Pages
▼
Friday, July 17, 2009
Rasionalkah tindakan Ronnie dan Khalid Ibrahim ??
SHAH ALAM - Kerana tidak dilayan, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu cuba membuat kecoh dengan menjerit-jerit dan mengetuk berulang kali pintu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14, Plaza Masalam di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor itu bertindak demikian kerana tidak dibenarkan masuk ke lokasi mayat mendiang Teoh Beng Hock, 30, ditemui iaitu di koridor tingkat lima di luar bangunan.
Akibat tindakannya itu, Ronnie dihalau dari kawasan pejabat SPRM oleh pegawai yang berada di situ dan wakil rakyat DAP itu turun ke tingkat lima bangunan.
Ronnie ketika menemui pemberita kemudian melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana tidak dilayan pegawai SPRM dan tidak dibenarkan masuk ke tempat kejadian.
"Sebagai wakil rakyat, saya tidak pernah datang ke tempat kejadian dan tidak sangka saya dilayan seperti itu.
"Saya rasa Beng Hock bukan bunuh diri dan SPRM patut ambil tanggungjawab atas apa yang terjadi pada dia," kata beliau.
UtusanOnline
PB KATA HANCUR PAKATAN RAKYAT !!! INI SEMUA DRAMA DAP UNTUK CARI PUBLISITI
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dah menyatakan bahawa kes kematian Teoh ni adalah kes kematian mengejut. Dan Polis sedang menunggu laporan dari empat pakar dari 3 hospital untuk mengetahui punca kematian mendiang.
Dan Datuk Khalid juga telah memberi amaran kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi kerana siasatan akan dijalankan secara adil dan menyeluruh.
So, apa lagi yang si Ronnie Liu ni nak buktikan ? Negara ni bukan negara komunis. Negara ni ada undang2 nya sendiri. Tak payahlah si Ronnie Liu ni nak tunjuk lagak dan dengan mudah nak tuduh yang bukan2 tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Dan semalam, Khalid Ibrahim, MB Selangor mengetuai hampir 500 orang pada demonstrasi jalanan berhampiran Plaza Masalam di Shah Alam. Perarakan tersebut penuh dengan sepanduk serta laungan mengutuk SPRM dan Kerajaan.
Sebagai seorang MB, apa rasionalnya Khalid Ibrahim menyertai demonstrasi jalanan menghentam SPRM dan kerajaan pada ketika siasatan terhadap kes mendiang Teoh baru dijalankan.
Sepatutnya Khalid bersikap lebih bertanggungjawab serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dan bukannya secara semberono mengetuai demonstrasi jalanan seperti aktivis2 "HAPRAK" demi untuk menjayakan kepentingan politik peribadi.
Terang disini bahawa kelakuan sumbang Ronnie Liu yang mengamuk secara membabi buta di pejabat SPRM dan Khalid Ibrahim yang "kurang waras" mengepalai demonstrasi jalanan menghentam SPRM dan Kerajaan adalah bermotifkan politik semata2.
Isu kematian mendiang Teoh hanyalah sebagai sandaran untuk manusia2 "Haprak" ini menghentam Kerajaan dan pihak berkuasa.
Tindakan mereka2 ini sebenarnya bukan untuk membantu tetapi lebih kepada mewujudkan suasana yang kacau bilau serta huru hara di dalam negara.
Inilah wajah sebenar permainan politik parti pembangkang.
SUMBER : PUSAKA AYAHANDA
ape salah nya kalau si ronnie dan khalid ibrahim buat demikian demi mempertahankan demokrasi dan hak kemanusiaan? orang-orang seperti mereka ni sudah kian lama tidak muncul dalam politik malaysia sehingga belakangan ini selepas terjadinya perkara 308...kita patut beri sokong pernuh kepada mereka...
ReplyDeletepembangkang mmg haprak
ReplyDelete