Pages

Saturday, February 20, 2010

Hj Hadi sayang kepada negara dengan menyelar campur tangan MP Australia

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.
"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu. Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata Pas tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.
Mengenai cadangan Pas untuk menjalin kerjasama dengan Umno dalam isu-isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata Pas sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan Umno.

"Kita bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik dan kita akan bekerjasama," katanya.
Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku. - BERNAMA

Komen PB

Kepada puak2 PAS, lihat sendiri Bapa Presiden PAS sendiri menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang pemimpin2 PAS yang lain dok kalut sokong 50 ekor beruk MP Australia yang mahu campur tangan negara kita pasepa ???

Nampaknya Hj Hadi sebagai seorang Presiden PAS telah menunjukan bahawa beliau lebih semangat patriotik kepada negara daripada pemimpin2 PAS dan PKR yang lain yg lebih seronok sokongan orang luar supaya campur tangan isu dalam negara kita.



1 comment:

  1. Ha...itulah pemimpin yang bagus. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.

    Sama juga macam kes 1Malaysia. Dulu, semasa menentang Malayan Union, PAS sanggup memberi sokongan pada UMNO demi mempertahankan ketuanan Melayu kerana jika Malayan Union berjaya, semua kaum mendapat hak sama rata. Pada masa itu, PAS menjadi biro agama UMNO. Namun selepas Malayan Union berjaya ditentang, lihatlah apa yang UMNO buat pada PAS....habis manis sepah dibuang. 50 tahun UMNO/BN memerintah, hak istimewa orang melayu habis tergadai secara halus tanpa disedari. UMNO menhulurkan keris sana sini kononnya memperjuangkan hak istimewa bumiputera. Namun hakikat sebenarnya hari ini, cuba saudara pergi lihat artikel 153 perlembagaan berkaitan hak istimewa org Melayu (paling simple, jelas tertulis bahawa pendidikan orang melayu hingga tamat belajar harus diberi biasiswa oleh kerajaan sepenuhnya, bukan PTPTN...) Namun apa yang ada hari ini?? Ditambah pula dengan 1Malaysia yang disokong membuta tuli oleh pengikut-pengikut UMNO... tidakkah anda sedar bahawa anda telah mengkhianati UMNO yang dahulunya bermatian-matian menentang Malayan Union demi kepentingan orang melayu (UMNO dulu dan sekarang dah berbeza). 1Malaysia bermakna semua kaum dah jadi sama rata.... (memang sebenarnya bangsa asing dah dapat lebih dari org melayu sekarang ni). Paling lawak... orang melayulah yang paling seronok bertepuk tangan menyokong 1Malaysia numun sedarkah anda bahawa Melayu hanya menang sorak kampung tergadai. Tahniah UMNO!!!! Bangsa asing kini kaya raya memiliki banglo sana sini, Melayu hanya mampu membeli rumah pangsa, apartment dan kondo yang tidak menjejak tanah, juga tidak menggapai langit! Tahniah juga kerana anda sendiri telah mengkhianati perjuangan asal UMNO.....memperjuangkan hak bangsa...

    ReplyDelete