Pages
▼
Monday, February 1, 2010
Menjelang perbicaraan kes liwat Anwar , tunda lagi ke ??
Anwar kini semakin tertekan akibat dari tarikh perbicaraannya yang semakin hampir. Setelah segala usaha penangguhan dilakukan di pihak Anwar, apakah kita akan menyaksikan satu lagi "drama" penangguhan pada 2 Februari ini?
Rakyat negara ini semakin jelas melihat "wajah" Anwar yang lagi satu disebalik seribu topeng yang ada padanya selama ini.
Anwar kini semakin menunjukkan kerakusannya didalam memusnahkan imej serta kemakmuran masyarakat negara ini dengan pelbagai provokasi politik demi hawa nafsunya sendiri. Kerakusannya "dikatil villa" mahupun dipentas politik semakin terdedah satu persatu.
Anwar kini dilihat sebaris dengan individu-individu yang berimej gila kuasa, egoistik, hipokrit dan korup yang pernah wujud dimuka bumi ini.Cuma satu kelebihan yang perlu ditambah didalam profil resume Anwar iaitu homoseksual.
Anwar yang pernah disanjung oleh pelbagai lapisan masyarakat dinegara ini sewaktu awal gandingannya dengan Tun Mahathir, kini telah menjadi seorang yang amat bacul didalam menghadapi kemelut kes liwatnya.
Demi survivalnya didalam politik, Anwar telah mengasimilasikan dirinya menjadi seorang penipu, pendusta, batu api, dan tanpa ragu-ragu merosakkan ukhwah umat melayu/islam dan juga kerukunan rakyat Malaysia.
Ucapan berapi-api dipentas ceramah politik dan pidato ala Soekarno Anwar semakin dipandang sepi oleh masyarakat yang semakin celik dari segala tipu dayanya. Anwar tidak dapat berselindung lagi disebalik wajah MADANI yang pernah menaikkan imejnya dahulu.
Semakin ramai rakyat negara ini yang yang sedar tentang kebenaran tuduhan tingkah laku sumbang ajaran sonsang amalan kaum Luth a.s yang menjadi rutin hidup Anwar. Rakyat juga telah mula jelas dengan kerakusan penyalahgunaan kuasa dan sikap diktator didalam kepimpinan manusia yang bernama Anwar Ibrahim.
Tak perlu lagi Anwar melakonkan adegan bertaraf "anugerah Grammy" bagi menyimpangkan kemelut permasalahan yang membelenggu dirinya. Tak perlu lagi Anwar mengatur strategi halus reformasi melalui ucapan-ucapan menghentam kerajaan kerana temberangnya kali ini tidak mempunyai nilai lagi.
Anwar tidak lagi boleh memandang rendah tentang kemampuan generasi baru negara ini didalam membuat penilaian terhadap karektor dirinya.
Allah itu Maha Kaya. Dia memperlihatkan segala perlakuan putarbelit pengkhianat bangsa ini satu demi satu tanpa disedari.
Amat menghairankan sekali, manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini begitu takut sekali untuk bersumpah dengan nama Allah SWT demi membuktikan dia benar-benar bersih dari segala tuduhan.
Sebagai seorang Islam, mudah sahaja untuk Anwar meyakinkan dan menarik sokongan daripada umat Islam terutamanya penganut taksub Pas. Ikut sahaja seperti Saiful Bukhari Azlan, sumpah sahaja diatas kemuliaan Al Quran dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wataalahi.
Anwar yang sebelum ini sering berdamping dengan "tokoh islam" sedunia serta bersahabat dengan mufti-mufti hebat di negara Islam seluruh dunia tentu sedar akan hal ini.
Namun, setelah beberapa kali didesak oleh "peminat" dan juga penyokong tegarnya untuk melakukan sumpah muhaballah secara Islam, Anwar masih lagi membisu seribu bahasa dan menyalahkan ulamak yang kononnya tidak membenarkan dia bersumpah.
Apakah Syeikh Anwar ini takut kerana dia tahu bahawa sumpah tidak boleh dipermainkan? Ataupun dia sedar bahawa azab yang pedih di dunia dan di akhirat menantinya jika dia bersumpah?
Tak usahlah menyalahkan orang lain diatas tuduhan yang dihadapi wahai Anwar. Kamu sendiri sebenarnya telah menjatuhkan hukuman terhadap diri sendiri sebelum perbicaraan dimulakan.
sumber : che wan
link
Anwar beri tekanan kepada mahkamah guna kawan-kawan dari CIA
Rakyat sudah muka, Anwar perlu hadapi perbicaraan
Anwar bukan sahaja sedang tenggelam malah menarik ramai lagi untuk tenggelam bersamanya.
ReplyDeleteJemput ke blog baru Cheguman Online
liwat tetap liwat..
ReplyDeleteowg puteh yang back up anwar tu pon ntah2 homoseks same je mcm anwar tu..
geli..