Pages
▼
Tuesday, August 9, 2011
Haramkah fitnah Pemuda UMNO nak guling Najib pulak
PETALING JAYA: Pemuda Umno tidak mempunyai perancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata beberapa pemimpin pergerakan itu yang dihubungi hari ini.
Mereka menolak dakwaan akhbar PAS, Harakah yang melaporkan kononnya lebih 100 ketua bahagian Pemuda Umno mengadakan mesyuarat pada 3 Ogos lalu bagi membincangkan perkara tersebut.
Harakah keluaran 8 – 11 Ogos melaporkan dari satu sumber Umno Pemuda Umno kecewa dengan sikap Najib yang mencari sokongan pelbagai pihak tetapi langsung tidak memberi muka kepada pegerakan itu.
Ketua Pemuda Umno bahagian Cheras Syed Mehdar Syed Abdullah berkata, `tidak ada pertemuan seperti dilaporkan Harakah.’
“Biasanya kalau Pemuda program saya akan tahu kerana saya orang lama. Tetapi hal ini saya tidak dengar langsung.”
`Tidak mungkin’
Beliau juga menegaskan tidak mendengar apa-apa cerita bahawa ahli pergerakan itu mahu menjatuhkan Najib dari jawatan perdana menteri.
Dalam satu sidang media beberapa hari lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa dari sumber ada pihak yang mahu Najib berhenti sebelum pilihan raya umum ke 13.
Seorang ketua lagi ketua pemuda Umno berkata, pertemuan pada 3 Ogos itu tidak ada dan tidak pernah berlaku sebelum sebagaimana dilaporkan akhbar Harakah.
“Tidak mungkin. Itu laporan yang diada-adakan kerana kalau ada perjumpaan tentu saya tahu,” kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Datuk Suhaimi Shahdan yang dihubungi hari ini.FMT
Komen GPB
Tak habis-habis lagi fitnah juak2 PAS di bulan Ramadhan ini untuk mengelirukan ahli UMNO . Terbaru beberapa Ketua Pemuda Bahagian pulak dituduh berkomplot mahu jatuhkan PM .
Nampak jelas Haramkah dan PAS sudah kering modal untuk menghancurkan UMNO dari dalam setelah beberapa kenyataan pemimpin UMNO menafikan termasuklah Tun Mahathir sendiri .
puas aku fikir kt mana hebatnya pas berbanding umno. nampak jumud partisan lebih kurang sama je. kalau pd serban, ramai dh pemimpin pas campak serban sebab segan bila 'ngeteh' dgn biaDAP. oh ye, aku lupa, pas hebat mencipta tohmahan, fitnah & sumpah seranah, x kira bulan posa. ok2, aku mengaku pas lebih hebat dpd umno.
ReplyDelete