Pages

Wednesday, July 1, 2009

Kg Buah Pala , Lim Guan Eng lari dari jumpa penduduk




PULAU PINANG 30 Jun - Penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini hari ini kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan cuba melarikan diri dan enggan bertemu mereka bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

Lebih 200 penduduk kampung mula berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada pukul 4 petang.

Ia bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak menunaikan janji yang ditabur sebelum ini.

Mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.

Mereka turut memegang kain rentang tertulis Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral yang berusia lebih 100 tahun seperti dijanjikan, sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun.

Selepas hampir 30 minit berbuat demikian, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik memberitahu, Guan Eng tidak dapat bertemu mereka dan mewakilkan dirinya untuk menerima memorandum tersebut.

Kenyataan beliau itu tidak mampu meredakan keadaan di pekarangan Komtar yang turut dipantau oleh pihak polis malah situasi menjadi hangat dan tegang apabila penduduk mula mengelilingi Wei Aik.

Peguam yang mewakili penduduk berkenaan, Darshan Singh dengan lantangnya bertanya dan mempersoal di manakah Ketua Menteri dan mengapa beliau enggan berjumpa dengan penduduk kampung.

"Guan Eng jangan larikan diri dan tidak perlu bersembunyi lagi malah kami tidak mahu mendengar kata-kata serta janji manis yang kononnya mahu membela dan mempertahankan hak penduduk kampung.

"Mereka sering kata tiada wang tetapi kami difahamkan DAP akan membina ibu pejabat parti yang baru yang dianggarkan bernilai RM4 juta, mana mereka dapat duit ini semua? Daripada pemaju ke? Siapa yang ingin dibela di sini?

"Kami hanya mahukan keadilan," katanya sambil disahut laungan penduduk kampung yang tidak mahu berganjak dari kawasan tersebut sehingga Guan Eng turun berjumpa mereka.


Darshan turut mempersoalkan alasan masalah penduduk kampung sukar untuk diselesaikan sedangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa menghalang kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala diteruskan.

Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata: "Mengapa dia tidak mahu berjumpa kami, semasa berkempen pilihan raya dulu selalu datang jumpa hingga ke pasar dan berkata kepada kami supaya mengundinya," katanya

Komen PB

1 .RAKYAT MALAYSIA KHASNYA MELAYU DAN BUMIPUTRA PP , JANGANLAH DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN YANG MENGAKU MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT DAN ISLAM.NAMA ISLAM PUN SUDAH DIBUANG ,JIKA DULU EXCO AGAMA ISLAM SEKARANG YB MALIK KASSIM MENJADI EXCO AGAMA (IAITU BELIAU MENJAGA KEBAJIKAN SEMUA AGAMA )

2.BELIAU ADALAH SEORANG YANG BIJAK DALAM POLITIK SEJELAS-JELASNYA TETAPI MENGGUNAKAN KEBODOHAN DAN KETAMAKAN PEMIMPIN PAS DAN PKR UNTUK MENDAPAT UNDI PENGUNDI MELAYU DI PP .

3.JANGANLAH TERTIPU DENGAN PENDEKATAN MEREKA MEMBACA AYAT SUCI ALLAH YANG DISENANGI OLEH PAS DAN MENGGUNAKAN KHALIFAH ISLAM SEBAGAI TOPENG MEREKA UNTUK MELACUR SEGALA MILIK MELAYU ISLAM DAN BANGSA LAIN.

3 comments:

  1. Lim Guan eng ini waa punya kawan kasi tau jangan sentuh ini orang ..dia punya power manyak besar woo

    Gamuda datang mahu bikin projek keretapi kena lalu dia ,kalau tak bayar apa kerajaan negeri minta, projek diaorang tak kasi jalan ...

    Itu kuad kuari penanti ,waa dengar cerita kena tutup lagi . pasai diaorang tak boleh bayar itu royalti yang guan eng minta ...

    jangan main2 wooo sama guan eng !! ini orang banyak kuat ..

    ReplyDelete
  2. Salam Bro Pejuang Bangsa,

    Inikah pemimpin yang berjuang untuk rakyat?

    Masa PRU dulu cakap langit pun boleh runtuh. Baru satu masalah sahaja diajukan, dah lari dari rakyat yang mengharapkan. Pemimpin apa jenis ni? Penakut dan tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  3. Guan Eng punya stail perintah ala2 CAT dia ialah

    - salahkan kerajaan dahulu (semua isu )

    - lepas tangan dan tuding jari ke pihak lain.

    - buat keputusan tidak fikir kesannya kepada rakyat .Contoh tutup beberapa buah kuari sebelum ini di PP.

    ReplyDelete