Abdul Ariffahmi, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini selepas didesak oleh barisan pemimpin kanan parti pagi ini.
Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.
Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.
Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media - yang disertai oleh Abdul Ariffahmi - selepas pertemuan dengan pemimpin atasan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi. klik di sini selanjutnya
Komen PB
Demi KUASANYA dan HUSAM , Nik Aziz mengorbankan menantunya untuk membersihkan imejnya serta kerajaan negeri yang sudah tercalar ekoran melindungi menantunya yang sekarang ini disiasat oleh SPRM .
PB masih lagi ingat semasa beliau melantik menantunya sebagai CEO PMBK , beliau mempertahankan tindakannya itu dengan menggunakan hujah termasuk menyamakan tindakannya itu sama dengan tindakan Rasulullah yang turut melantik ahli keluarganya memegang jawatan .
No comments:
Post a Comment