Pages
▼
Monday, April 5, 2010
Anwar kalau jantan beri keterangan dalam dewan
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tak perlu bising-bising di luar Dewan Rakyat memburukkan kerajaan berhubung isu Apco sebaliknya kena jadi ‘lelaki’ berani memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika usul menghadapkannya ke jawatankuasa itu diluluskan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Anwar berceramah mengenai isu itu termasuk memberi gambaran kemungkinan beliau akan digantung sebagai Ahli Parlimen adalah kempen murahan untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Tindakan itu katanya seolah-olah hendak mendapat simpati dari luar kerana bimbang tidak dapat membela diri di dalam Dewan Rakyat apabila kesnya dibahaskan kelak.
“Saya tunggu dia dalam Dewan...tak perlu keliling dan bising-bising kat luar, Saya cabar dia jadi lelaki jawab dalam Dewan,” katanya Nazri yang menganggap Anwar kaki spin kerana cuba mengelirukan rakyat dengan dakwaan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel serta pembabitan Apco.
“Dia kaki spin. Orang lain kelirukan Dewan, mereka (pembangkang) suruh ambil tindakan. Bila kena kat dia, seolah-olah dia kebal. Saya hanya tahu peraturan. Saya cabar jadi lelaki. Saya bukan boleh jawab kat luar,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Isnin.
Ahad malam,Anwar membangkitkan isu Apco dalam ceramahnya di Hulu Selangor.Beliau antara lain mencabar BN mengambil tindakan keatasnya di Dewan Rakyat.
Katanya, “Kalau betul-betul berani, saya tunggu dalam Dewan,”tegasnya.
Menurut menteri itu isu ini diketahui umum dan apabila diminta beri penjelasan dalam Dewan Rakyat Selasa lalu Anwar menyebut perkara-perkara yang tiada kaitan.
Menurut Nazri, beliau akan menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk merujuk Ketua Pembangkang itu ke jawatankuasa berkenaan petang ini.
“ Ini urusan kerajaan, mesti didahulukan, mesti dibentangkan sebab usul dari kerajaan,” Katanya lagi.
Sehubungan itu, Nazri juga berkata BN akan mengemukakan usul tersebut pada 22 April, yang juga merupakan hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.
Makanya Anwar berdepan dengan kemungkinan diberi amaran atau digantung sebagai Ahli Parlimen untuk tempoh yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Nazri hairan kenapa ahli-ahli parlimen pembangkang lain lebih banyak mempertahankan Anwar dalam perbahasan mereka di Dewan Rakyat daripada membangkitkan perkara kepentingan rakyat mahupun pengundi masing-masing.
“Kata Pakatan Rakyat. Ni pakat-pakat nak bela Anwar,” sindirnya.
Beliau juga menyifatkan tidak wajar Anwar memanggilnya biadap ketika ahli parlimen Permatang Pauh itu berhujah di Dewan Rakyat baru-baru ini.-5/4/2010
Pejabat Kedutaan Turki kat mana encik?
ReplyDelete