Pages

Wednesday, September 9, 2009

Adakah benar kerajaan negeri telah tunai janji ??




Guan Eng sifatkan kerajaan Pulau Pinang masih dapat sokongan

PULAU PINANG- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pentadbiran pembangkang di negeri ini masih mendapat sokongan rakyat dan berjaya dalam mengurus tadbir negeri.

"Di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah tunaikan janji, mungkin hanya satu atau dua isu sahaja, tetapi kita telah mencuba sedaya upaya dan masih mendapat sokongan rakyat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa rakyat mula meragui kewibawaan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kerana gagal menunaikan janji dan memenuhi hasrat rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya.

Lim sebelum itu melancarkan pertandingan 'Idea Menandakan Tapak Warisan Georgetown' anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000.

-- BERNAMA

Ulasan

Guna Eng jangan cuba menipu dan bohong rakyat .Isu Kg Buah Pala sebagai contoh cukup la yang pakatan janjikan untuk beri kepada penduduk tanah itu apabila mereka perintah PP kini sudah roboh pun rumah mereka. Selain itu, Guan eng sudah lupa ka janji manifesto anda yang bertemakan JOM UBAH iaitu

- bonus sehingga RM6,000 bagi setiap anggota isi rumah yang berpendapatan RM6,000 atau kurang setahun .

-Janji nak hapus tol Sg Nyior itu sampai sekarang masih lagi ada .

Adakah keluarga di PP sudah dapat duit sebanyak itu ?? tol sg nyior masih lagi ada dan kutip 50 sen lagi sehingga sekarang...

No comments:

Post a Comment