Pages

Wednesday, August 10, 2011

Hero Harimau Malaya Safee Sali diintai kelab Bundesliga Jerman




Selepas menjadi pemain negara pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL), penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali terus mengukir sejarah tersendiri selepas dikhabarkan menjadi buruan kelab Bundesliga.

Penyerang berbisa Pelita Jaya itu mendedahkan perkara tersebut selepas memaklumkan ada kelab liga Jerman sedia membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya.

Meskipun begitu, tawaran dibuat masih lagi diperingkat awal dan Safee enggan mengulas lebih lanjut:"Tawaran ini datang tepat pada masanya. Mungkin ini adalah betul-betul tawaran yang mahukan khidmat saya.

"Tawaran ini mungkin datang selepas saya menyertai skuad Malaysia menentang Singapura. Saya terkejut dengan panggilan ini, walaupun belum mendapat tawaran rasmi," kata Safee.

Safee turut menambah ia mungkin wujud selepas beliau berjaya membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF dan menyumbat tiga gol penting ketika perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Namun segala-galanya terletak pada pengesahan rasmi dari kelab Jerman dan kini masih belum mengetahui kelab mana yang bakal disertainya.

"Saya hanya mendapat khabar dari sana tetapi saya belum mendapat pengesahan jelas. Jadi saya tidak boleh komen terlalu banyak," katanya. -D5 Sports

2 comments:

  1. Go Safee Go...we support u all the way

    ReplyDelete
  2. PERGI EPL LAA..QUEENS PARK RANGERS!

    ReplyDelete