Oleh Adnil Mohd
Telok Kemang -- Pemuda UMNO bahagian ini melihat tindakan pihak tertentu yang menimbulkan isu perebutan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Batang Pinang akan datang hanyalah sebagai satu taktik lapuk.
Sambil menyifatkan dakwaan itu “tak kena tempat”, Ketua Pemudanya, Mohd Faizal Hj Ramli berkata perkara itu terpaksa dicanang kerana pihak terbabit tahu kekuatan UMNO khususnya BN di kawasan ini
"Ini taktik lapuk….kita tak perlu layan. Mereka sebenarnya khuatir untuk berdepan dengan BN pada pilihan raya kecil kali ini kerana umum mengetahui DUN Bagan Pinang cukup sinonim dengan BN", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon Pas Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi
Mohd Faizal yang juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang seterusnya berkata walaupun kawasan ini merupakan kubu kuat BN namun BN tidak boleh menghadapinya secara sambil lewa.
"Kita bukan hanya mahu mempertahankan kawasan malah pada masa yang sama mahu meningkatkan majoriti kemenangan kita terutama dalam suasana politik hari ini", ujarnya.
Beliau seterusnya berpendapat sekiranya diberi peluang pihaknya mahu mantan Menteri Besar negeri itu yang juga Ketua UMNO Telok Kemang, Tan Sri Isa Samad dipilih sebagai calon.
Katanya Tan Sri Isa masih dihormati di kalangan pengundi dan rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau.
No comments:
Post a Comment