Pages

Monday, April 5, 2010

Menteri Kewangan 2 buktikan semangat 1 Malaysia


YB DS Husni sedang menyampaikan ucapan


Penduduk yang hadir dan YB DS bersama dengan anak angkatnya


Simbolik anak memberi minum kepada bapa angkat tanda hormat dan YB DS Husni menyampaikan sumbangan perbelanjaan kepada Haa Ni dan datuknya


YB DS Husni meninjau rumah Haa Ni bersama Dato Mah dan Pegawai Daerah menyampai cerderahati kepada YB DS Menteri Kewangan II

Kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" itu yang berlaku.
Sungguh mulia hati YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang telah mengambil adik Haa Ni sebagai anak angkat beliau, peristiwa berlaku apabila pada Bulan Februari 2010 yang lalu apabila YB Dato' Seri Ahmad Husni membuat lawatan kerja sehari ke kawasan Tapah dan bertemu seorang tua berumur 79 tahun bersama cucu nya yang daif yang mengadu kepada Menteri Kewangan mengenai kesusahan mereka, tersentuh akan nasib mereka YB Dato' Seri Husni membuat keputusan untuk mengambil Haa Ni sebagai anak angkat beliau, Dato' Seri Husni yang telah mempunyai 4 orang anak lelaki yang telah berjaya dalam pelajaran kini mempunyai 5 orang anak yang sememangnya teringinkan anak perempuan.

Haa Ni akan mendapat pembelaan dan segala perbelanjaan persekolahan dari sekolah rendah ke Sekolah Menengah hingga lah ke Universiti akan dibiayaai oleh Menteri Kewangan II itu, malahan pada majlis di kediaman Datuk Haa Ni, YB Dato' Seri juga bermurah hati membaiki dapur rumah Haa Ni yang tinggal di Kg Baru Temoh.

Majlis pada 4.4.2010 di rumah Haa Ni dihadiri oleh seramai 200 orang penduduk tempatan yang turut dihadiri oleh YB Dato' Mah Han Son, ADUN Chenderiang, YB Dato' Shamsuddin ADUN Air Kuning dan Haji Razali Pegawai Daerah Batang Padang rata - rata yang hadir amat tersentuh dan sayu malah ada yang menitik air mata dengan majlis tersebut bagi mereka satu peristiwa yang luar biasa berlaku di kampung mereka yang tak pernah difikirkan, seorang Melayu mengambil anak angkat dari kaum tionghua, malah berkedudukan seorang Menteri Kewangan pula, ini amat mengejutkan disamping amat mengembirakan mereka, ini bukti 1Malaysia telah menjadi kenyataan dan bukti yang di amalkan oleh Menteri Kabinet dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib.

sumber : ddinbunga


Komen PB :

Siapa kata Datuk Ahmad Husni rasis ?? Kalau dia rasis tak mungkin adik Haa Ni
menjadi anak angkat beliau dan segala perbelanjaan pendidikannya ditanggung oleh pemimpin UMNO ini .
Syabas Datuk !! Ini lah bukti semangat 1 Malaysia !!

4 comments:

  1. Syabas DS Ahmad Husni,

    Biar apa orang nak kata kat DS, kalau manusia rasis tentu sekali tak sampai nak minum dng anak angkat Haa Ni....inilah seorang pemimpin yg betul2 mempunyai nilai kasih sayang kpd setiap bangsa tidak kira apa warna sekali pon......inilah yg dikata 1 Malaysia.

    Ikhlas dari Hj Abd Rahim Hj Man, Naib Ketua Bhg Ptg Pauh merangkap Penyelaras DUN Penanti dlm Bhg Ptg Pauh.

    ReplyDelete
  2. YB DS Ahmad Husni,
    Teruskan perjuangan DS, saya dan rakan-rakan di DUN Penanti, Ptg Pauh, cukup menghargai diatas keperhatinan DS dan kami berdoa semuga Allah SWT akan mempermudahkan urusan tugas harian DS demi utk kemakmuran Negara, Bangsa & Agama. Salam 1 Malaysia dan salam dari Sahabat.

    Ikhlas dari saya Abd Rahim Hj Man, NK Bhg Ptg
    Pauh merangkap Penyelaras DUN Penanti. Sudi-sudilah layari blog 'Penanti Bangkit'

    ReplyDelete
  3. Betul ke Dato Husni tu? Macam M.Rajoli je. Wajib tolong orang susah tak kira bangsa dan agama. Tapi ketika susukan kera dihutan,monyet dikampong jangan lupakan. Berhati2 Dato bila bergambar. Bimbang nanti Harakah kata Menteri Umno Peluk Amoi. Dia orang kaki spin gasing.

    ReplyDelete
  4. itu DSAI lah peluk amoi dan amoi duduk atas dia....

    ReplyDelete