Pages

Thursday, August 27, 2009

Nizar KKK: Salleh Man bakal YDP MAIPP




ADUN Permatang Pasir yang baru dipilih Mohd Salleh Man dijangka dilantik sebagai yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pelantikan itu dipersetujui mesyuarat Exco hari ini.

Beliau berkata pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Abdul Malik Abul Kassim akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan gabenor Pulau Pinang mengenai pelantikan itu.

Jawatan itu kini disandang oleh ADUN Permatang Berangan, Shahbudin Yahya, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat Disember ini.

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pasir, Lim berkata Mohd Salleh masih mampu mengekalkan 65 peratus undi, peratus yang sama diperoleh oleh allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada pilihan raya umum tahun lepas berdasarkan pada jumlah pengundi yang mengundi.

"Secara amnya tidak banyak perubahan dalam undi majoriti berdasarkan jumlah pengundi ialah 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus pada tahun lepas," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN itu semalam, PAS mengekalkan kerusi itu setelah Mohd Salleh, 52, menewaskan calon BN Rohaizat Othman, 38 dengan 4,551 undi.

Menyentuh sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri, Lim berkata sambutan diadakan secara sederhana dan tempoh masa bagi acara yang diadakan tidak lama disebabkan merebaknya virus Influenza A(H1N1).

"Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi secara sederhana kerana acara perarakan yang diadakan setiap tahun dibatalkan," kata beliau.

Katanya, sambutan itu hanyalah perhimpunan kecil kerana keutamaan ialah pada keselamatan orang ramai dan mencegah merebaknya virus tersebut. BERNAMA


Komen PB

Kalau pemohonan mereka untuk melantik Salleh Man sebagai YDP MAIPP tidak diperkenan oleh YDPA ,
Kuasa mengenai hal ehwal Islam di negeri yang tidak beraja ini seperti di PP di bawah kuasa YDP AGONG dan bukan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim . Aku dok nampak sekarang Salleh Man dan juak-juak PAS dan mula terbeliak biji mata nampak dok teropong projek di bawah PUZ .PUZ telah kutip RM 38 juta tahun lepas di bawah UMNO dan BN. Pastinya projek-projek dan tender2 dari PUZ bakal menjadi rebutan puak2 PAS .

Cuma aku minta la perkara ini tidak akan terjadi dan terlepas ke tangan puak2 PAS ini. Bila depa pegang MAIPP , habis semua pengerusi dan ajk qaryah masjid yang sediada pastinya akan ditendang dan diisi dengan orang-orang depa.Dulu pernah terjadi semasa PR menang PRU 12 di PP ,berlaku sendiri di dalam DUN Prmtg Pasir dok pagi esok tu orang PAS yang jarang pergi masjid kampung sendiri telah pi azan di masjid sebagai tanda masjid sudah mereka conquer . Selain itu , Masjid selepas itu akan terus menjadi pentas politik dan diselitkan dalam ceramah2 dan kuliah agama kononnya lah .Masjid sepatutnya bukan tempat untuk politik ,tetapi ia sebagai tempat untuk kita beribadat.


Bila aku baca berita di atas ,ayat yang aku terpandang dan patut kita baca ayat ini ialah

"
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Abdul Malik Abul Kassim "

Mana perginya Islam ??? Sepatutnya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri kerana agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Kenapa di PP buang terus perkataaan ISLAM ??? Malik Kassim ni jaga kebajikan tokong dan kuil sekali ka ??


Pejuang Bangsa

2 comments:

  1. woi dah kalah tu kalah lah bro..lantak depa lah nak kasi salleh man tu jadi ydp ke..ko sibuk apehal..umno dah mampos

    ReplyDelete
  2. Insyaallah bila PAS pegang jawatan ini, yang akan terbeliak biji mata nanti adalah orang Umno yang sekian lama selewengkan pendapatan MAIPP. Terbeliak kerana banyak laporan salahurus terpaksa dijawab dan banyak peruntukan utk diseleweng telah terlepas. Insyaallah. Manusia suka merancang, Allah juga merancang, Namun Allah jua sebaik-baik perancang.

    PAs jaga halehwal ugama di Selangor, keadaan semakin baik. Insyaallah di Penang juga akan dapat perubahan. Ramai melayu Umno yang akan taku berkunjung ke rumah pelacuran, minum arak dan beli nombor 4D. Insyaallah

    ReplyDelete