Insiden seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Tindakan sebilangan penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor lepas solat Jumaat boleh dikira satu aksi protes biasa jika tidak ada orang bawa kepala lembu yang disembelih ke situ.
Bantahan ialah terhadap cadangan bina kuil di kawasan mereka yang majoriti penduduk terdiri dari orang Melayu.Cuma bila masuk bab adanya kepala lembu ia sudah jadi lain cerita kerana lembu dianggap haiwan suci pada agama Hindu.
Makanya kontroversi bab kepala lembu jadi lebih bising bila kalangan pemimpin dan pertubuhan orang India membantah aksi itu.
Ia bukan anjuran mana-mana parti politiik.Penduduk tergolong daripada penyokong pelbagai parti termasuk UMNO ,PKR dan PAS sendiri bangkit setelah mendakwa suara tidak dapat perhatian Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Matlamatnya satu yakni mahu kerajaan negeri Selangor batalkan pembinaan kuil di kawasan mereka dan memindahkannya ke Seksyen 22 yang merupakan lokasi asal rumah ibadat tersebut.
Ikut ceritanya soal membawa kepala lembu ke situ tidak masuk dalam rancangan asal protes itu.Ia dikatakan aksi tersendiri kalangan mereka yang terlalu marah dengan cadangan bina kuil di kawasan mereka.
Aksi guna lembu bukannya yang pertama kali.Cuma sebelum ini lembu hidup digunakan.
Pada bulan Februari lalu Pemuda PKR bawa lembu ke depan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sebagai simbolik untuk menyindir agensi kerana didakwa lebih berminat menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor melibatkan lembu korban.
Pengunaan kepala lembu yang disembelih itu memang boleh cetuskan berbagai tafsiran yang ‘ macam-macam’ menyentuh sensitiviti kaum.
Tolak sebelah apa yang berlaku petang Jumaat....cuma samaada disedari atau tidak tindak tanduk dalam aksi protes golongan yang fikir ‘ mereka boleh buat apa apa saja’ kerana terasa tiba-tiba kuat selepas pilihanraya umum Mac 2008 adakalanya sudah melangkau tahap ekstrim.
Insiden puak penyokong Hindraf merempuh masuk ke majlis hari terbuka Aidilfitri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra tahun lalu mungkin satu contoh.
Banyak lagi yang boleh disenaraikan. Ini belum masuk ada juga yang ambil peluang buat sesuka hati semasa kempen pilihanraya kecil yang diadakan kebelakangan ini seperti mengusung replika keranda atas bumbung kereta.
Bahaya jika merasa mereka ‘ sudah berkuasa’ dan ada hak buat ikut suka hati.
Ini kerana siapa saja boleh hilang kawalan jika tidak amal kawal diri.
Samaada kepala lembu atau lembu hidup…sentiasa ingat pada pesanan jangan nanti dah terhantuk baru nak sedar akibat dan padahnya.-29/8/2009
sumber : agendadaily
Komen PB
PB setuju dengan pandangan perhimpunan membantah pembinaan kuil ini oleh penduduk bukan anjuran mana-mana parti politik . Pengerusi Jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam sendiri adalah Ahli PAS ,klik di sini . Selain itu ,Mahyuddin sendiri juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam. Seharusnya kerajaan khalid ibrahim harus mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di Seksyen 23 juga sebelum meluluskan pembinaan kuil ini. Turun padang lah jumpa dengan penduduk sendiri bukan arah MBSA pergi jumpa penduduk dan explain mengapa perlu dipindahkan kuil ini dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 .
Selain itu di kala isu ini semakin panas, muncul pulak Khalid Samad yang terkenal dengan membenarkan kalimah Allah digunakan di gereja yang juga MP Shah Alam cuba cuci tangan dari masalah ini dengan menuduh UMNO terbabit dalam demo ini . Dia ni memang YB tarak guna punya ,kerja dia tuding jari kepada orang lain dan dia tak tengok ke sendiri Pengerusi Jawatankuasa Penduduk situ Ahli PAS Shah Alam sendiri ?? Dulu masa dia bertanding di Shah Alam punya la kempen janji nak tolong rakyat kini dia salahkan rakyat Shah Alam yang mengundi dia pulak ....Cakap tak serupa Bikin !!!
Lihat gambar di bawah ini untuk renungan kita bersama ..
DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
ReplyDeleteSurat ini ditujukan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23, Hj. Zainuddin & Pengerusi Surau Seksyen 23, Azrul Hakim, Penduduk ISLAM Seksyen 23, Para pemimpin ISLAM dan umat ISLAM keseluruhannya.
Saya merupakan seorang penduduk di Seksyen 23 dan telah hidup secara aman bersama jiran tetangga yang berbilang bangsa dan berlainan agama. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk untuk kebaikan penghuni tanpa mengira bangsa dan agama. Jiran-jiran saya terdiri dari kaum India. Ada yang beragama Kristian dan Hindu. Manakala kaum Cina pula ada yang beragama Kristian dan Buddha.. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit cebisan pandangan saya berikutan kekecohan yang berlaku di kawasan perumahan kami sejak akhir-akhir ini. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.
SURAH AL-MAIDAH : 90
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (BERKORBAN UNTUK) BERHALA, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
Saya ucapkan tahniah kepada KHALID IBRAHIM kerana masih ingin meneruskan hasrat untuk memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Perlu diingat sejarah Khir Toyo dan UMNO/BN, SALAH SATU FAKTOR KEKALAHAN pada 2008 adalah berpunca dari ‘anugerah penyapu’ yang diberikan. TIDAK MUSTAHIL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR AKAN BERPUNCA DARI PROJEK KANDANG KHINZIR, ISU ARAK DAN PEMBINAAN ATAU PEMINDAHAN KUIL. INSYAALLAH.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada KHALID SAMAD kerana menerangkan sejarah kuil di Seksyen 19 dengan begitu panjang lebar. Cuma tuan TERLUPA menjawab isu yang dibangkitkan oleh penduduk Seksyen 23 - MENGAPA PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 23 YANG MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH YANG BERAGAMA ISLAM? Sedangkan pada bulan Mei 2009, pertanyaan penduduk mengenai isu kuil tersebut ditolak mentah-mentah dan penduduk dikatatakan mempercayai ‘khabar angin’. ADAKAH INI JAWAPAN DAN TINDAK TANDUK SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG DILANTIK? KINI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!
Sekiranya UMNO/BN GAGAL menangani isu kuil di seksyen 19 yang mana majoriti penduduk adalah beragama ISLAM, tuan sebagai salah seorang pemimpin yang dilantik hendaklah cuba menyelesaikannya permasalahan penduduk tersebut. Sekiranya SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN YANG DAPAT DICAPAI ADALAH SEKADAR MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 YANG JUGA MEMPUNYAI MAJORITI PENDUDUK YANG BERAGAMA ISLAM, itu bukanlah satu penyelesaian yang bijak kerana anda cuma ‘MENCAMPAKKAN’ MASALAH KUIL DI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23!!!
ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULA INGIN MENCIPTA REKOD UNTUK MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DAN MENGULANGI IGAUAN DAN TRAUMA YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 19 KEPADA PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 23 DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 2 TAHUN SEJAK MEMERINTAH SELANGOR???
ADAKAH INI PERUBAHAN YANG DIINGINKAN OLEH PENDUDUK SHAH ALAM SEWAKTU MENGUNDI PADA 2008???
ehsan23
Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama, bangsa dan kaum, maka lahirlah pelbagai parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Mereka semua ada yang hidup berjiran. Begitu juga di Seksyen 23. TETAPI KAMI TIDAK PERNAH MENJADIKAN PARTI POLITIK SEBAGAI ALASAN UNTUK BERMUSUH DAN KAMI DAPAT HIDUP BERJIRAN DENGAN AMAN. KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, CUBA CELIKKAN MATA DAN BUKA MINDA MENGENAI ISU YANG SEBENARNYA! KAMI MEMBANTAH PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DI MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH BERAGAMA ISLAM!!!
ReplyDeleteKepada RODZIAH ISMAIL pula saya ucapkan jutaan terima kasih kerana ketidakprihatinan puan ke atas permasalahan yang melanda penduduk ISLAM di Seksyen 23. PERTANYAAN PENDUDUK DARI BULAN MEI 2009 MENGENAI ISU KUIL TERSEBUT HANYA DIJAWAB PADA BULAN OGOS 2009. ITUPUN JAWAPAN DIBERIKAN MELALUI MEDIA CETAK. MENGAPA WAKIL RAKYAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23 PERLU ADA PEJABAT DI SEKSYEN 23 SEKIRANYA TIDAK PERNAH BERJUMPA ATAUPUN INGIN BERKHIDMAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23???
Kepada Pengerusi Penduduk, HAJI ZAINUDIN, saya berharap tuan agar dapat memimpin penduduk ISLAM Seksyen 23 bagi membela nasib kami dan anak-anak kami demi menegakkan agama ISLAM. INSYAALLAH.
SURAH AT-TAUBAH : 123
“Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, BAHAWASANYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”
Kepada Pengerusi Surau, AZRUL HAKIM, saya utarakan pertanyaan-pertanyaan tersebut. Adakah wajar seseorang mengherdik dan memaki seseorang yang lebih tua dari dirinya yang sebaya dengan ayahnya sendiri? Dalam ceramah agama pula adakah wajar diceritakan perihal seorang pendakwah bebas yang ‘berkawan rapat’ dengan seorang artis wanita sebelum isteri pendakwah bebas tersebut tampil ke media massa untuk menerangkan keadaan sebenar rumahtangga mereka? Adakah wajar juga sewaktu ceramah agama, dijadikan medan untuk menjelaskan mengenai lokasi kuil sedangkan orang yang menjelaskan perkara tersebut bukanlah ahli yang layak ataupun wakil rakyat yang dilantik untuk menerangkannya kepada penduduk? Adakah wajar juga sesi ceramah agama dijadikan medan untuk memburuk-burukkan orang-orang lain yang seagama ISLAM hanya kerana berlainan pendapat atau berlainan parti politik? WALLAHU’ALAM.
AKHIR SEKALI, saya memohon maaf di atas kata-kata yang menyinggung perasaan tuan puan tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ISLAM untuk mengingatkan di antara satu sama lain. SEGALA YANG BAIK DATANGLAH DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.
SURAH AL-FURQAN : 17
”Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) ALLAH menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain ALLAH , lalu ALLAH berkata (kepada yang disembah); ‘ Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hambaKU itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”
AL-FATIHAH : 5-7
“Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”. TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS, (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan ) mereka yang sesat (Nasrani)”.
SURAH AL-AN’AM : 162
“SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.”
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
ehsan23