Pages
Monday, May 31, 2010
Hentikan segera kezaliman terhadap sukarelawan Palestin - Ahmad Maslan
kenyataan ketua penerangan umno malaysia, YB Dato Ahmad Maslan yang membantah kekejaman regim zionis Israel .
'hentikan segera kezaliman terhadap sukarelawan palestin. kita amat kesal dengan apa yang berlaku di atas serangan regim zionis israel terhadap sukarelawan bermisi suci bagi membantu rakyat tertindas dan terkepung di gaza.
kita mengutuk sekeras-kerasnya apa yang telah berlaku dan ini adalah satu lagi siri kezaliman pembunuhan tanpa peri kemanusiaan regim zionis.
mereka yang dibunuh dan dicederakan itu adalah wira,pejuang dan bunga bangsa.mereka yang menjadi sukarelawan itu akan dikenang tercatat dalam lipatan tinta airmata sejarah rakyat palestin yang tidak kunjung padam dizalimi.
kita berharap kutukan keras mayarakat dan kerajaan antarabangsa termasuk amerika syarikat akan menghentikan pebuatan durjana ini. sementara itu marilah umat islam di malaysia mendoakan agar sukarelawan yang ada diselamatkan segera dan kezaliman itu dihentikan serta merta'.
Tragedi Fortilla , Israel attack konvoi kapal pengaman di GAZA
Assalamualaikum sahabat..., permintaan doa kecemasan daripada anggota keselamatan kita di Gaza...
Israel laknatullah telah menyerang konvoi kemanusian LL4Gaza di perairan Gaza sebentar tadi. Kapal Mavi Marvara telah ditembak dengan helipkopter. Menurut berita dari Al Jazeera , lebih 10 orang dikatakan terbunuh dan berbelas lagi yang cedera. klik di sini
Nasib seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara", yang diserang tentera Israel pagi Isnin dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
Bila Hj Hadi Awang tak tau Anwar janji TPM kepada Cina DAP
Komen PB
Lihat lah sendiri , buat keputusan tak ada bincang pun ..tak sangka antara pimpinan dalam Pakatan sendiri pun ada masalah komunikasi . hahaha kelakar betul .. Ini lah Pakatan Rakyat yang pandai janji bulan dan bintang tetapi rakan2 nya sendir pun tak tau pun tentang janji itu .hahaha
Yang depa tau nak jatuhkan kerajaan BN dan mahu ke PUTRAJAYA ..
Sunday, May 30, 2010
Khalid Nordin harus bertanggungjawab forum hina Tun M diadakan di UM
Bila PB membaca Utusan hari ini , terdapat sebuah forum yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, kelmarin yang berkisar tentang buku tulisan Barry Wain mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Difahamkan dalam forum tersebut, Wain yang merupakan penulis buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbelent Times bersama dua lagi ahli panel menghentam mantan Perdana Menteri. Buku tersebut mencetuskan kontroversi kerana ia memuatkan penulisan yang menghina kepimpinan negara dan institusi Raja-Raja Melayu.
Forum itu yang berselindung atas nama wacana ilmiah dan menganalisis buku, menjadi medan menyerang Mahathir, Melayu dan kerajaan. Khabarnya beberapa ahli akademik terkejut dengan pengisian forum itu yang dihadiri kebanyakannya peserta bukan Melayu.
Kepada Kementerian Pengajian Tinggi diketuai Khalid Nordin dan Timbalannya Saifuddin Abdullah , PB ingin tanya mengapa forum seperti itu diadakan di universiti awam seperti UM ?
Kenapa Universiti Malaya ini liberal sangat kepada pihak yang cenderung memperlekehkan pemimpin dan kerajaan ?
Wain sendiri mengaku ketika syarahan bahawa jika dia menulis buku mengenai Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) seperti yang dibuatnya terhadap Dr. Mahathir, dia sudah pasti ditangkap pihak berkuasa negara itu.
Nampaknya Menteri Pendidikan Tinggi tidak faham ke atau buat2 tak faham mengenai kesannya jika membuat forum ini di kawasan universiti ??
Aku syorkan gugurkan sahaja Khalid Nordin ini dari Menteri KPT , student yang benci kerajaan pun kerana meluat dengan dia la .. tidak mesra dengan pelajar berbanding dengan Timbalannya.
Bila Asri marah dengan UMNO dan memuji PAS
PB cukup terkejut dengan kenyataan terbaru artikel Dr Asri dalam Malaysiakini iaitu ULAMA UMNO BAKAR KAPAL.
Semua isu yang dilaksanakan kerajaan dibantah keras oleh Dr Asri seperti isu sebat, masuk masjid, peguam syarie bukan Islam yang jelas bercanggah dengan majoriti alim ulama Malaysia .
Contoh dalam dalam isu peguam syarie bukan Islam , Dr Asri mudah menyatakan selama 50 tahun negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.
Selain itu , beliau menyatakan agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam . Malah beliau juga mendakwa generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.
Siapa generasi Islam terpelajar ini ?? Adakah puak2 generasi Islam liberal seperti khalid gereja dan geng sister in Islam ?? Adakah pelajar2 pondok agama ini juga bersetuju pandangan Asri ini ??
Dalam isu kalimah Allah sendiri , fahaman yang dibawa Dr Asri yang jelas bercanggah dengan IJMAK ULAMA dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah pandangan Dr Haron Din sendiri menyatakan bahawa kufur jika sokong penggunaaan kalimah Allah oleh agama lain .
Asri dengan hebatnya memuji PAS sekarang yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. hahaha ..cukup kelakar sekali pandangan Asri yang bersekongkol dengan parti yang menjadi pelacur politik sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk politik .
Biar lah UMNO dikerumuni orang yg narrow minded seperti Asri cakap demi pertahankan kesucian agama Islam .
Pandangan PB mengenai Dr Asri ini adalah beliau adalah seorang pemimpin Islam yang mahu buat reformasi agama dam pembaharuan seperti mana pengasas Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi ( Ibnu Taimiyyah ) .Pemikiranya menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara di Arab Saudi .
ikuti juga pandangan Sdr Panglima Perang Cyber Dr Asri Panas Hati Kerana UMNO Tetap Menolak Fahaman Wahabi
baca juga di sini isu fahaman puak Wahabbi menyatakan "Allah Bertempat " dan jawapan oleh JAKIM
Siapa puak Wahabbi ini ?? klik di sini
Saturday, May 29, 2010
Bila Anwar nak gadai TPM kepada Cina jika Pakatan menang PRU 13
KUALA LUMPUR 28 Mei - Masyarakat Cina diingatkan tidak mudah terpedaya dengan gimik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji melantik Timbalan Perdana Menteri di kalangan kaum itu jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling meskipun tawaran itu kelihatan 'menarik' bagi kaum berkenaan namun ia hanya akan mengundang implikasi paling buruk dalam konteks perpaduan antara kaum.
Jika itu yang berlaku, katanya, Malaysia akan berhadapan dengan krisis pertelingkahan kaum serta politik paling hebat dan sekali gus boleh melumpuhkan sistem ekonomi negara.
''Saya bercakap atas dasar fakta. Anwar dan rakan-rakannya sibuk memperjuangkan dasar kesamarataan tetapi adakah mereka tahu kesannya kepada negara? Adakah strategi politik seumpama ini memberi faedah kepada negara?
''Selama ini kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Orang Asli hidup dalam keadaan harmoni dan ini adalah hasil daripada wujudnya struktur pemerintahan seperti sekarang. Adakah kita mahu korbankan keharmonian ini semata-mata mahu menjayakan permainan politik sempit Anwar?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas gimik politik terbaru Anwar yang dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang disiarkan 26 Mei lalu berjanji akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Dalam pada itu, Zainal berkata, meskipun kaum Cina tidak diberi memegang jawatan nombor dua dalam Kabinet, kerajaan tidak pernah sekalipun mengabaikan masa depan mereka malah kaum berkenaan telah diberi peluang seluas-luasnya untuk membina kekayaan tanpa sekatan.
Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain pula berkata, tindakan Anwar itu boleh mencetuskan ketidakstabilan politik secara berpanjangan kerana ia didasari pada satu sistem yang tidak realistik.
''Mengapa saya berkata demikian? Ini adalah kerana tindakan Anwar itu langsung tidak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang mana ia telah mengambil kira kepentingan semua kaum,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau amat berharap kaum Cina di negara ini tidak mudah terpedaya dengan gimik politik terbaru Anwar.
''Janganlah kita korbankan kesenangan dan kemewahan yang dikecapi sekarang semata-mata untuk memenuhi hasrat politik Anwar,'' ujarnya.
Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai satu bentuk strategi politik terbaru khusus untuk meraih sokongan kaum Cina.
''Apakah muslihatnya hanya Anwar sahaja yang tahu. Persoalannya sekarang adakah Anwar benar-benar akan menunaikan janjinya?
''Berbanding kerajaan sekarang polisinya lebih terbuka dan jujur. Selama ini pun pemimpin kaum Cina tidak pernah disisihkan. Mereka sentiasa diberi peluang memegang pelbagai jawatan penting dalam Kabinet,'' katanya lagi.
SOKONG PAKATAN BERMAKNA ANDA SOKONG DAP MENJADI TPM
Friday, May 28, 2010
Anwar sudah janji jika Pakatan memerintah negara ini , TPM 2 adalah untuk DAP
Diatas adalah kenyataan Anwar yang disiarkan Nanyang Siang Pau semalam Mei 26 Jun, 2010. Maaf saya pasti anda tidak faham apa yang tertulis. Berikut adalah terjemahannya.
Pendikata, Anwar sedia menawarkan pada Cina jawatan Timbalan Perdana Menteri Dua dari DAP, jika Pakatan Rakyat memerintah. Siapa pula ditawarkan jawatan Perdana Menteri Pertama?
Mana dia tahu DAP yang mempunyai lebih kerusi dari PKR sekarang sedia terima jawatan TPM2 dan bukan jawatan PM itu sendiri atai TPM1?
Mana dia tahu dia masih ada untuk PRU akan datang? Beberapa soalan Karpal di Mahkamah nampaknya sudah menjurus seolah-olah Anwar sudah bersalah. Nampaknya Anwar akan masuk kembali ke penjara melainkan kalau dia melarikan diri ke luar negara dan mendapatkan suaka politik dalam masa terdekat ini.
Kita terus dengan keratan akhbar mengenai Anwar lagi berikut:
Terjemahannya:
Nampaknya bunyi macam janji-janji Sepetember 16 2008.
Kalau ikut Anwar, PAS tidak akan dapat pegang apa-apa jawatan tinggi, kerana TPM1 akan diberikan kepada Sabah atau Sarawak. PAS akan jadi keldai yang digunakan tapi hanya dikasi makan rumput kering. Jentera mereka yang akan bekerja keras tapi PKR yang tidak ada jentera akan jadi PM dan DAP yang cucuk hidung mereka masih dapat jawatan dan pegang kuasa sebenar.
Apa hal pun, inilah yang dikatakan Anwar pengkhianat bangsa. Lihatlah bila DAP memegang kuasa di Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang mana majoriti masih orang Melayu. Bagaimanakah layanan yang dibuat ke atas orang Melayu dan minoriti seperti India?
Anwar sedia berjanji kerana dilihat pengundi Cina dah bersatu menyokong DAP dan dia sanggup apa saja asal dapat lepas dari merengkuk dalama penjara atas kesalahan sendiri.
Dia sanggup kaum bangsanya menjadi mangsa seperti mana DAP menuntut hanya kepentingan bangsa Cina saja tanpa mengira untuk berlaku adil pada bangsa2 lain, tak kira di Semenanjung atau Sabah/Sarawak. Padanya asal dia jadi PM.
DAP dan pengundi Cina jangan jadi bodoh percaya dia ada lagi kuasa semasa itu. Dia tidak ada masa lagi. Menunggu masa untuk masuk penjara kembali.
sumber : the unspinners
Thursday, May 27, 2010
Skandal Pasir ada kaitan MB Selangor dan gengster
Ramai orang terkejut beruk semalam apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam perlu menghadapi sebarang akibat apabila beliau "menyerang" Kumpulan Semesta.
Semalam rumah dan kereta Manickavasagam disimbah dengan cat merah. Penulis tidaklah hairan sangat kerana gangster curi pasir di Selangor ni memang ganas. Cuma betul disimbah atau disimbah sendiri satu hal lainlah kerana Manickavasagam ini pun terkenal dengan kaki pusing cerita dan buat publisiti untuk diri sendiri.
Yang buat ramai terkejut beruk ialah apabila TV3 menanya Khalid mengenai kejadian tersebut, Menteri Besar itu dengan selamba berkata (lebih kurang begi terjemahannya) "Saya telah katakan kepada Ahli Parlimen Kapar, jika beliau bersedia mendedahkan isu pasir ini, beliau harus bersedia menghadapi akibatnya".
Kenyataan ini boleh membawa makna Khalid seolah-olah merestui kejadian simbah cat tersebut. Ini juga boleh memberi implikasi bahawa MB Selangor melindungi pencuri pasir.
Khalid sepatutnya menyiasat apakah benar Kumpulan Semesta dan adiknya Cikgu Man bersengkongkol dengan penyangak-penyangak pasir terutamanya di Kuala Selangor. Kerap benar orang melihat cikgu Man minum bersama seorang kepala Gangster curi pasir berbangsa Cina.
sumber dari MyKMU
Anwar janji TPM dapat kepada DAP jika PRU 13 menang , PAS dapat apa ???
Anwar didalam satu temuramah dengan akhbar berbahasa cina Nanyang Siang Pau, telah berjanji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada kaum cina DAP jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum akan datang.
Anwar juga telah memberi jaminan bahawa kaum cina tak akan dipinggirkan didalam jawatan-jawatan kanan pentadbiran kerajaan seandainya dia berjaya menjadi Perdana Menteri nanti.
Saya terfikir, bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Pas? Mungkin Hj Hadi hanya layak diletakkan sebagai Menteri Alam Sekitar sahaja kerana keHIJAUan flora dan fauna amat sinonim dengan Pas.
Nik Aziz pula mungkin hanya layak sebagai Menteri Penerangan kerana dia amat mahir didalam bab-bab memutarbelitkan kenyataan dan juga fatwa-fatwa meng"halal"kan tindak tanduk kerajaan Anwar.
Yang saya nampak, cuma inilah saja yang bakal diperolehi oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pas ini.
Didalam percaturan politik Anwar Ibrahim, Pas langsung tidak dipandang tinggi. Bagi Anwar, pemimpin-pemimpin Pas hanyalah umpama budak suruhan yang digunakan untuk membuat kerja kotor serta membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh DAP dan PKR.
Pas dimata Anwar hanyalah satu medium baginya untuk meraih sokongan bangsa melayu didalam memastikan mimpinya menjadi menjadi Perdana Menteri tercapai. Tak lebih dari itu.
Bagi saya, amat malang sekali nasib pemimpin-pemimpin serta jemaah Pas kerana masih "buta" untuk menyedari hal ini. Mereka telah ditipu hidup-hidup oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini tanpa langsung mereka sedar.
Jika ini keadaannya, bagaimanakah Pas mampu merealisasikan impian ntuk menegakkan undang-undang Islam di negara ini? Setakat jawatan Menteri Alam Sekitar kepada Hj Hadi dan juga Menteri Penerangan kepada Nik Aziz, Pas nyata tak mempunyai suara langsung didalam barisan kabinet Anwar nanti.
Yang paling malang, Pas terpaksa "tunduk sujud" dibawah "tapak kaki" cina DAP yang menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tambah-tambah pula jika Karpal atau Gobind diberikan jawatan Menteri Dalam Negeri, lagilah ulamak-ulamak politik Pas menikus menyorokkan kepala mereka didalam jubah sendiri.
Saya yakin jika ini semua ditakdirkan Allah SWT menjadi kenyataan, akan terkebil-kebil lah mata jemaah Pas sekalian.
Nak marah tak boleh kerana mereka juga yang beria-ia benar menyokong Anwar dan memuja kafir DAP sebelum ini. Nak minta tolong kepada Umno pun tak boleh juga kerana Umno telah mereka "kafirkan" selama ini dan melayu/Islam didalam Umno juga telah mereka ishtiharkan sebagai "musuh yang nyata".
Nak memohon doa kepada tuhan pun pastinya mereka malu kerana selama ini merekalah yang beria-ia benar mahukan kerajaan BN/Umno tumbang dan digantikan dengan pemimpin terulung seperti Anwar Ibrahim.
Maka, terpaksalah mereka gagahkan diri berkhidmat kepada kafir harbi DAP yang menjadi "tuan" mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri di Tanah Melayu ini.
Tunduk sujudlah semua jemaah Pas kepada kaum kafir yang mereka angkat sebagai "Khalifah" walaupun mereka didalam keadaan terpaksa.
Apa nak buat, nasi sudahpun menjadi bubur. Suka tak suka, terpaksalah terima kerana itulah pilihan mereka.
sumber : che wan
Bila Stesen keretapi nostalgia Tanjung Pagar ditutup
jutaan ringgit di Marina Bay . Kalau kekalkan Tanjung
Pagar station tak dapat bangunkan pun kawasan itu , tetapi
tanah di sini boleh dibangunkan dan ia memberi pulangan
jutaan ringgit kepada negara.
Marah betul penulis seperti Pena Minang dan orang yang komen di sini (di penghujung artikel)
Ada yang kata selepas Abdullah Badawi beri percuma minyak kepada Brunei, kenapa pula Najib pun jadi bodowi?
Terpulanglah pendirian anda.
Mereka kata PM Najib kena tipu dek Singapork, menggadai harta negara dan sebagainya.
Biar saya beri pandangan sebagai warga Selatan yang mempunyai status penduduk tetap Malaysia. Seorang yang duduk di Temasek dan juga KL. Dan yang sayang terhadap kedua-dua negara.
Tak semestinya pandangan ini benar. Itulah saya panggilnya 'pandangan' dan 'perspektif', bukan 'fakta dan 'dalil'.
Apabila kedua-dua negara berpecah - Malaysia menghalau Singapork - tertinggal beberapa isu yang dulunya no problem kerana dalam satu negara.
Kontrak air, Pedra Branca (kerana Singapork dan menang pulau ni cara adil, kami tak panggil pulau ni Batu Putih, tapi namanya yang kami di Temasek lebih suka, the historic name, Pedra Branca), isu pesawat pejuang RSAF terbang di angkasa Johor, dan ada lagi beberapa yang lain.
Dalam perjanjian yang saya faham stesen Keretapi Tanah Melayu itu wajib digunakan sebagai stesen keretapi saja.
Dan selagi stesen itu digunakan, tanah di situ dan semua tanah railway line dari Tanjung Pagar hingga ke Woodlands, Singapore tak boleh kacau langsung.
Tapi Malaysia pun TIDAK BOLEH membangun tanah itu menjadi benda lain. Misalnya, KL tak boleh suka-suka tutup stesen selama lima tahun sebab nak mendirikan bangunan 50 tingkat kat atas tanah itu, dan di bawahnya ada stesen keretapi.
Apabila berhenti saja stesen itu digunakan sebagai stesen untuk tren, tanah itu dan tanah railway line hingga ke Woodlands akan pindah ke tangan Singapork.
DAPAT TANAH MARINA BAY - MAHAL OI!
Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan dulu dah buat perjanjian lain untuk menyerahkan tanah itu kepada Singapore dengan diganti tanah lain. Beliau sign dengan Lee Kuan Yew.
Jadi pada saya, apa yang dilakukan oleh PM Najib itu sesuatu yang bijak.
Apapun ia hasil dari apa yang Daim dah sign. Najib hanya kena ikut perjanjian.
Macam Badawi dah beri minyak tu kepada Brunei, Najib tak boleh buat apa-apa.
Yang lebih penting ialah ini:
Dulu, sehingga dunia kiamat pun stesen itu akan tetap stesen yang pekak dan tua.
Kamu di Malaysia pernah pergi ke Stesen Tg Pagar ini?
Satu Singapore tertawakannya sebagai 'tanah Malaysia' (Malaysia's land).
Beberapa tahun lalu, saya bawa rakan makan tengah hari di situ. Komen beliau: Ini betul-betul macam Malaysia, car park tanah tak rata, kantinnya kotor. Orang parking sebarangan.
Tempat tu kotor macam kat longkang Datuk Keramat. Maaflah, tapi Keramat ni tempat saya, jadi saya nak marah pun tak apa. Nak makan pun takut, atau kita buat tak nampak tempat tu kotor.
Di dalam stesen tu ada 3-4 gerai makanan Melayu yang popular dengan orang Melayu. Tapi punyalah kotor, buat malu Malaysia.
Pemerintah Singapork tak boleh kata apa-apa sebab itu tanah Malaysia. Temasek tak boleh kasi warning tentang kekotoran dalam stesen tu sebab tanah Malaysia.
Kerja pembersihan tugas KTM.
Kini, PM Najib akan menguntungkan (ini pendapat saya) negara Malaysia.
Ini kerana tanah di Tg Pagar ni (dalam kawasan parlimen MP paling terkenal di Singapore, Lee Kuan Yew) dah naik harga hingga mencecah berjuta dollar/ringgit.
Tapi Malaysia tak dapat mendapat keuntungan jika stesen tetap stesen. Sebab perjanjian hanya membenarkannya menggunakan tanah itu sebagai stesen keretapi.
Brader dan datin,
Zaman low-cost airline ni, ramai lagi ke orang naik keretapi ke Singapork?
Zaman kereta laju, empat jam boleh pandu kereta dari KL ke Orchard Road. Ini bukan zaman P.Ramlee.
Zaman bas express, kamu nak ke Orchard masih nak naik train ke? Sedikit betul orang yang naik train tidak seperti dulu.
Walau ada nostalgia, Malaysia akan untung berjuta-juta ringgit jika 'beri' tanah itu kepada Singapura.
Sebab bukan pemberian percuma.
Malaysia dapat tanah yang sama harganya dengan market price tanah Tg Pagar Station itu!
Tanah yang akan diberikan ialah di Marina Bay. Financial district Singapork baru yang sedang naik!!!
Guarantee dalam tahun-tahun di hadapan harga tanah ini akan melambung, dan Malaysia boleh jual.
Atau membina bangunan pencakar langit, lepas tu disewakan! Dan Malaysia akan dapat membangun tanah di Bukit Timah dan Kranji yang kini hanya tanah keretapi dan tak boleh digunakan buat benda lain. Kamu buatlah kondo atau office block. Tentu banyak untung.
Dan antaranya lagi, pembangunan tanah dilakukan bersama dengan Singapore.
Dalam isu ini, kalau pegawai Malaysia bodoh tak pandai negotiate, memang betullah kena tipu. Tapi secara prinsipnya, ia baik untuk kedua negara, pada pendapat rusagurun di Tucson.
Dan Malaysia juga dapat tanah lagi dekat Ophir Road, tempat business kelas sederhana di Temasek.
Beb, tanah di Singapore dari saya kecil hingga 50 tahun ni, naik gila-gila. Kamu dapat hari ini, jika dapat buat bangunan lepas tu sewakan atau dijual, guarantee untung.
Jadi terpulanglah.
Kamu nak nostalgia ada stesen usang dan kotor, buat malu nama Malaysia dan Melayu.
Atau dapat tanah bernilai berjuta dan boleh dimajukan bersama.
sumber : remgold
Link
Penjelasan Dato Shahrir Samad mengenai isu tanah KTMB di Singapura
Wednesday, May 26, 2010
Bila Prebet KJ kembali dari medan perang...
ada berani ke masuk latihan askar ??
Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.
“Saya masih muda, ada kudrat sikit, sebagai orang muda kita kena lalui dari bawah sepertimana 86 rekrut lain, dalam askar tiada jalan pintas, saya masak, makan, minum, mandi dan bekerjasama dalam apa juga keadaan” katanya.
Beliau sifatkan latihan Askar Wataniah lebih mencabar dan lasak walaupun selama sebulan berbanding Latihan Khidmat Negara (LKN) yang mengambil masa selama tiga bulan.
“Sebulan, lihatlah saya dah kurus dan rentung…walaupun azab seksa, kena kawad dari pagi sampai petang dan pernah sampai tengahmalam, kena ‘pumping’ berpuluh kali, tukar baju tujuh lapan kali, kena buat dan rasa dulu, kita jadi contoh pada golongan muda,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.
Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.
Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera. - BERNAMA
Tuesday, May 25, 2010
RPK simpan gay boy dalam rumah di London?
Oleh UNTA BELANG, Malaysia Instinct
Bukan main lagi nampaknya Raja Petra Kamaruddin berucap persis seorang hero di depan lebih 300 orang di London baru-baru ini. Dengarnya, semua yang hadir perlu diperiksa dulu beg masing-masing, mungkin dia takut ada SB dari Bukit Aman 'join' ceramah itu kot.
Pengendali Malaysia Today itu menghilangkan diri sejak lapan bulan lalu selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah MansorLebih gempak lagi, kehadirannya kali ini dikatakan siap dengan bodyguard lagi.
Entah Yahudi mabuk manalah yang dia upah untuk jadi bodyguard dia. Tapi biasalah, bila di London, semuanya jadi glamour, silap haribulan bodyguard yang dia bawa tu cuma setaraf dengan pengamal keselamatan Sekolah Kebangsaan Taman Melawati je. Cuma bila di London, yang hampas pun boleh tukar jadi baja, yang taik pun boleh tukar jadi bunga!
Seperti biasa, RPK terus memekak macam anjing Rottweiler menyalak kat Batu Caves, dengan harapan Batu Caves tu akan runtuh dan menyembah kedua-dua belah kakinya. Sayangnya dia lupa pepatah orang Melayu, bagaikan anjing menyalak bukit itu maknanya satu perbuatan yang dilakukan secara sia-sia.Yang paling lawak, dia minta kerajaan Malaysia tuduh dan dakwa dia di mahkamah United Kingdom, bukan di Malaysia.
Kononnya dia ikut falsafah Sun Tzu - Berlawanlah Di Wilayahmu. Baik kalau kita akur dengan permintaan RPK, maknanya semua suspek atau penjenyah di Malaysia boleh pergi mana-mana saja di dunia ini. Jangan risau, kalau ada pertuduhan, kerajaan akan menyediakan tiket penerbangan dan penginapan kepada polis, pendakwaraya serta saksi untuk ikut buntot para suspek dan penjenayah mengikut negara mana yang mereka selesa atau ingin dibicarakan.Kalau RPK oklah, dia banyak 'funder'.
Dia boleh pilih UK sebagai tempat perbicaraan, tetapi kalau suspek tu orang Rwanda, kita nak bicara kat mana lak? Silap haribulan terpaksa bicara bawah pokok, macam Nizar dan kengkawannya bersidang di Ipoh dulu. Apa punya tuurrrrr!!!!RPK dalam ceramahnya juga berulangkali mengutuk Rosmah yang menurutnya sering campur tangan dalam pentadbiran negara termasuk dalam urusan penghakiman.Amboi sedapnya dia membuat tuduhan. Apatah lagi bila dia hanya bercakap tanpa memberikan walau satu bukti pun, waima sehelai kertas, bagi membuktikan dakwaannya itu.
Kalau begitu, Unta Belang juga boleh menuduh RPK simpan gay boy dalam rumahnya di London bagi memuaskan nafsu serakahnya. Marah?
Oh RPK tak boleh marah, jika dia menuduh Rosmah tanpa bukti, maknanya orang lain seperti Unta Belang pun boleh buat benda yang sama terhadap dirinyaSebab tu Unta Belang setuju sangat dengan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mengingatkan RPK bahawa dia tidak akan dapat lari seumur hidup daripada undang-undang Malaysia.
Tegas Rais, meskipun berlindung di London yang penuh dengan cara hidup seronok yang diharungi pengendali portal berita antikerajaan Malaysia Today itu, kesalahannya yang sedang disiasat di sini ‘tidak akan habis dengan pukulan kata-kata sinis’ semata-mata."Suatu hari dia akan bertemu buku dengan ruas, perilakunya sebagai pelarian hanya sementara sahaja.
"Kesalahan yang dilakukannya di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kesalahan yang sedang dihadapinya di bawah undang-undang negara ini akan mengekori sepanjang hidupnya,
"Malah Rais turut menyifatkan Raja Petra sebenarnya sudah tidak ada lagi perasaan atau kecenderungan hati untuk bertindak sebagai anak watan Malaysia.
"Dia lebih cenderung menyerah nasib kepada sistem keadilan negara asing berbanding sistem di tanah air sendiri.
"Ini bukan tersandar pada prinsip yang utuh tetapi pada rasa cemas untuk melakukan kesalahan terhadap negara sendiri," kata Rais lagi.
Unta Belang percaya, selepas ini RPK akan terus buat road show bagi menjelaskan 'kemungkaran dan kemunafikan' yang kononnya terjadi di Malaysia dibawah kepimpinan Najib.Tetapi percayalah, makin lama dia buka mulut, dia sebenarnya telah membongkarkan 'kemungkaran dan kemunafikan' dirinya sendiri!
sumber : The Unspinners
Ahli PAS Alor Setar sertai UMNO , PAS semakin gelabah
ALOR SETAR 25 Mei - Seramai 51 ahli Pas dalam bahagian Alor Setar bertindak keluar parti dan menyerahkan borang menyertai UMNO malam tadi.
Permohonan tersebut diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada majlis Ceramah Rakyat di Alor Penyengat, dekat sini.
Penyerahan itu dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Alor Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, yang telah memohon menyertai UMNO pada 11 Mei lalu.
Serentak dengan itu juga, Ahmad Bashah mengumumkan penubuhan cawangan UMNO Alor Penyengat yang merupakan kubu kuat Pas selama puluhan tahun. - Utusan
Komen PB
Kalau sebelum ini kita hanya dengar ahli PKR sahaja keluar parti , kini ahli PAS juga turut sama yang keluar parti kerana semakin kecewa dengan kepimpinan PAs hari ini yang menjadi kuda tungangan DAP dan PKR . Satu perkembangan yang menarik untuk politik di negeri Kedah sekarang ini yang panas dengan kononnya Dun Kedah akan dibubarkan .
Ini membuktikan PAS kini sudah kehilangan undi orang melayu apabila lebih liberal dan mengadai prinsip demi mencapai hasrat gilakan kuasa politik.PAS lebih gilakan sokongan bukan melayu,mereka sanggup kehilangan undi orang melayu demi mencapai matlamat mendapatkan sokongan bukan Islam . Baru baru ini PAS telah berjaya menubuhkan satu sayap parti yang boleh disertai oleh bukan Islam malah ahlinya yang bukan Islam turut sama boleh memegang jawatan didalam parti. PAS kini telah menjadi parti multracial sama seperti PKR dan DAP .
Mengenai penghijrahan ramai ahli Pas yang keluar parti untuk menyertai UMNO di Kedah ini , sebenarnya bukan kerja senang mahu tarik sokongan daripada ahli2 PAS di Kedah menyertai UMNO. Ini kerana sikap ahli PAs di Kedah ini tidak ubah seperti ahli PAS di Kelantan yang begitu taksub terhadap PAS. PB sendiri mempunyai saudara mara di Kedah yang cukup taksub menyokong PAS dan ia bukan kerja mudah untuk pengaruhi mereka sertai UMNO .
Jadi, syabas PB ucapkan kepada UMNO Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Shafie dan Datuk Ahmad Bashah yang bekerja kuat untuk menguatkan semula UMNO di Kedah .
MB Selangor dicabar gantung sementara operasi KSSB
SHAH ALAM 24 Mei - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa menggantung sementara operasi Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan dalam syarikat itu.
Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, penggantungan itu perlu dilakukan serta-merta bagi mengelak kemungkinan pihak tertentu cuba melupuskan bukti sekiranya benar wujud penyelewengan dalam anak syarikat di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) itu.
Malah penggantungan sementara, jelasnya, harus melibatkan setiap operasi yang dikendalikan KSSB iaitu daripada aktiviti perlombongan pasir sehingga kepada jawatan pegawai dan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut termasuk adik Abdul Khalid sendiri, Hajiman Ibrahim yang turut dikaitkan dengan dakwaan berkenaan.
''Sepatutnya Abdul Khalid mengarahkan penggantungan operasi dan aktiviti KSSB sementara pihak polis dan SPRM selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam anak syarikat kerajaan negeri itu.
''Sekiranya KSSB masih beroperasi seperti biasa, kita khuatir ia akan mempengaruhi hasil siasatan pihak berkuasa kerana ia terdedah pada unsur-unsur penutupan dan pemansuhan bukti-bukti yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut sekiranya ada," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Dr. Mohamad Khir, penggantungan operasi KSSB itu sebenarnya tidak akan mendatangkan kesan hasil pendapatan negeri memandangkan bidang kuasanya yang bertindih dengan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD).
Menurutnya, PTD sebelum ini bertanggungjawab mengutip doket pasir daripada syarikat perlombongan pasir sebagai hasil kepada kerajaan negeri.
Berbeza dengan KSSB, katanya, syarikat itu hanya berperanan sebagai orang tengah yang memperoleh tanah milik kerajaan negeri dan kemudiannya memberikan kontrak kepada syarikat perlombongan pasir dan menerima bayaran daripada syarikat-syarikat yang dilantik.
Dakwaan penyelewengan dalam KSSB mula tercetus apabila Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pada 12 Mei lalu, membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud amalan rasuah melibatkan pegawai atasan syarikat berkenaan.
Malah, Abdul Khalid turut mengumumkan akan merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung dakwaan penyelewengan itu agar satu pendengaran awam dapat dilakukan.
Ditanya langkah kerajaan negeri membawa dakwaan itu kepada Selcat, Dr. Mohamad Khir berkata, tindakan itu sebenarnya tidak wajar selain kemungkinan wujudnya penilaian berat sebelah dalam proses pendengaran berkenaan.
Katanya, jawatankuasa Selcat dianggotai ahli politik yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang daripada DAP, Teng Chang Khim.
''Apa yang boleh kita jangkakan apabila seorang ahli politik yang menyokong kerajaan negeri mengetuai dan mengendalikan sesi pendengaran awam mengenai dakwaan penyelewengan KSSB.
''Kita bimbang akan wujud penilaian berat sebelah dalam perkara ini. Malah yang kita khuatir ialah Selcat juga kemungkinan boleh dijadikan alat untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri," ujarnya.
Komen PB
Kalau Guan Eng boleh gantung sementara operasi 3 kuari di PP selama sebulan dahulu berhubung isu penyelewengan royalti , mengapa Khalid Ibrahim tidak mengikut langkah yang sama ?? Kalau dalam ceramah bukan main lagi cakap Pakatan merupakan kerajaan yang telus dan tidak korup seperti BN . Pirahhh....cakap tak serupa bikin
Thursday, May 20, 2010
BN berjaya membawa negara ke rangking 10 negara paling berdaya saing di dunia
Pelan Tranformasi Kerajaan yang dilakukan telah berjaya meletakkan kedudukan Malaysia berada dalam keadaan yang kondusif untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini. Satu petanda baik setelah peningkatan KDNK pada kadar 10.1% bagi suku pertama 2010 berbanding 4.4% bagi suku keempat pada tahun 2009.
Kadar efisiensi kerajaan Malaysia juga meningkat daripada tangga ke-19 pada tahun 2009 ke tangga ke-9 pada tahun 2010. Kedudukan yang lebih baik dari segi efesiensi kerajaan berbanding USA (22), United Kingdom (29), Turkey (47), Brazil (52), China (25) dan Russia (40). Kedudukan kadar keberkesanan yang lebih baik berbanding beberapa buah negara besar yang lain. Ini merupakan satu kebanggaan bagi rakyat Malaysia. Jagalah nama baik negara. Makmurkan negara ini, kekalkan kestabilan dan bersyukurlah dengan nikmat keamanan yang ada. Tahniah Malaysia.
Tuesday, May 18, 2010
PAS gadai kalimah Allah antara faktor kemenangan DAP di Sibu
Faktor kedua kemenangan DAP selain sentimen kuasa Cina adalah PAS telah jual kalimah ALLAH kpd gereja di Sibu . Nik Aziz sudah jual kalimah Allah demi kuasa poltitik walaupun mendapat tentangan oleh Dr Haron Din yang menegaskan DAP tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam kempen politik mereka .
Nik Aziz - Khalid - Dr Mariah adalah trio PAS yang hebat menjual kalimah Allah di Sibu hingga berjaya menarik sokongan pengundi Kristian di sana mengundi DAP . klik di sini
Skandal pasir bukti kerajaan Selangor juga korup & rasuah !!
SHAH ALAM: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) akan mengadakan perbicaraan umum berhubung dakwaan korupsi dalam syarikat milik penuh kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang terlibat dalam aktiviti melombong pasir di negeri itu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Speaker DUN, Teng Chang Khims hari ini, keputusan untuk mengadakan perbicaraan terbuka itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas hari ini.
Teng merupakan pengerusi Selcat yang turut dianggotai oleh empat wakil dari Pakatan Rakyat dan dua wakil Barisan Nasional.
Kenyataan itu juga menyebut, perbicaraan terbuka itu akan diadakan selama tiga hari bermula 2, 3 dan 4 Julai dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari di bangunan tambahan Sekretariat Negeri.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendesak pihak polis agar segera bertindak menyiasat ugutan bunuh yang dibuat ke atas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.
Katanya, ugutan seperti itu tidak akan melemahkan semangat Kerajaan Negeri untuk memerangi korupsi habis-habisan.
"Usaha Kerajaan Selangor tidak sama sekali akan terjejas dengan ugutan dan percubaan menakut-nakutkan wakil rakyat sepertimana yang berlaku ini dan kita berharap siasatan yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa akan dapat membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya ke muka pengadilan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada apa yang berlaku semalam yang menyaksikan rumah Manikavasagam di Meru disimbah dengan cat merah dan terdapat sekeping nota yang ditinggalkan di hadapan rumahnya yang berbunyi; “Jangan campur isu pasir. U mati.”
Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun berkata bahawa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar telah memberi jaminan kepadanya yang pihak polis akan melakukan yang terbaik dalam melaksanakan siasatannya nanti.
Manikavasagam sebelum itu telah membuat beberapa laporan polis berhubung ugutan membunuh yang dilakukan ke atasnya selepas beliau mendedahkan wujudnya penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang melibatkan anak syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd berhubung aktiviti perlombongan pasir.
Sementara itu di KLANG, Manikavasagam ketika ditemui berkata ugutan yang diterimanya itu tidak akan menjejaskan usahanya untuk terus bercakap mengenai isu tersebut.
Katanya perjuangan PKR ialah untuk menentang semua bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan korupsi di semua peringkat.
Dan tegasnya lagi, walaupun pendedahan yang dibuatnya itu melibatkan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri, ia tidak bermakna yang beliau bercadang meninggalkan parti itu tidak lama lagi.
Katanya, semua cakap-cakap itu adalah karut semata-mata.
Manikavasagam juga terharu dengan usaha yang dilakukan oleh penduduk-penduduk di kawasan yang diwakilinya apabila mereka berusaha memasang kamera tertutup di kediamannya selepas apa yang berlaku semalam.
Dalam pada itu, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor sedia anak syarikatnya disiasat berhubung dakwaan salahguna kuasa dan korupsi dalam aktiviti perlombongan pasir itu.
“Kami sedia disiasat oleh mana-mana pihak termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia asalkan ia dilakukan secara profesional dan telus,” kata Anwar, yang juga penasihat ekonomi negeri.
Kata Anwar, beliau telahpun bercakap dengan ahli parlimen Kapar itu dan juga menteri besar berhubung isu tersebut.
"Dan kedua-duanya bersetuju bahawa dakwaan tersebut patut disiasat oleh Selcat," kata Anwar lagi.
Setakat ini, anak syarikat kerajaan negeri itu menafikan semua dakwaan tersebut malah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli parlimen Kapar itu kerana membuat dakwaan tersebut. MSTAR
Link
Dedah pasir , MP Kapar kena ugut bunuh
Monday, May 17, 2010
Apakah Melayu akan terus melayu?
Pecah, pecah, pecah…sampai bilakah kita akan terus berpecah. Perpecahan umat Melayu Islam sudah sampai ke akar umbi. Mutakhir, kerabat diraja dilanda dengan perpecahan yang membawa kebimbangan patik.
Ia turut terbawa-bawa dengan pakar-pakar perubatan yang terlibat. Sebagai pacal yang hina dan rakyat jelata, izinkan patik menyorot sedikit fenomena nasib Melayu di bumi Melayu. Apakah petanda ini menunjukkan bahawa kita sudah tidak mampu bertahan lagi. Harap dijauhkan oleh Allah SWT.
Dalam aspek apapun, kita bermasalah. Politik, asyik berpecah. Ekonomi tidak kuat, hanya 8 orang tersenarai daripada 40 orang terkaya di negara kita. Pemilikan ekuiti bumiputera masih pada tahap di bawah 20 peratus. Mereka yang kaya, hidup dengan caranya kayanya. Kadangkala lupa memandang ke bawah bak kata pepatah, bila pandang ke langit, sudah lupa bumi yang dipijak. Dalam bidang Sosial, kita dilanda dengan pelbagai gejala sosial yang menakutkan. Saya amat yakin anak luar nikah yang dibuang dan dibunuh adalah dari kalangan kita.
Tahun 2009 sahaja, hampir 20 ribu anak luar nikah Islam dilahirkan dan didaftarkan. Ini belum termasuk mereka yang menagih dadah, berada di pusat pemulihan, di penjara dan berbagai tempat maksiat yang tidak senonoh dan gejala-gejala lain yang kita sedia maklum seperti tidak solat, merempit, pergaulan bebas, liwat, hasad dengki, bercerai dan sebagainya. Setelah dicampur-campur, berapa jumlah sebenarnya umat Islam yang baik dan berkualiti yang masih tinggal dan boleh diharapkan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia?
Jika kita lemah di sana, kuat di sini, masih tidak mengapa. Sekurang-kurangnya kita masih ada back up. Misalnya, ekonomi lemah, politik kuat boleh back up atau sosial lemah, ekonomi kuat back up, begitulah timbal balik seterusnya. Ini tidak, dari politik, sosial, ekonomi dan namakan apa sahaja bidang, boleh dikatakan semua kita lemah. Kita lemah atas bawah, depan belakang, kiri dan kanan. Saya tercari-cari di manakah sudut sebenarnya kita kuat? Apakah keadaan ini yang menyebabkan orang lain mengambil kesempatan?
Ini membuatkan saya mengimbau kekuatan Alam Melayu di zaman lampau, ketika mereka mula menerima Islam setelah sekian lama di bawah pengaruh Hindu-Buddha. Kenapa ketika Islam datang ke Alam Melayu 600 tahun lalu, umat Islam boleh menerima agama baru ini dan seterusnya melupakan segala persengketaan sesama mereka? Yang hanya ada dalam fikiran mereka adalah membina kekuatan dan keyakinan sehingga menjadi bangsa bertamadun. Terbukti, Islam berjaya menyatukan mereka. Melayu Islam menjadi umat yang kuat, gagah dan bertamadun. Kerajaan Islam Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia. Secara tiba-tiba nama Alam Melayu melonjak di mata dunia.
Tidak dapat dinafikan berlaku pasang surut apabila Alam Melayu mula ‘dijajah’ oleh barat. Itupun Tanah Melayu tidak dijajah dalam konteks yang sebenar, kerana raja-raja Melayu masih lagi menjadi ketua negara walaupun kehilangan sedikit kuasa. Penjajahan yang sebenarnya masih tidak berlaku kerana orang Melayu masih mempertahankan pemerintahan feudal ketika itu. Walaupun ada berlaku perebutan kuasa antara raja-raja ketika itu, tetapi ianya tetap dapat diselesaikan dengan cara berhikmah.
Kita lihat, semangat Melayu tidak pernah luntur. Sedaya upaya mereka cuba menghalau orang asing yang cuba menjajah mereka. Pejuang-pejuang ketika itu sanggup gugur dan ada yang syahid di medan perang. Kekuatan ini amat menakutkan barat. Terfikir saya, ke manakah hilangnya kekuatan tersebut? Apakah hari ini semangat tersebut telah hilang? Apakah kita sengaja membiarkan ia hilang atau ada perkara lain yang masih belum kita ketahui?
Ini menjadikan saya teringat protokol Yahudi zionis yang mahu menghancurkan Islam melalui pelbagai perancangan dan perencanaan mereka. Saya pernah terbaca Resolusi Mesyuarat Cendekiawan Zionis di Brussels, Switzerland tahun 1897. Intipati resolusi ini lebih kepada perancangan Zionis untuk menakluk dunia dari pelbagai sudut.
Sehingga kini, mereka tidak pernah putus asa untuk menguasai dunia, bermula degan menguasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan NGO antarabangsa. Dengan cara itu mereka dapat menguasai ekonomi, politik, kewangan, sosial, agama dan semuanya seperti yang dirancangkan. Tidak ada satu pun sejarah besar dunia yang tiada kaitan dengan Yahudi. Sejarah dan bukti kini menceritakan segala- galanya.
Di negara kita misalnya, jika kita tidak bijak menguruskan kepelbagaian kaum di tanah air tercinta ini, sudah lama Yahudi Zionis mengambil kesempatan untuk menapak. Mujur dengan kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu dan kini, keharmonian kaum dapat dibentuk melalui penguatkuasaan undang-undang serta dasar-dasar kerajaan walaupun ada segelintir yang menjadi gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam.
Orang-orang Yahudi mempercayai bahawa mereka adalah tuan kepada dunia ini dan mereka tidak pernah percaya kepada orang lain. Kalau boleh mereka menghapuskan semua agama, terutama Islam dan seterusnya menjadikan orang lain hamba mereka.
Berikut saya ringkaskan 24 protokol Yahudi untuk tatapan semua. Mudah-mudahan kita dapat mengkoreksi diri untuk melihat di manakah kedudukan kita sebenarnya. Apakah kita telah benar-benar telah menari di atas rentak yang telah dimainkan oleh Yahudi agar kita menjadi lemah dan melayu agar kita dikuasainya.
Protokol Yahudi berpegang kepada sebaik-baiknya memerintah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan. Siapa kuat dia dapat. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Justeru, mereka akan cari pemimpin yang tidak bermoral, tetapi pandai mentadbir. Matlamat mesti menghalalkan cara.
Yahudi akan cuba mempengaruhi negara-negara lain untuk mengikut telunjuknya melalui bantuan-bantuan yang diberikan. Nilai satu nyawa Yahudi bersamaan seribu nyawa orang lain. Caranya dengan memporak-perandakan negara lain terutama kalangan negara Islam. Umat Islam hidup keadaan nafsi-nafsi. Yahudi akan cuba menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati mereka prinsip ketuhanan dan jihad, serta menggantikannya dengan ilmu sekular serta lain-lain keperluan duniawi.
Sekiranya ada di kalangan bangsa lain cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk syak wasangka dan perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Iran adalah contoh terbaik sasaran Yahudi hari ini. Yahudi sedaya upaya cuba menghapuskan Iran. Begitu juga mereka yang menjadi duri dalam daging.
Bagi memastikan matlamat Yahudi ini tercapai, maka mereka bertindak memusnahkan perusahaan bangsa lain, iaitu melalui cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat suka kepada maksiat (kejahatan) dan meminum arak di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan golongan terpelajar dari kalangan bangsa lain. Kita lihat semua teknologi terkini dikuasai Yahudi, kita hanya menjadi penonton dan pengguna. Apa yang berlaku di Iraq dan Timur Tengah adalah contoh yang terbaik.
Orang-orang Yahudi akan menabur fitnah supaya timbul keraguan, kekacauan, pertelagahan dan permusuhan sesama sendiri. Bila timbul penentangan terhadap Yahudi, maka Yahudi mengambil kesempatan dengan menyambutnya melalui ancaman kacau bilau dan peperangan secara total di seluruh dunia.
Pemerintah Yahudi dikelilingi oleh segolongan besar pakar-pakar ekonomi dan orang Yahudi sendiri dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan. Yahudi akan membawa masuk racun ‘liberalisma’ ke dalam negara-negara lain supaya menggugat kestabilan politik mereka. Pilihan raya diatur supaya dapat memberi laluan kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat mewakili mereka sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangannya. Apakah kemunculan pakatan parti ultra ada kaitan? Sama-sama kita fikirkan.
Penguasaan media antarabangsa dengan propaganda tertentu digunakan sewenang-wenangnya hari ini atas dasar kebebasan atau hak asasi manusia. Kalau bangsa lain diberikan permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran masyarakat dunia agar menyebelahi propaganda Yahudi.
Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi bertindak menghapuskan golongan korporat dari kalangan bangsa lain, di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan, kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka.
Untuk mengalih perhatian mereka daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi akan membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan yang melalaikan, seks bebas, filem dan bahan porna, sukan, pesta dan sebagainya, sehingga mengalpakan kita daripada agama. Apabila mendapat kekuasaan, Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Tidakkah apa yang berlaku di Palestin menjadi pengajaran kepada kita?
Selain itu, Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa lain dengan kadar faedah yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi bangsa lain akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut. Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.
Pada masa sama, Yahudi juga akan memastikan kerajaan bangsa lain hendaklah diserahkan kepada mereka yang tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas, akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin Yahudi. Yahudi tidak pernah memberikan peluang kepada umat Islam yang bermoral untuk memerintah. Mereka akan cari pemimpin yang tidak bermoral sebagai pengganti walaupun mungkin terlibat dengan pelbagai skandal.
Berdasarkan ringkasan 24 protokol ini, amat jelas sekali bahawa protokol Yahudi hampir menguasai ke semua bangsa dan negara di dunia ini. Hanya masa yang akan menentukan hasilnya jika diizinkan oleh Allah SWT. Sebagai umat Islam, sudah pasti kita wajib menghalang perancangan jahat Yahudi laknatullah ini.
Cara dengan mengelakkan orang Melayu Islam daripada menjadi melayu seperti layunya rumput semalu bila disentuh. Yahudi gertak sahaja, kita sudah takut dan menurut kata mereka. Saya cukup kagum dengan cara Iran menghadapi serangan dan perancangan Yahudi. Walaupun sebahagian kecil rakyatnya sudah dirosakkan, tetapi disebabkan oleh ketegasan pemimpinnya atas dasar Islam, Yahudi hari ini masih gagal lagi untuk menembusi Iran.
Kita tidak perlu meniru Iran kerana gaya dan cara hidup mereka berbeza. Cuma semangat presiden Ahmadinejad perlu ada pada kita supaya tidak mudah terpengaruh propaganda yahudi dan perlu yakin dengan kekuatan hidup beragama. Melayu tidak akan layu jika berpegang kepada Islam. Jika Islam yang menjadi rujukan dan cara hidup, kita akan terus mendapat kekuatan. Pokoknya, bagaimanakah untuk merealisasikannya? Ia bermula dengan mengelakkan atau mengurangkan perpecahan. Bersangka baiklah sesama kita. Seburuk-buruk kita, kita tetap bersaudara. Berkawanlah sesama saudara daripada berkawan dengan musuh atas nama Islam.
Saya teringat cerita Cina dahulu kala antara Mencius dan anak muridnya. Anak murid ini mahu menguji kepandaian gurunya. Anak murid ini membawa seekor anak burung dan bertanya kepada gurunya. “Adakah burung di tangannya itu hidup atau mati?” Murid ini pandai, jika gurunya berkata hidup, dia akan genggam anak burung itu sampai mati. Jika gurunya kata mati, dia akan longgarkan genggamannya supaya burung itu hidup. Tujuannya, agar apa jua jawapan gurunya tetap salah. Tetapi murid tidak tahu bahawa gurunya itu lebih bijak. Guru itu menjawab dengan selamba, “masa depan burung itu terletak di tangan kamu”.
Pengajarannya, masa depan anak bangsa negara kita terletak di tangan kita. Marilah kita realisasikan kata-kata Mencius ini, tell me, I will forget. Show me, I may remember. Involve me, I will understand. Hari ini tidak kira, apa jua ideologi dan latar belakang kita, maruah agama, bangsa dan negara mesti diselamatkan daripada tangan-tangan yang cuba menghancurkan kesucian. Jika perlu campurtangan kita mesti campurtangan sebelum yahudi dan seterunya masuk secara perlahan-lahan. Sebenarnya yahudi itu sudah berada di depan mata kita. – Mingguan Malaysia
* Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Friday, May 14, 2010
Haron Din minta Pakatan hentikan jaja isu Kalimah Allah jadi modal politik
KUALA LUMPUR 13 Mei – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menggesa semua pihak termasuk pembangkang menghentikan penggunaan isu kalimah Allah sebagai modal politik pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
Katanya, isu kalimah Allah tidak sepatutnya ditimbulkan lagi terutamanya bagi tujuan meraih sokongan politik kerana pendirian mengenai perkara itu telah diputuskan oleh pucuk pimpinan Pas selain ia merupakan isu sensitif.
“Isu kalimah Allah telah selesai dibincangkan dan sepatutnya berhenti sekadar itu. Apa sahaja yang berhubung dengan isu ini biarlah sekadar suatu nostalgia kerana perbincangan dan pendirian masing-masing telah diputuskan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dengan sikap Pas yang sanggup bersekongkol dengan DAP untuk terus mempermainkan isu kalimah Allah di Sibu walaupun larangan mengenainya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Zulkifli menerusi blognya, http://zul4kulim.blogspot.com berkata, beliau sedih kerana Pas yang dahulunya terkenal memperjuangkan Islam dan menjadi harapan orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan negara Islam, sanggup bersekongkol dengan DAP dalam hal seperti itu.
Beliau yang khuatir dengan perkembangan itu, turut menyeru semua ahli Pas sama ada di peringkat akar umbi, ulama atau ilmuwan menyelamatkan parti tersebut daripada terus hanyut dalam buaian mimpi yang akan menghancurkan mereka.
Ditanya mengenai gesaan Zulkifli supaya semua ahli Pas menyelamatkan parti itu daripada terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haron berkata, kerjasama dalam pakatan perlu kerana ia sesuai dengan tuntutan semasa.
“Soal bersekongkol adalah amalan biasa dalam berpolitik, ada ketika kita rasa wajar dan ada masa ia tidak wajar.
“Dalam keadaan komposisi rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan Pas adalah sesuatu yang berpijak di bumi yang nyata,’’ katanya.
Tambah beliau, apa sahaja langkah yang diambil Pas hari ini adalah berdasarkan keperluan semasa yang masing-masing mempunyai musuh politik bersama iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas panjang ketika ditanya mengenai isu tersebut dan pada masa yang sama turut menempelak Zulkifli kerana didakwanya sengaja membangkitkan isu berkenaan.
“Dia punya pasallah kalau nak kecewa. Kita bukan guna isu untuk modal politik tetapi memberi penerangan kepada pengundi mengenai kalimah Allah,’’ ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, Zulkifli tidak berhak untuk memberi sebarang komen mengenai pendirian Pas kerana beliau bukan ahli parti itu dan juga bukan lagi ahli PKR.
Menurutnya, pendirian Pas mengenai isu kalimah Allah telah dijelaskan kepada umum dan perkara melibatkan isu itu juga telah selesai.
“Kenyataan Zulkifli yang mendakwa tindakan Pas bersekongkol dengan DAP adalah bertentangan dengan prinsip Pas yang memperjuangkan Islam, adalah tidak betul. Beliau orang luar dan tidak berhak untuk memberi sebarang komen mengenai pendirian Pas.
“Kami juga telah menjelaskan kepada umum tentang pendirian Pas mengenai isu kalimah Allah dan masih berpegang teguh pada pendirian itu dan realitinya isu kalimah Allah ini sudah selesai,” katanya.
Thursday, May 13, 2010
PB bantah judi Bola Sepak !!!
PB bantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi yang diberikan oleh Awang Adek kepada Tauke Judi kaya Malaysia Vincent tan yang menerajui Berjaya Group sempen Piala Dunia di Afrika Selatan ini nanti .
Sebenarnya banyak keburukan jika lesen judi ini diberikan oleh kerajaan kepada syarikat judi ini walaupun syaratnya hanya untuk bukan Islam sahaja . Tetapi harus diingat di kedai2 magnum , sport toto , Kuda semuanya ada juga muka Melayu pergi beli .
baca di sini pandangan oleh Dr Asri klik di sini
Apa perlunya kerajaan untuk memberi lesen judi kepada bookie? Tak kan kerana nak banteras judi haram dan kutip cukai hingga terpaksa menghalalkan benda ni ?? Biar pi la bukan Islam ini nak pi main judi haram ka , bukannya kacau kerajaan pun dan umat Islam .
Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung menjelaskan, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.
"Syarikat itu pernah menerima lesen tersebut pada 1987 tetapi telah memulangkannya kembali kepada kerajaan pada tahun 1990 kerana pada masa tersebut tidak ramai yang berminat untuk bertaruh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Kementerian Kewangan telah bersetuju mengeluarkan lesen pertaruhan itu kepada Berjaya Group semalam.
Cukup dangkal sekali kalau kerajaan cakap berlandaskan kajian yang dibuat kononnya negara lain seperti Singapura, Australia dan Hong Kong juga setuju memberi lesen petaruhan sempena World Cup ini .
Wahai Pak Menteri seperti Awang Adek , Judi tetap haram,janganlah dengan hanya sebab untuk mengelakkan judi haram,pak menteri mahu menghalalkan semata mata mahukan kutipan cukai kepada negara.Percayalah judi bola sepak ini hanya menguntungkan syarikatnya saja bukannya kerajaan pun malah mendapat malu lagi kerana meluluskannya .
Sudah tidak ada jalan penyelesaiankah untuk membenteras judi haram? Sedangkan ketika polis menyerbu premis judi haram ini , duit rampasan kerajaan dapat juga tapi mungkin tidak sama la jika duit dapat bila lesen diberikan . So , cadangan yang mudah untuk banteras judi haram ini kerajaan hendaklah tingkatklah penguatkuasaan terhadap judi2 ini ketika berlangsungnya Piala Dunia .
Selain itu, jika judi ini dilaksanakan maka ia akan menjejaskan imej negara sebagai negara Islam yang dihormati sebelum ini , rasuah akan berleluasa dalam bola sepak tempatan , meningkatkan lagi hutang dikalangan rakyat dengan Ah Long , dan sumbangan daripada duit judi kepada sukan negara adalah HARAM !!
PB menyeru PERKASA, PEMUDA UMNO , Pertubuhan2 Belia , NGO2 Melayu dan Islam membantah keputusan kerajaan memberikan lesen judi ini kepada golongan kapitalis kafir Berjaya Group ini ....
Sekitar ulangtahun ke 64 UMNO di PWTC
Oleh: LUKMAN ABDULLAH
Sempena ulangtahun ke 64 UMNO, Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meluahkan pengalaman singkatnya bersama seorang pejuang veteran UMNO ketika menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau khas di Dewan Tun Abdul Razak 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Selasa.
Dengan rasa terharunya, Najib menceritakan bagaimana veteran UMNO itu yang berada di sisinya itu datang ke majlis sambutan ulangtahun UMNO dengan menaikki bas dan pulang ke kampung halamannya pada malam ini juga selepas majlis tersebut.
Cerita Najib kepada lebih 2000 orang UMNO yang menghadiri majlis itu:“Saya tanya pejuang veteran ini, bila sampai (sampai ke PWTC).Dia kata, saya baru sampai petang tadi (petang Selasa), saya naik bas untuk datang ke majlis ini.
“Saya tanya dia pulak, bila balik ? Dia kata, lepas majlis ini saya akan balik naik bas juga dan sampai waktu Subuh di tempat saya”
Najib seterusnya berkata, “saya berasa terharu amat sangat bila saya melihat pada air muka pejuang veteran UMNO ini, yang mana kalau nak kata dia hendak sesuatu, dah terlambat untuk dia minta sesuatu, kalau nak jadi sudah pun tak jadi…tetapi bila saya tanya kenapa dia berada di sini, kenapa dia datang naik bas.Dia kata, saya datang semata-mata kerana saya sayang pada parti ini”.
Berlandaskan pada dialognya bersama pejuang veteran UMNO itu, Najib menganggap parti UMNO akan jadi sebuah parti yang dihormati dan disegani sekiranya semangat yang ada pada pejuang veteran UMNO itu ada pada setiap ahli samada yang lama atau baru, generasi angkatan 46 atau angkataN muda hari.
Beliau meminta ahli-ahli UMNO menjadikan contoh pejuang tersebut kerana sikapnya yang sayangkan pada parti UMNO.
“Kerana dia sayang pada UMNO dia sanggup naik bas enam jam untuk hadir pada majlis ini, kerana sayang pada UMNO, kita patut pejuang habis-habisan kerana sayang pada UMNO kita mesti jadi pejuang yang sejati, dekat dihati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat,” jelasnya.
Najib turut mengingatkan ahli parti bahawa walaupun kini sokongan kepada parti agak meningkat khususnya di kalangan orang Melayu, namun anggota parti tidak boleh menjadikan UMNO dilihat hanya memperjuangkan kelompok tertentu sahaja.
Sebaliknya, beliau berkata UMNO mesti berpaksi kepada kepentingan rakyat jelata yang merupakan kunci kejayaan sesebuah parti politik.
Najib turut mengulangi ingatannya kepada ahli UMNO terhadap punca kejatuhan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang tumbang di tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) selepas 54 tahun memerintah Jepun.
Beliau berkata kisah parti politik itu tetap relevan untuk dijadikan iktibar dalam perjuangan UMNO.
"Dalam majlis seperti ini, kita harus mengingatkan diri sebagai parti politik yang sudah wujud dan menjadi pemerintah selama 46 tahun dan melalui 12 pilihan raya umum bahawa UMNO tetap berdepan pelbagai cabaran.
"Oleh itu, kita harus mengambil iktibar apa yang berlaku pada parti lain yang lebih kurang usianya dengan Umno tetapi hari ini sudah menjadi pembangkang," katanya.
Najib yang menyifatkan sambutan tahun ini lebih meriah berbanding sebelum ini, berkata: "Mungkin kepada kita semua, mood dalam UMNO hari ini bertambah, lebih berkeyakinan akan masa depan parti.
"Sekurang-kurangnya kalau kayu pengukurnya pada dua pilihan raya kecil lepas (Bagan Pinang dan Hulu Selangor) jelas menunjukkan orang Melayu, walaupun mungkin tidak semua, sudah kembali kepada UMNO.
"Oleh itu saya merasa syukur segala usaha, perkara yang dimulakan dan segala yang sudah dilaksanakan telah membuahkan hasil yang lebih meyakinkan. Oleh itu sambutan ulang tahun ke-64 UMNO ini, saya berasa lebih optimis tentang masa depan parti," katanya.
Sebelum itu, Presiden UMNO bersama Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melepaskan 15 orang peserta ekspedisi bermotosikal berkuasa tinggi ke tanah suci Mekah melalui jalan darat dengan tema ‘Kembara ke Bumi Suci 1Malaysia 2010’ di depan Menara Dato’ Onn.
Beliau menyerahkan Jalur Gemilang dan bendera UMNO kepada ketua ekspedisi Nahrawi Marzoki.
Najib kemudian bersama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, anggota Majlis Tertinggi dan pemimpin pelbagai peringkat menunaikan solat Maghrib, membaca surah Yassin, bertahlil dan berdoa selamat untuk arwah pemimpin UMNO yang diketuai oleh bekas Mufti Johor Datuk Noh Gadot.
Manakala sembahyang Isyak diimamkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.
Najib seterusnya ke Dewan Merdeka untuk majlis menaikkan bendera UMNO dan memotong pulut kuning.
Selepas menyampaikan ucapan, Najib menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.
Kelihatan hadir sama di majlis tersebut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tun Dr Siti Hasmah, Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin-pemimpin parti komponen seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden PPP Datuk M. Kaevyeas dan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional Sabah dan Sarawak.-11/5/2010 Agenda Daily