1. Tindakan bangang dari kumpulan EXCO Kerajaan Negeri Selangor terutama dari DAP yang telah melantik Gobind Singh Deo sebagai peguam mewakili mereka bagi menghadapi inkues berhubung kematian 'Si Keldai' Teoh Beng Hock bagi saya merupakan antara tindakan yang paling bodoh dan hanya semata-mata akan membuka pekung sendiri.
2. PR Selangor pada mulanya cuba untuk mencari jalan bagaimana untuk mengaitkan dan menyalahkan SPRM kononnya menjadi punca atau lebih tepat lagi telah mengakibatkan kematian Teoh Beng Hock. Mereka menolak semua dakwaan yang mengatakan bahawa Teoh telah membunuh diri. Malah segala bukti yang diperolehi di tempat kejadian juga jelas menunjukkan bahawa tidak wujud sebarang unsur jenayah hingga mengakibatkan kematian Teoh. Bedah siasat juga menunjukkan bahawa kematian Teoh adalah akibat jatuh dari tempat tinggi.
3. PR Selangor umpama kehilangan arah tujuan apabila dikaitkan dengan salah guna kuasa dan penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri. Bagi menutup mata rakyat dan melindungi salah laku mereka, PR Selangor sedaya upaya cuba meng'kambing hitam'kan SPRM. Adalah amat tidak berasas untuk menuduh SPRM sebagai pembunuh memandangkan tidak timbul sebarang perkara yang mendesak SPRM berbuat demikian.
4. Perlu diingat bahawa Teoh bukanlah suspek utama tetapi merupakan saksi penting yang berupaya membongkarkan salah laku pihak yang dilindungi. Terkini, SPRM telah mendedahkan maklumat penting yang wujud di dalam komputer riba milik Teoh dan maklumat ini sebenarnya sudah cukup untuk mengheret bosnya termasuk beberapa lagi individu yang terlibat.
Berikut adalah maklumat yang didedahkan oleh SPRM hasil dari soal siasat yang dilakukan ke atas Teoh sebelum dia ditemui mati.
"Pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail, dalam keterangannya berkata demikian berdasarkan empat keping invois yang diperoleh dan dicetak daripada komputer riba Teoh semasa dia disoal siasat di pejabat SPRM pada 15 dan 16 Julai lepas.- Malaysiakini
"Pegawai penyiasat telah melakukan siasatan terhadap empat dokumen ini dan menunjukkan keempat-empat syarikat ini telah meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu dan telah menerima komisen (kerana meminjamkan kepala surat)," kata Mohd Anuar ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-16 prosiding itu.
Ketika ditanya oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, saksi itu menamakan keempat-empat syarikat tersebut sebagai Syarikat Fizami Construction, Aris Enterprise, MKMN Enterprise dan M A Bina Melor Enterprise.
"Berdasarkan siasatan SPRM, syarikat Fizami telah memperolehi 26 projek bernilai RM147,812, syarikat Aris mendapat 14 projek bernilai RM88,275.30, syarikat MKMN dengan enam projek bernilai RM50,765 dan M A Bina Melor memperolehi tujuh projek dengan nilai RM69,010.
"Semua projek ini akhirnya pergi kepada Teoh dan Ean untuk tujuan kelulusan," kata Mohd Anuar."
5. SPRM pastinya mahu Teoh terus hidup untuk dijadikan saksi utama berdasarkan bukti yang diperolehi ini. Jadi, siapa sebenarnya yang mahu Teoh lenyap dari muka bumi ini bersama bukti yang dimiliki??? Pastinya pihak yang berkepentingan dan terlibat dengan kes penyelewengan ini yang mahu melihat Teoh mati.
6. Bagi saya, semakin banyak soalan yang diajukan oleh Gobind Singh Deo untuk menyalahkan SPRM maka semakin banyak jugalah maklumat berhubung salah laku anggota EXCO selangor yang terlibat akan terdedah dengan sendirinya
sumber : Suara Melayu Baru
Komen PB
Baru setahun lebih saja puak ini jadi YB dan Exco cukup cepat depa kaut-kaut segala apa yang ada..haha kerajaan negeri PR Selangor memang dipenuhi taik2 RASUAH !! Melalak di ceramah-ceramh tuduh BN rasuah ,tetapi depa baru dapat kuasa cukup cepat kaut2 segala apa yang ada ,komisyen 10 % pun sapu ....patut la teoh ini takut dan gelisah kerana buat salah...
Link
SPRM dedah penglibatan Teoh Beng Hock dalam kelulusan projek palsu
tak pecaya ka ! ni baru sikit yg keluar . Nanti ada lg rasanya. Matlamat politik mereka adalah mengaut kekayaan sbb mereka tenguk org2 sebelum mereka senang lenang ,maka timbul keinginan untuk bersenangan jg .tapi dgn cara yg mudah . Dulu dia org konon jd hero ,org tu rasuah org ni rasuah .skg apa jd .Mereka cuba mengalih perhatian rakyat dgn menuduh org lain rasuah dan dlm masa yg sama mereka yg melakukannya .Mereka ingat mereka akan terlepas ? Ini baru satu parti -parti yg kononnya bersih .perhati2kan Penang .PKR belum lg . PAS pun bukan tak ada kut . Mereka bukan maksum , kalau dicari tu mungkin ada . Kat Kelantan - bekas bini no.2 tuntut 3 juta , tak kan dia nak tuntut kalau tak ada . Selidik dari mana datangnya RM tu . Kalau kumpul 3 penggal ,tak kan terkumpul kot . MB pun tak mungkin terkumpul jumlah tersebut. Mungkin kan RM tu dari langit . Mungkin jg kot sbb ahli2 syurga .
ReplyDelete