Pages

Thursday, July 16, 2009

Pembantu Khas Exco Selangor bunuh diri @ dibunuh ???


Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

Kenyataan dari Menteri JPM Datuk Seri Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meminta supaya pihak, termasuk DAP supaya menunggu selesai siasatan terhadap kematian setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.

"Jangan tuduh-tuduh. Kalau tuduh, kenyataan mereka keluar nanti dekat laporan akhbar, menyebabkan masyarakat buat pandangan (sendiri) sebelum penyiasatan dibuat," tambahnya.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Mengulas lanjut, Nazri berkata: "Saya dapat laporan awal dari SPRM mengatakan dia dah dilepaskan selesai soal siasat semalam.

"Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu...," kata Nazri ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita kena tunggu dulu siasatan tu macam mana. Jangan terus membuat kesimpulan," tambahnya.


Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut. Malaysiakini!

KOMEN PB

KITA SERAHKAN KES INI UNTUK DISELESAIKAN OLEH PIHAK POLIS.KES INI CUKUP SPECIAL KERANA IA MELIBATKAN MANGSA MATI YANG MERUPAKAN SETIUSAHA POLITIK KEPADA EXCO KERAJAAN SELANGOR YANG MANA MERUPAKAN ADUN SELANGOR.

MANGSA MATI INI MERUPAKAN SAKSI DALAM KES SPRM YANG MANA MAJIKAN NYA DI SIASAT OLEH SPRM BERHUBUNG SATU LAPORAN SALAH GUNA WANG RAKYAT BAGI DI PERUNTUKAN KEPADA DUN SELANGOR. BUKAN SAHAJA MAJIKAN NYA YANG DI SIASAT SPRM MALAH BEBERAPA EXCO DAN ADUN KERAJAAN SELANGOR JUGA DI SIASAT OLEH SPRM.

PELBAGAI PERSOALAN DEMI PERSOALAN AKAN BERMAIN DI FIKIRAN KITA KHUSUSNYA RAKYAT MALAYSIA.TETAPI JUAK2 DAP SEPERTI LIM KIT SIANG ,TONY PUA ,RONNIE LIU,TERESA KOK PASTI BISING DAN MENUDUH INI KONSPIRASI PUNYA SEPERTI KEBIASAANYA.MEMANG PANAS PUNYA KES INI MEREKA AKAN MEMBERIKAN PERSEPSI BURUK TERHADAP KERAJAAN KERANA KES INI MELIBATKAN ORANG DALAM POLITIK .

AKU YAKIN PIHAK POLIS AKAN SIASAT DENGAN TERPERINCI KES INI ADAKAH INI BUNUH DIRI @ DI BUNUH OLEH PIHAK LAIN !!

2 comments:

  1. aku rasa selepas ini pegawai2 sprm yg menyiasat kes ini juga perlu di lindungi..mana tahu ada gengstar yg mahu balas dendam....

    ReplyDelete
  2. pegawai SPRM takkan kena apa2. ini untuk mengukuhkan cerita yang kononnya mangsa dibunuh oleh SPRM?

    tak logik betul, SPRM nak dia jadi saksi, takkan SPRM bodoh gi bunuh dia?

    untuk mengukuhkan lagi jalan cerita, dan supaya orang kesian ngan mangsa, cerita dia nak kahwin pun timbul.

    ada orang lain yang dah berbini dan beratur anak2 pun, masih bunuh diri sebab hutang keliling pinggang.

    tidak ada yang tidak mustahil.

    ReplyDelete