Pages

Monday, February 20, 2012

PANAS ! Penyokong PKR tentu berang Tun Mahathir gelar Anwar sesumpah




Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata "tidak ada apa" yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan tokoh PKR itu sebagai "sesumpah", Mahathir berkata semua pihak mengetahui pendirian tokoh PKR itu yang didakwanya sentiasa berubah.

"Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody."Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.

"Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam," katanya sinis.

Pada sidang media itu juga, Mahathir berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".

"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada," katanya sambil menambah ianya lagi memburukkan lagi keadaan kerana setiap pihak masing berpegang dengan pendirian masing-masing.

Mahathir mendakwa rakyat Malaysia masih membenarkan perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional jika bercakap mengenai debat.Ditanya mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan diraja mengenai projek IC di Sabah terhadap pendatang asing, bekas perdana menteri itu berkata:

"Saya rasa ini adalah satu masalah... Tidak perlu kepada suruhanjaya siasatan diraja untuk membuat perkara ini. Kerajaan perlu mengumpul statistik mengenai perkara ini".

Turut hadir dalam sidang media itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Ibrahim Ali.Katanya, pihaknya tidak mempunyai keperluan untuknya berdebat dengan Anwar.Ibrahim mendakwa ketua pembangkang itu "tidak relevan" dan "tidak ada pendirian moral untuk debat dengan perdana menteri""Apalagi kita nak debat dengan dia. Kita dah kenal dia. Kalau kita kenal dia, perangai dia, apa lagi kita nak debat.


"(Tetapi kalau saya) debat dengan Lim Guan Eng ada keperluan, nak tahu siapa yang rasis. Ini yang menarik," katanya

Ditanya berhubung dakwaan kapal Israel berdagang di negara ini seperti yang didedahkan oleh sebuah NGO PKR hari ini Ibrahim perlu melihat bukti dan mengetahui secara terperinci tentang latar belakangnya.

- Posted using BlogPress from my iPad

3 comments:

  1. puak2 penyokong pembangkang khususnya pentaksub nuar memang tak gentelman... suka hati la TUN nk bg pandangan,kupasan n pendapat.. dia pun rakyat msia sama mcm kita yg bebas dan ada hak untuk bersuara... cayalah ayahanda Tun.. aku membesar bersama zaman mu.. aku takkan jadi kacang lupakan kulit...

    ReplyDelete
  2. Tun yang steady sentiasa.. mmg best klu Tun dapat debat dengan guan eng hawau tu.. confirm kena telanjang komunis tu..

    ReplyDelete
  3. den memang respek habis Tun, kalu suruh dia jd PM semula pun den sanggup undi. PM selepasnya masih terlalu lemah dgn dgn ugutan2 tk akan memihak pd BN.


    jebat melaka

    ReplyDelete