Pages

Friday, February 19, 2010

Laporan Dr Pornthip bohong , tiada kesan cekik pada TBH


Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua ke atas pembantu politik kepada exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock berkata bedah siasat pertama dijalankan dengan baik.

Dalam keterangannya hari ini, Shahidan (kanan) juga berkata kesan kecederaan pada bahagian punggung dan dubur mangsa pula konsisten disebabkan terjatuh dari tempat tinggi.

Menjelaskan lagi pendapatnya mengenai kecederaan pada dubur Teoh, Shahidan berkata: "Kecederaan pada bahagian tersebut adalah sebahagian daripada peristiwa jatuh, sebab patah dan corak-corak (kecederaan) mencadangkan ia begitu.

"Sebab, kalau kecederaan di bahagian belakang telah berlaku lebih awal, pada pendapat saya jenis kecederaan yang akan dialami Teoh mungkin akan berlainan. Saya merujuk kesan kecederaan yang lain juga adalah sama dan berlaku pada masa yang sama.

"Pada pendapat saya jika Teoh telah diperlakukan (ditembus) demikian peristiwa jatuh tersebut mungkin tidak boleh digambarkan kerana kecederaan di bahagian dubur itu agak hebat," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan laporan bedah siasat pertama yang dijalankan oleh Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberker yang mengatakan Teoh meninggal dunia akibat kecederaan berganda kerana terjatuh dari tempat tinggi.

"Mereka berdua telah menjalankan kerja dengan baik dan jika diberi kepada saya sukar untuk saya memberi laporan sebaik itu. Saya bersetuju dengan bedah saisat mereka," katanya.

Shahidan juga mempertikaikan laporan ahli patologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand yang berkata lebam di leher Teoh adalah akibat dicekik dan kecederaan di duburnya pula akibat ditembus.

Sebaliknya, ahli patologi yang membuat bedah siasat kedua itu berkata jika dicekik, kesan lebamnya akan ketara secara tidak sama rata. klik di sini selanjutnya

No comments:

Post a Comment