Ahmad Said Yakin Kemelut Politik Umno Terengganu Selesai
KUALA TERENGGANU, 26 Ogos (Bernama)-- Menteri Besar Datuk Ahmad Said yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang.Katanya hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir Rabu.
"Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan pada Rabu.
Ditanya mengenai sikap wakil-wakil Barisan Nasional yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?"
"Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka."Katanya.
Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan memberikan kerjasama kepada beliau untuk memimpin negeri itu serta sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.
Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat yang terlibat bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman Umno itu.
"Tetapi ada yang berkeras lagi kerana ini melibatkan perasaan masing-masing, kita tengoklah macam mana nanti," katanya.
Komen PB
Aku ada baca di kedai muka depan SIASAH , PAS aku tengok terlalu over confident dalam masa terdekat ini kerana depa sekarang akan menjadi MB Terengganu kerana Adun BN dari UMNO akan lompat ke PKR dan sekaligus PAS akan menjadi ketua kerajaan . hahaha
YB Harun Taib Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Pembangkang di Terengganu disebut-sebut akan dilantik sebagai MB.Menang satu berita lawak betul dalam SIASAH ..hahaha
Aku rasa PAS Terengganu ini mimpi di siang hari kot @ sudah jangkit penyakit gila meroyan seperti Nizar yang gila hendak kerusi MB Perak . PAS ini memang parti yang suka main serbu saja .. . depa dok bising nak rampas Terengganu kononnya la tetapi di Kedah Adun Lunas keluar lagi awal lagi dan sekaligus memberi tamparan hebat kepada kerajaan Azizan Razak .
PAS Terengganu jangan dok angan-angan mat jenin la spt Anwar Al juburi ,aku takut terikut sama kegagalan projek 16 Sept. haha lagi satu , PAS ni mmg parti MUDAH LUPA ,bila BN ambil Perak depa cakap BN rampas kerajaan rakyat la ,perlu bubar DUN la , pergunakan institusi Istana Raja la tetapi ni kes di terengganu yang dok kalut sangat nak ambil alih kerajaan ini dibenarkan pulak ke ??Nik Aziz benarkan ke bro ?? CAKAP TAK SERUPA BIKIN ! Elok lah PAS ni rupanya cepat belajar juga ilmu CAKAP TAK SERUPA BIKIN dari DAP.. maklumlah kuda tungangan DAP.
aku rasa umno terengganu jangan terlalu leka. sebab orang pakatan ni sanggup merasuah. ala rasuah tu kecik punya hal bagi mereka kalau nak dibandingkan anwar yang sanggup main belakang.
ReplyDeleteakupun pelik kenapa umno terengganu ni masih tak sedarkan diri. masih nak bertelagah sesama sendiri sedangkan pedang musuh dah nak sampai kat leher masing masing.
kalau macam ni, janganlah menanggis bila pakatan dah tawan terengganu. sebabnya anda masih tak mahu bersatu.
AKUM MEMANG BERMIMPI LUMRAH HIDUP MANUSIA ADA MIMPI ITU SEBABNYA ADA CELIK ADA PEJAM MATA. PUAK UMNO NI MEMANG PERLU BELAJAR ADAT UNTUK HIDUP BERMASYARAKAT DAN BERNEGARA SOPAN SANTUN BERBUDI MULIA
ReplyDeleteDiaorg tu mimpi di siang hari sbb kuat tido...
ReplyDeleteBulan Ramadhan ni kurangkanlah tido dan banyakkan amal ibadat...
kesian pada penyokong UMNO
ReplyDeleteterus-terusan dapat dosa mempermainkan takbir.....
kesian kat mak bapak korang sedih dapat anak macam korang..
aku rasa yang permainkan takbir adalah orang PAS ..
ReplyDeletesedih betul aku org PAS dulu selalu laungkan takbir tetapi kini pemimpin mereka sendiri sokongan take BEER dijual di kawasan majoriti Islam .