Pages

Friday, February 24, 2012

Guan Eng gagal jawab 20 soalan skandal tanah Bayan Mutiara !






Ketua Menteri, Lim Guan Eng masih gagal menjawab 20 soalan mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara yang dikemukakan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Zainal Abidin berkata, daripada 25 soalan yang dikemukakan melalui laman sosial Twitter sejak beberapa minggu lalu, Guan Eng hanya menjawab lima soalan, itu pun tidak menepati kehendak sebenar soalan.

“Setakat ini, dia hanya menjawab lima soalan saya, itu pun tidak memuaskan hati kerana jawapannya seolah-olah ada muslihat yang ingin disorokkan. Guan Eng perlu ‘gentleman’ dalam hal ini kerana rakyat berhak untuk mengetahui hal ini dengan lebih terperinci,” katanya.
L
Menurutnya, soalan yang dikemukakannya sejak tiga minggu lalu itu, antaranya ialah mengapa tanah itu dijual kepada pihak swasta dan tidak dijual kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedangkan ia mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam projek pembangunan selama ini.

“Dia (Guan Eng) tidak menjawab soalan kerana lain yang ditanya,lain yang dia jawab. Dia juga menuduh saya tidak faham Bahasa Inggeris kerana tidak memahami kandungan surat yang dikeluarkan Ivory Properties serta menyindir supaya tanah itu dibeli Umno jika tidak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan.

“Saya mendesak agar dia menjawab 20 soalan lagi dengan fakta dan bukannya penuh muslihat, berdolak-dalik serta cakap politik semata-mata,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Zainal Abidin berkata, beliau mempunyai surat yang dikeluarkan Ivory Properties bertarikh 11 November 2011 yang menyebut bahawa tanah itu dimuktamadkan harganya melalui rundingan antara syarikat itu, Ketua Menteri yang diperbadankan serta PDC.

“Kenyataan ini bukan saya yang reka, tetapi ia tertera dalam dokumen berkenaan dan saya ada menyimpannya sebagai bukti.

"Oleh itu, saya minta Guan Eng menjawab semua 25 soalan berhubung isu tanah ini melalui twitter dengan baik dan bukannya cara berbelit-belit dan berdolak dalik," katanya.

Guan Eng juga, katanya, bertindak di luar tabii apabila mendesak pemimpin pembangkang di Pulau Pinang untuk meletak jawatan.

Sebaliknya, adalah menjadi amalan biasa pembangkang untuk mendesak pemimpin Kerajaan Negeri meletak jawatan jika melakukan kesilapan.


Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment