Jawatankuasa disiplin PKR menetapkan tempoh selama sebulan untuk meneliti tindakan yang akan diambil ke atas dua orang wakil rakyatnya - Zulkifli Noordin (Kulim) dan Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru).
Ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mengulas tempoh yang panjang itu bagaimanapun berkata, ia tidak bermaksud parti itu tidak serius dalam menangani tindakan wakil berkenaan.
Jelasnya, PKR membantah tindakan Zahrain menyerang ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilihat sebagai satu perbuatan yang keterlaluan.
Tambahnya, jawatankuasa disiplin telahpun mengadakan mesyuarat pertama bagi meneliti perkara itu.
"Kita dengar pandangan (dalam mesyuarat) supaya parti ambil tindakan keras dan segera. Tapi kita dalam PKR dan Pakatan Rakyat mesti tunduk kepada peraturan dan perlembagaan parti.
"Juga kita perlu beri peluang kepada orang itu untuk bela dirinya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.klik di sini selanjutnya
Komen PB
Adakah ini drama dan wayang pelakon2 terbaik didikan Anwar Ibrahim ?? Persoalannya mengapa sehingga sebulan baru diputuskan tindakan terhadap dua orang pemimpin ini ?? Adakah episod ini sama seperti berlaku kepada Ratu Bogel Elizabeth yang diberi cuti yang lama da akhirnya tiada pun tindakan dikenakan .
PKR takut nak ambil tindakan ..
ReplyDelete