetapi saya masih ingat bahawa beliau sendiri yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lebih penting lagi Menteri Kewangan yang bertanggungjawab atas Jabatan Kastam pada 1996. Oleh itu Anwar tidak boleh buat-buat tidak tahu mengenai wujudnya kelonggaran tersebut yang beliau sendiri meluluskan dengan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional semasa.
Ada yang tanya, kalau dia memang buat dahulu, kenapa sekarang tidak ubah balik dan langsung melarang perdagangan dengan Israel? Yang pertama, perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat swasta. Ia tidak digalakkan oleh kerajaan. Kedua, kebanyakan daripada perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat antarabangsa (MNCs) yang ada kilang di seantero dunia termasuk Israel.
Kita kena faham bahawa di arus era globalisasi, MNCs yang melabur di negara kita mempunyai sistem rantaian penawaran (supply chain) dan perniagaan yang merentasi pelbagai negara. Sebagai contoh, syarikat-syarikat antarabangsa seperti Dell, Intel, Motorola, IBM, Agilent Technologies dan Oracle kesemuanya mempunyai kilang dan pejabat di merata negara termasuklah Malaysia dan juga Israel.
Realiti ini boleh dijelaskan dengan contoh proses pembuatan mikroprosesor Intel yang bermula di Amerika Syarikat dan Israel sebelum dihantar ke kilangnya di Malaysia untuk diuji. Ada juga produk-produk yang dibuat di Malaysia yang mana bahan mentahnya hanya boleh dibeli dari syarikat yang ada kilang di Israel. Apakah ini sama dengan sokongan politik untuk meneruskan pembunuhan rakyat Palestin? Sudah pasti tidak. Ini realiti globalisasi dan proses pembuatan yang merentasi sempadan.
Tetapi dalam keghairahan Anwar dan konco-konconya cuba menutup kesalahan kenyataan pro-Israel beliau, mereka sanggup menyerang perdagangan antara syarikat-syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan Israel tanpa mengakui globalisasi merumitkan halangan-halangan perdagangan. Namun, jika pembangkang masih berterusan dengan hujah ini untuk pertahankan kenyataan Anwar, saya nak cabar mereka buat pendirian bersama sebagai Pakatan Rakyat (PR), bahawa jika mereka menang pilihan raya kelak, semua perdagangan yang saya sebut di atas akan dilarang oleh mereka. Berani ke tidak mereka buat demikian?
Sebenarnya, tak perlu kita tunggu sehingga pilihan raya. Jika Anwar sudah tidak setuju dengan kelonggaran yang beliau sendiri beri pada 1996 untuk membenarkan perdagangan swasta bersama syarikat-syarikat yang ada di Israel, saya cabar beliau sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat minta kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk menarik balik lesen premis yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan kepada kilang dan pejabat syarikat-syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola yang beroperasi di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah atas sebab mereka mengimport barangan dari Israel.
Saya juga cabar Anwar mengarahkan semua petugas parti beliau buang semua komputer dan telefon bimbit mereka yang ada komponen Intel atau Motorola kerana ia berasal dari kilang di Israel. Kalau tak dapat buat demikian, jangan nak menuding jari pada kerajaan Barisan Nasional.
Yang jelas di sini ialah wujudnya perdagangan antara syarikat-syarikat swasta yang berpangkalan di Malaysia dan Israel atas tuntutan dan keperluan globalisasi jauh beza daripada sokongan dan pembelaan politik yang telah diberi oleh Anwar terhadap Israel dalam kenyataan beliau dalam WSJ. Kerajaan Barisan Nasional konsisten menyokong perjuangan Palestin dan langsung tidak tergamak untuk bercakap soal keselamatan Israel sepertimana Anwar kerana sedar bukannya Israel yang dizalimi tetapi sebaliknya adalah rakyat Palestin.
Yang paling sedih ialah bagaimana seorang pemimpin yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam sejagat begitu enggan untuk menarik balik kenyataan beliau walaupun konteksnya jelas menunjukkan sokongan mutlak kepada Israel sehingga menghalalkan pembunuhan rakyat Palestin.
Apakah ego beliau terlalu besar untuk mengakui kesilapan atau memang itulah pendirian sebenarnya? Walau apapun sebab keengganan beliau untuk menarik balik kenyataannya, jelas tanpa tindakan itu Anwar akan terus dilihat terang-terangan pro-Israel.
Wednesday, February 22, 2012
Annapolis Summit bukti Anwar sokong kuat iktiraf negara Israel !
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Sebuah blog, AnwarAIDC hari ini mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menandatangani surat lobi pada 2007 supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengutamakan konsep two state solution atau penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
Melalui konsep itu, dunia perlu mengiktiraf penubuhan negara Israel yang sah dan juga Palestin di mana Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiranan Israel akan menjadi milik Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.
Menurut blog dengan entri bertajuk Bukti Sokong Israel: Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush itu, ketika itu, Anwar merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa International Crisis Group (ICG), sebuah badan antarabangsa tajaan George Soros.
“Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi two state solution dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.
“Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel-Palestin seperti mana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), The Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf negara sah Israel,” kata blog AnwarAIDC.
Kata blog itu, resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir termasuk Anwar dan Soros.
Monday, February 20, 2012
PANAS ! Penyokong PKR tentu berang Tun Mahathir gelar Anwar sesumpah
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata "tidak ada apa" yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan tokoh PKR itu sebagai "sesumpah", Mahathir berkata semua pihak mengetahui pendirian tokoh PKR itu yang didakwanya sentiasa berubah.
"Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody."Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.
"Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam," katanya sinis.
Pada sidang media itu juga, Mahathir berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".
"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada," katanya sambil menambah ianya lagi memburukkan lagi keadaan kerana setiap pihak masing berpegang dengan pendirian masing-masing.
Mahathir mendakwa rakyat Malaysia masih membenarkan perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional jika bercakap mengenai debat.Ditanya mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan diraja mengenai projek IC di Sabah terhadap pendatang asing, bekas perdana menteri itu berkata:
"Saya rasa ini adalah satu masalah... Tidak perlu kepada suruhanjaya siasatan diraja untuk membuat perkara ini. Kerajaan perlu mengumpul statistik mengenai perkara ini".
Turut hadir dalam sidang media itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Ibrahim Ali.Katanya, pihaknya tidak mempunyai keperluan untuknya berdebat dengan Anwar.Ibrahim mendakwa ketua pembangkang itu "tidak relevan" dan "tidak ada pendirian moral untuk debat dengan perdana menteri""Apalagi kita nak debat dengan dia. Kita dah kenal dia. Kalau kita kenal dia, perangai dia, apa lagi kita nak debat.
"(Tetapi kalau saya) debat dengan Lim Guan Eng ada keperluan, nak tahu siapa yang rasis. Ini yang menarik," katanya
Ditanya berhubung dakwaan kapal Israel berdagang di negara ini seperti yang didedahkan oleh sebuah NGO PKR hari ini Ibrahim perlu melihat bukti dan mengetahui secara terperinci tentang latar belakangnya.
- Posted using BlogPress from my iPad
Sunday, February 19, 2012
Guan Eng buat hal lagi , pertikai Melayu jadi PM ?
Apakah agenda Ketua regim Dap yang kuat bohong ini menyentuh hal tentang jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini diisi oleh bangsa Melayu iaitu majoriti rakyat negara ini ? Beliau berkata pulak perkara ini di depan kaum Cina semasa debat dengan Presiden MCA.
GPB berpandangan ia jelas mengguris perasaan orang Melayu yang mana sudah tentu ramai yang tidak bersetuju. Calon untuk jawatan PM sekarang ini dipilih pemimpin dari parti yang menguasai Parlimen iaitu parti BN .
Mungkin Guan Eng pun berminat jawatan ini jika Pakatan menawan Putrajaya ?
Posted using BlogPress from my iPad
Nurul Izzah tentu malu besar pasal berita gembira oleh KWSP ini !
Menurut portal Bernama , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 6 peratus bagi tahun kewangan 2011, yang merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Ini tentu memberi tamparan hebat kepada pembangkang yang sering pertikaikan cara kerajaan menguruskan kewangan negara termasuklah KWSP . Malah baru-baru Nurul Izzah pertikaikan keputusan Kerajaan membenakan duit KWSP dijadikan pinjaman untuk memiliki rumah .
- Posted using BlogPress from my iPad
Guan Eng lega syarikat pemaju Ivory jawab pasal tender terbuka
- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengulangi tekad beliau untuk bersara dari politik jika terdapat bukti penjualan tanah Bayan Mutiara di negeri itu dilakukan secara rundingan dan bukan tender terbuka.
Beliau berkata syarikat pemaju hartanah Ivory Properties Group Berhad hari ini menegaskan ia memenangi bidaan bagi tanah seluas 41.5 hektar di Bayan Mutiara dekat sini menerusi persaingan sengit dalam tender terbuka oleh kerajaan negeri Pulau Pinang."
Dia (Zainal) sudah ada bukti, bukti ialah kenyataan Bursa Malaysia. Dia sudah tunjuk bukti tapi telah dinafikan oleh Ivory, dia bukti ialah satu kenyataan yang telah dibuat oleh Ivory, tetapi hari ini Ivory siarkan dia dapat tender secara terbuka," katanya.
Guan Eng berkata demikian ketika mengulas cabaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, yang mendakwa memiliki bukti tanah itu dijual pada harga RM1.1 bilion kepada Ivory Group menerusi rundingan."
Saya yang cabar. Saya cakap kalau mereka boleh buktikan saya tak buat tender terbuka, saya akan undur dari politik, tapi kalau mereka tak dapatbuktikan, mereka pula kena undur," katanya kepada pemberita selepas debat dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang bertajuk 'Kaum Cina di Persimpangan. Apakah sistem dua parti akan menjadi sistem dua bangsa?' di sini.
Tanah yang dianggap sebagai 'bernilai amat tinggi' itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Komen GPB
agak pelik syarikat pemaju sendiri terpaksa menjawab pasal tuduhan penjualan tanah Bayan Mutiara walhal kerajaan negeri yang didesak oleh pelbagai pihak.Penjualan ini dibuat PDC selaku pemilik tanah tapi pembeli pulak yang terpaksa jawab...hahaha.
.Inilah taktik Guan Eng jika beliau tak boleh menjawab dan pihak ketiga yang diminta untuk jawab.
- Posted using BlogPress from my iPad
Guan Eng tentu berang sindiran Amy Search
Penyanyi rock terkenal, Amy Search hari ini menyindir sinis ketua regim Dap ,Lim Guan Eng supaya menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad gara-gara tidak iktiraf ketuanan Melayu .
Ini ditulis di twitter beliau selepas membaca mengenai kenyataan pemimpin Dap ini yang tak iktiraf ketuanan Melayu tetapi hanya ketuanan rakyat .
GPB berpandangan sindiran sinis terhadap Dap memang cukup tajam sekali oleh seorang artis Melayu seperti Amy. Ini juga membuktikan artis Melayu juga membenci dengan sikap parti rasis dan chauvinis Dap yang cukup kurang ajar berkenaan soal Melayu

Saturday, February 18, 2012
Dr Asri nasihat jangan guna agama sebagai senjata politik
Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pemimpin-pemimpin politik supaya berhenti daripada menggunakan agama sebagai “senjata politik” kerana ia dilihat merendahkan martabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai.
Beliau yang juga felo Pusat Pengajian Islam Oxford berkata, langkah itu perlu diberi perhatian memandangkan sesetengah pemimpin politik dilihat semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing.
“Memisahkan agama daripada politik mungkin dianggap negatif, tetapi kalau agama sering digunakan untuk tujuan politik yang menjurus kepada penyalahgunaan itu, ia lebih buruk.
“Bahaya menggunakan agama Islam sebagai senjata untuk politik, untuk menegakkan yang salah dan untuk kepentingan kuasa semata-mata," kata beliau ketika berucap pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini, hari ini.
Dilihat merujuk kepada perkembangan arena politik tempatan sejak kebelakangan khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, beliau yang lazimnya mengulas dan menganalisis perkembangan politik semasa berkata, tindakan menjadikan agama sebagai mainan politik juga menyebabkan fatwa yang diputuskan tidak konsisten dan tidak ada keseragaman.
“Fatwa yang ada kejap boleh kejap tidak boleh, kemudian ada saja fatwa baru yang keluarkan, baik dari Barisan Nasional dan juga Pas... fatwa politik sangat bahaya, agama perlu dibebaskan dari mainan politik," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini.
Dalam ucapannya, Asri turut menyentuh sikap pemimpin-pemimpin politik yang menggunakan tulisan maya di laman sesawang sendiri untuk menyebarkan fitnah bagi menzalimi mereka yang tidak berdosa.
Sehubungan itu tegas beliau, pemimpin-pemimpin politik sepatutnya bersaing dana arena politik dengan cara yang sihat kerana ia melibatkan soal maruah seseorang.
“Apa yang ditulis dan disebarkan bukannya mahu bersaing idea yang baik, tetapi bersaing 'melondehkan' pihak lain. (Jadi) bagaimana nak berkembang perkara yang baik?
“Kita boleh nak kritik, tetapi biar berlapik, ada nilai, akhlak dan adil… bukan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya tanpa merujuk mana-mana kes secara khusus.
Asri juga mengulas langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu sambil menyifatkannya sebagai tidak salah kerana itu adalah tuntutan tugas selaku seorang pemimpin kerajaan dan negara.
“Masuk ke kuil atas rasa tugas seperti polis tidak apa, macam itulah juga pemimpin politik, beliau tidak menyambut perayaan itu tetapi hadir sebagai seorang Muslim dan pemerintah.
“Beliau hadir untuk berhujah bukannya nak menyokong… beliau pemimpin rakyat, takkan nak buat tak peduli kepada rakyatnya yang berbilang kaum," katanya.
Asri juga meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menetapkan garis panduan berkenaan kesesuaian umat Islam melibatkan diri dalam majlis agama lain supaya tidak berlaku kekeliruan.

Soi Lek malukan Guan Eng pasal kitab buku Jinggay
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.
Beliau mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Sejumlah RM93.9 bilion diperlukan setiap tahun untuk memastikan
ianya dibayar kepada 3.0 juta isi rumah untuk memastikan pendapatan terjamin pada kadar RM4,000 sebulan," kata Chua.
Tambahnya, dalam tempoh satu tahun saja pembayar cukai juga perlu membayar antara RM199 bilion hingga RM254 bilion manakala defisit belanjawan negara akan meningkat 27.5 peratus kepada RM617 bilion.
"Malaysia akan bankrap dalam tahun kedua (pentadbiran) Pakatan apabila defisit belanjawan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang negara akan melebihi 100 peratus daripada KDNK," katanya lagi.
Chua berkata demikian ketika berucap di persidangan masa depan politik masyarakat Cina di Kuala Lumpur hari ini. Ia dilihat sebagai ucapan buka gelanggang menjelang debatnya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng petang ini.
Turut berucap pagi ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuji "mood menyerang" Chua pagi ini.
Debat anjuran Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan juga badan pemikir MCA, Insap itu, akan berlangsung petang ini.

Friday, February 17, 2012
Guan Eng kantoi,Umno ada bukti skandal Bayan Mutiara
Umno Pulau Pinang hari ini mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian.
jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.
Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.
"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.
"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu.
Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010.
Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika Umno boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan.
Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos murah.
"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000 hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC," katanya.

Guan Eng pertahan syarikat Singapura sebagai perunding projek !
Fakta adalah fakta, tidak boleh diubah dengan pembohongan-
Adakah pemimpin UMNO, Datuk Zainal Abidin Osman dan Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan menerima cabaran saya bahawa mereka akan berundur dari arena politik sekiranya mereka gagal membuktikan penjualan tanah Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka?
Pemimpin UMNO telah menjalankan kempen fitnah secara sistematik terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung penjualan tanah Bayan Mutiara pada tahun 2010 yang dijalankan secara tender terbuka dengan harga RM240 kaki persegi atau harga penjualan keseluruhan berjumlah RM1.07 bilion.
Di antara penipuan yang dikeluarkan oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan ialah dengan mengatakan bahawa tiada tender terbuka; harga penjualan dijual kepada pemaju swasta adalah 50% lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi; dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.
Apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menjual tanah Bayan Mutiara seluas 102.3 ekar (67.5 ekar tanah dan 35 ekar tanah tebusguna melalui tambak laut) melalui tender terbuka pada tahun 2010, satu harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi telah ditetapkan. Harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi adalah tinggi telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada 7 April 2010 sungguhpun Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 5 November 2009 menganggarkan harga penilaian adalah sebanyak RM65 kaki persegi. Apabila tender terbuka yang dijalankan ditutup pada 31.12.2010, keputusan berani Kerajaan Negeri dibuktikan tepat dan benar apabila harga tender terbuka yang paling tinggi adalah sebanyak RM240 kaki persegi atau RM1.07 bilion.
Saya kecewa apabila harga anggaran penilaian sebanyak RM65 kaki persegi yang disediakan oleh Jabatan Penilaian Harga yang dikeluarkan Kementerian Kewangan tidak dilaporkan oleh media English dan Melayu. Sehingga sekarang, UMNO dan Abdul Rahman masih tidak menyahut cabaran saya untuk membeli 102.3 ekar tanah dengan harga RM420 jika itu adalah harga pasaran yang dituntut oleh UMNO. UMNO perlu masukkan duit ke dalam mulut mereka dengan membayar RM420 kaki persegi. Sekiranya UMNO atau kroni- kroni mereka membeli pada harga RM420 kaki persegi, Kerajaan Negeri boleh mendapat tambahan RM800 juta atau RM1.87 bilion berbanding RM1.07 bilion untuk RM240 kaki persegi.
Tuduhan UMNO bahawa penjualan tidak dilakukan secara tender terbuka, saya bersedia untuk berundur daripada area politik sekiranya UMNO dapat membuktikan sedemikian. Fakta adalah fakta di mana ia tidak boleh diubah dengan pembohongan. Tender terbuka tanah Bayan Mutiara telah diiklankan di dalam akhbar pada tahun 2010.
Jika Datuk Zainal Abidin Osman dan Datuk Abdul Rahman gagal membuktikan bahawa tiada tender terbuka dijalankan, adakah mereka berani menerima cabaran saya untuk berundur dari arena politik? pemimpin UMNO harus menerima cabaran ini untuk membuktikan bahawa tiada kempen fitnah secara sistematik untuk melemahkan dan sabotaj dasar tender terbuka Kerajaan Negeri dan program perumahan mampu milik.
RM500 juta yang diperolehi daripada keuntungan penjualan tanah Bayan Mutiara digunakan untuk perumahan mampu milik di tanah besar dan pulau. Projek pertama di Batu Kawan yang terdiri daripada 12, 000 unit di atas tanah 200 ekar yang akan dibina dalam tempoh 10 tahun.
Untuk memastikan bahawa perumahan mampu milik yang berkualiti dapat dibekalkan kepada golongan miskin, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melantik yang paling baik dan bukannya meniru yang paling baik. Atas sebab itulah, HDB Singapura yang diakui umum dapat membekalkan rumah mampu milik di Asia, kalau bukan di seluruh dunia telah dipilih.
HDB Singapura telah dipilih berikutan kepakaran dalam reka bentuk, perancangan, pelaksanaan dan pengurusan. HDB Singapura tidak terlibat dalam bangunan atau pembinaan. Tender untuk bangunan dan pembinaan akan dijalankan pada akhir tahun ini. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan UMNO yang cuba memainkan isu perkauman dalam perkara ini dengan menyoal mengapa rakyat tempatan tidak boleh melakukan kerja tersebut sebaliknya kita memilih Singapura.
Memainkan sentimen anti- Singapura adalah bukan sahaja provokasi perkauman tetapi juga double- standardskerana apabila Singapura datang ke Iskandar, Johor tiada masalah tetapi tidak di Pulau Pinang. Taktik ekstremis sedemikian oleh UMNO tidak berkesan di Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang menyokong usaha ikhlas Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyediakan rumah mampu milik terbaik untuk golongan miskin di Malaysia.
Sudah sampai masanya golongan miskin tidak hidup di dalam kotak tetapi dengan bermaruah. Setiap rakyat Pulau Pinang seharusnya tinggal di dalam rumah dan bukannya di dalam kotak. Setiap rakyat Pulau Pinang termasuk golongan miskin berhak untuk mendapatkan rumah impian mereka. Dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk berkongsi impian rumah kediaman dengan mereka.
Kami gembira mendapat sokongan daripada salah seorang arkitek terkemuka di Malaysia, Raja Dato Kamarul Bahrin Ahmad Shah. Raja Dato Kamarul dalam surat sokongan kepada saya yang telah diterima semalam menyokong dan bersetuju dengan keputusan Pulau Pinang melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding kerana mereka mempunyai trek rekod yang tebaik dalam pembinaan rumah mampu milik (lihat lampiran surat) Kualiti dan Penyampaian adalah penting untuk perumahan mampu milik.
Sumber: roketkini
Komen GPB
Bukti nyata ketua regim Dap dah semakin gila meroyan dalam isu skandal tanah Bayan Mutiara. Beliau sudah tak tahan lagi terima asakan dan tekanan oleh BN dan ditambah lagi rakyat PP sudah ketahui skandal penjualan tanah ini .
Guan Eng tak menjawab mengapa syarikat Singapura dipilih sebagai perunding tetapi sebaliknya membuat cerita Umno main perkauman dan anti Singapura ...hahaha...
Marah betul Guan Eng kalau sentuh tentang negara mentor Dap ini .
GPB yakin jika Guan Eng terus defensif dan berdolak dalih dalam isu skandal tanah Bayan Mutiara ini , ia akan menjadi isu terbesar di negeri PP semasa PRU 13.

Thursday, February 16, 2012
Sokong Israel: Anwar salahkan UMNO , Nik Aziz tegurnya sopan ..
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan teguran Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."
Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Nik Aziz Isnin depan berikutan jadual kerjanya yang padat.
"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok (Thailand), Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.
"Nik Aziz tegur saya lembut dan sopan. Beliau mencadangkan kalau saya ada kata, tarik balik, jika tidak, saman," katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya.Bagaimanapun, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai pertemuan itu.
Sebaliknya kata Anwar, beliau akan mengeluarkan kenyataan media petang ini.
Wednesday, February 15, 2012
BR1M : Dana bukan pinjaman bukti kerajaan BN cekap uruskan kewangan negara
Kerajaan tidak meminjam daripada mana-mana pihak termasuk Bank Dunia atau menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai Program Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, menjelaskan bahawa kerajaan melaksanakan program BR1M menggunakan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2012.
Oleh itu, adalah jelas kerajaan tidak meminjam daripada mana-mana pihak. Kerajaan juga tidak menggunakan wang KWSP atau mana-mana entiti tempatan untuk membiayai program ini," katanya.
Program BR1M yang bertujuan mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah dan mudah terjejas akibat kenaikan kos sara hidup mendapat sambutan mengalakkan daripada kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.
Sehingga kelmarin, sebanyak RM602,579,500 baucar BR1M sudah ditunaikan.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,597,434 orang sudah membuat permohonan BR1M dan 3,580,916 permohonan diluluskan.
Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula BR1M boleh dibuat sehingga 15 Mac dan format khas rayuan BR1M boleh didapati di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan www.treasury.gov.my.
Menurut Kementerian Kewangan, sebanyak 54,531 permohonan borang rayuan sudah diterima dengan 31,368 permohonan rayuan masih diproses dan 21,827 permohonan diluluskan.
Antara sebab permohonan BR1M tidak berjaya ialah maklumat di borang permohonan tidak lengkap atau salah, pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan permohonan lebih daripada sekali oleh individu dalam isi rumah yang sama.
"Kerajaan amat berpuas hati dengan kejayaan program BR1M yang sedang dilaksanakan dengan giatnya. Bagi mereka yang tidak berjaya dan belum mengemukakan rayuan, mereka dipohon berbuat demikian dengan segera," katanya. - BERNAMA
SPRM sahkan BR1M bukan rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari kerajaan.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.
"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini hari ini.
Oleh itu, kata beliau, terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan.
"Jika mereka (rakyat) tidak menyukainya, beritahu (kerajaan)... biarkan orang ramai membuat keputusan," kata beliau.

Tuesday, February 14, 2012
Live ! AMAN KAMPUS serang Parlimen Batu Kawan
GPB sekarang berada di program Jelajah AMAN KAMPUS di DUN Prai di dalam Parlimen Batu Kawan.
Pentas Anak Muda menjadi program malam ini dengan menampilkan pemimpin2 pelajar terdiri pelbagai kaum . Mereka menerangkan pelbagai isu semasa termasuk Isu Bajet 2012,AUKU ,demontrasi jalanan dan lain-lain.

Hari Kekasih: NGO Islam bantah kenyataan Karpal
Sebentar tadi NGO Melayu P.Pinang iaitu PAJIM telah mengadakan demontrasi bantahan terhadap kebiadapan Karpal Singh yang menyokong sambutan hari kekasih.
Seramai 20 orang ahli NGO ini terdiri daripada ahli ahli PAS berkumpul menyatakan bantahan mereka tentang campur tangan pemimpin Dap ini.
Turut hadir ketika itu adalah timbalan pengerusi PAJIM En Arif Ibrahim bersama Zaidi Abu Bakar beliau ada pengerusi tetap PAS Kawasan Tanjung
Karpal dalam kenyataan telah mempertikaikan tindakan Kerajaan yang melarang sambutan hari Valentine kerana berpendapat ia menyekat hak kebebasan manusia.Beliau turut menyelar PAS kerana membantah mengenai isu ini.
Mat Sabu ,Salleh Man, Yusni Md Piah selaku pemimpin Pas di negeri Karpal ada berani ke menegur dalam isu ini ?

SUHAKAM pentingkan hak asasi , negara menjadi sarang penjenayah ok ?
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) amat kecewa dengan pengusiran pulang kolumnis Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari, yang menurutnya telah dilakukan secara terburu-buru atas permintaan pihak berkuasa negara itu, kelmarin.
Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, pengusiran beliaumenjadi satu kejutan walaupun rayuan bertulis telah dibuat oleh Suhakam kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mempertimbangkan kesnya agar selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan khususnya prinsip bukan 'refoulment' di mana seseorang yang menghadapi penganiyaan di negara beliau tidak perlu dikembalikan ke negara tersebut.
"Pengusiran pulang Mohammad Najeeb akan mempunyai kesan negatif kepada negara kerana telah melanggar undang-undang dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.
Katanya, kolumnis itu telah pun dinafikan hak-hak tersebut di mana kes beliau telah menarik tajuk-tajuk utama media antarabangsa.
Dalam hal ini, kata beliau, Suhakam mengulangi seruannya kepada kerajaan, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar menunjukkan komitmen untuk mendukung standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini.
Semalam, Hishammuddin menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan penjenayah yang dikehendaki di negaranya sendiri menjadikan negara ini sebagai destinasi untuk bersembunyi.
"Jangan ingat Malaysia negara yang selamat untuk mereka bernaung dan tinggal bagi mengelak mereka diburu.
"Kita tidak akan membenarkan mereka menjadikan Malaysia sebagai transit," katanya.
Mohammad Najeeb, 23, dihantar pulang ke negara asal kerana didakwa menggunakan Twitter untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Hishammuddin memberitahu bahawa penahanan Mohammad Najeeb dibuat atas permintaan kerajaan Arab Saudi dan bukannya daripada Interpol seperti yang didakwa beberapa pihak.
Hishammuddin turut menafikan wujud injunksi mahkamah untuk menghalang penghantaran pulang kolumnis Arab Saudi itu.
Katanya, Malaysia punya polisi bukan sahaja pada negara Arab Saudi tetapi juga negara lain termasuk Amerika Syarikat jika diminta berbuat demikian.
Rafizi hidup mewah , gaji RM 25 ribu sebulan ??
Tindakan Rafizi Ramli terus-menerus menyerang Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan tuduhan-tuduhan yang diputar belit telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan ahli-ahli PKR sendiri di Selangor.
Khamis petang sel13.com diajak untuk berjumpa dengan seorang ahli PKR yang juga seorang ahli majlis sebuah PBT di Selangor. Kata ahli PKR berkenaan tindakan Rafizi itu berkemungkinan akan mengundang tindak balas agresif dari pihak lawan mereka.
Katanya kepada wakil sel13.com, “tuan ingat semua orang-orang PKR yang ada jawatan di Selangor bersih ke ? “
Beliau turut berkata Rafizi hanya mementingkan dirinya sahaja untuk dipotretkan sebagai hero. Dia tidak fikir bagaimana jentera parti dibawah bekerja dan segala-galanya memerlukan wang. Katanya lagi, “Rafizi masuk politik terus berada diatas dan dapat gaji puluhan ribu sebulan,dia tidak tahu susah payah orang di bawah” .
Sel13.com diberikan satu salinan resume Rafizi Ramli semasa memohon kerja sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
sumber : SEL 13
Sunday, February 12, 2012
Mengapa Anwar jumpa pemimpin tertinggi HAMAS yang tak iktiraf ISRAEL ?
Semalam dalam portal PKR , mereka menghebahkan Anwar sebagai pemimpin hebat kerana telah bertemu dengan pemimpin tertinggi HAMAS , Khalid Mash'ad di Qatar.
Malah, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden KEADILAN turut makan tengah hari bersama Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan keluarga.
Anwar ketika ini berdepan fitnah media kawalan Umno yang melabel beliau sebagai pro-Israel dan pertemuan dengan ulama Islam itu sekaligus menangkis tohmahan liar parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Mengikut paparan twitter Anwar, perbincangan itu turut disertai pemimpin Hamas, Khalid Mash’ad dan Menteri Kebudayaan Qatar. KALDAIAN DAILY
Persoalannya , apakah pertemuan Anwar dengan pemimpin tertinggi Hamas ini untuk menyucikan dosanya dengan membohongi pemimpin Hamas berkenaan tentang artikel di WSJ bahawa beliau menyokong keselamatan negara Israel .
Anwar memang terkenal dengan kenyataan putar belit dan pembohongannya , tidak mustahil pemimpin tertinggi Hamas ini juga bakal dikencingkan juga.
GPB juga musykil mengapa pemimpin Hamas bernama Khalid Masha'ad ini berjumpa Anwar yang iktiraf negara Israel walhal PM Palestin Ismael Haniya tidak iktiraf langsung negara regim Yahudi ini .
TEHRAN: Hamas tidak akan sama sekali mengiktiraf Israel, tegas Perdana Menteri pergerakan itu di Gaza, Ismail Haniya, semalam dalam ucapan di Iran yang dilihat menyukarkan usaha Palestin membentuk kerajaan perpaduan berikutan bantahan wilayah Yahudi itu.
“Mereka mahu kami mengiktiraf pencerobohan Israel dan menghentikan tentangan tetapi sebagai wakil penduduk Palestin dan dengan nama kebebasan, saya mengumumkan dari Dataran Azadi di Tehran yang kami tidak akan mengiktiraf Israel.
Tentangan akan diteruskan sehingga semua tanah Palestin termasuk Baitulmaqdis dibebaskan dan semua pelarian kembali,” katanya.
Penegasan Haniya mengenai pendirian Hamas itu dibuat dalam satu majlis memperingati revolusi Islam di Iran pada tahun 1979.
Pemimpin Gaza itu bercakap kepada anggaran 30,000 hadirin dari atas pentas bersama-sama Presiden Mahmoud Ahmadinejad.
“Rakyat Iran adalah rakan dalam kejayaan ini. Insya-Allah, kami akan bertemu anda bersama-sama rakyat Palestin lain dalam negara bebas Palestin, di ibu negara, Baitulmaqdis,” katanya.
Israel menolak usaha Hamas untuk bekerjasama dengan Fatah, parti lebih sekular pimpinan Presiden Mahmud Abbas yang mentadbir Tebing Barat, untuk membentuk kerajaan perpaduan. Ia menganggap Hamas sebagai pertubuhan pengganas dan Iran sebagai penyokong dan pembekal senjata.
Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, memberitahu wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Khamis lalu perjanjian Hamas dan Fatah yang ditandatangani minggu ini untuk berganding bahu dalam kerajaan baru tidak menyumbang kepada lanjutan rundingan damai atau kebajikan penduduk Palestin.
Blok yang bertanggungjawab dalam proses damai Asia Barat itu iaitu Kesatuan Eropah, Russia, PBB dan Amerika Syarikat sudah lama mendesak supaya kerajaan Palestin termasuk Hamas memenuhi syarat tertentu untuk menyertai rundingan iaitu menghentikan keganasan dan mengiktiraf Israel dan perjanjian masa lalu dengan wilayah Yahudi itu. – AFP
Nampak jelas Anwar berjumpa pemimpin Hamas mempunyai agenda untuk menunjukkan dirinya juga sokong kerajaan Palestin disamping iktiraf penubuhan Israel.
Saturday, February 11, 2012
Ustaz Azhar Idrus kecewakan penyokong Pas
“Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Azhar Idrus.
“Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati,” katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.
Lebih mengejutkan, Azhar kemudian memberitahu: “Saya bukan ahli Pas.”
“Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli Pas. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik,” tegasnya.
Penulis pojok, Cik Kiah Kepok menerusi ruangan ‘Cuit-cuit Sikek’ Sinar Harian 12 Januari lalu mengaitkan Azhar disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang.
Antara lain kata penulis itu, nama pendakwah yang mempunyai ratusan ribu peminat di seluruh negara itu turut hangat diperkatakan di kawasan Ladang, tempat asal Azhar sendiri.
Sosok yang cukup dikenali dengan imej berjanggut lebat itu antara penceramah agama masa kini yang paling popular di negara ini terutama sejak berpuluh-puluh video klip kuliahnya dimuat turun menerusi laman Youtube.
Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada mana-mana kelompok politik termasuk Pas meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran Pas.
“Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah Pas atau siapa. Umno pula kurang jemput saya ceramah,” katanya dengan nada bersahaja ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Wan Esah, Seberang Baroh, di sini.
Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka.
“Bukan Pas saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang,” katanya.