MB yang prihatin dalam hal korek mengorek "pasir"
Ramai orang terkejut beruk semalam apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam perlu menghadapi sebarang akibat apabila beliau "menyerang" Kumpulan Semesta.
Semalam rumah dan kereta Manickavasagam disimbah dengan cat merah. Penulis tidaklah hairan sangat kerana gangster curi pasir di Selangor ni memang ganas. Cuma betul disimbah atau disimbah sendiri satu hal lainlah kerana Manickavasagam ini pun terkenal dengan kaki pusing cerita dan buat publisiti untuk diri sendiri.
Yang buat ramai terkejut beruk ialah apabila TV3 menanya Khalid mengenai kejadian tersebut, Menteri Besar itu dengan selamba berkata (lebih kurang begi terjemahannya) "Saya telah katakan kepada Ahli Parlimen Kapar, jika beliau bersedia mendedahkan isu pasir ini, beliau harus bersedia menghadapi akibatnya".
Kenyataan ini boleh membawa makna Khalid seolah-olah merestui kejadian simbah cat tersebut. Ini juga boleh memberi implikasi bahawa MB Selangor melindungi pencuri pasir.
Khalid sepatutnya menyiasat apakah benar Kumpulan Semesta dan adiknya Cikgu Man bersengkongkol dengan penyangak-penyangak pasir terutamanya di Kuala Selangor. Kerap benar orang melihat cikgu Man minum bersama seorang kepala Gangster curi pasir berbangsa Cina.
sumber dari MyKMU
PB-tak teringinkah BPN buat pameran gambar-gambar yang dikutip ini untuk jadi tatapan orang ramai.mungkin pengatahuan awam lebeh terbuka.ini pun macam gambar sejarah juga.
ReplyDeletetak payah buat pameran ...letak di muzium terus ..hehe
ReplyDeleteMaling teriak "MALING!!!!!"
ReplyDeleteAikkkkkk ..maknya keliling pinggang...
ReplyDelete